Thursday, April 14, 2011

Re: RG09... Minta Bantuan Pujuk Orang

 

Saya rasa, ibu mana tidak sayang anaknya sendiri. Dijaga dan ditatang bagai minyak penuh. Kalau ibu tidak setuju mesti ada sebab yang munasabah. Kerana ibu lebih lama kenal anaknya sejak dari dalam perut sehingga dah dewasa. Manakala org yang kita cinta, baru saja kita kenal dan jatuh cinta.

Cinta dan kasih sayang seorg ibu mana lebih lama dan bernilai? Dari cerita yang dibaca, nampaknya mereka telah bernikah, tetapi cuba jangan menipu ibu, beritahu hal sebenar dari hidup dalam pura2. Semakin hari semakin banyak kumpul dosanya. Daftarlah perkahwinan kalian di Malaysia untuk mengelakkan perkara2 yang tidak diingini berlaku. Sekarang tgh sayang lain, kalau dah tak sayang, nak rujuk mana? Bukan ke balik ke ibu juga? Maaf kalau pendapat saya menyinggung mana2 pihak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: "Mazliana Binti Mazalan" <mazliana@tnb.com.my>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thu, 14 Apr 2011 15:47:25 +0800
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RE: RG09... Minta Bantuan Pujuk Orang

 

Salam en hamidi..

 

Pertama kali sya ucapkan syabas coz xramai yg diantara kita akan ‘take care’ hal org lain

dan menjdi pendengar setia terutamanya org yg kita xkenali..

 

nasihat sya mntk lah bantuan org tengah..samaada pakcik, makcik ,abang, kakak atau pun

saudara terdekat bg membantu saudari tadi..

tiada ibu yang sanggup membuang anaknye sendiri..percayalah..

 

nasihat kan juga pada saudari tersebut agar memohon hidayah & berdoa agar ibunnye lembut hati..

 

 

amin..

 

 

 


From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of pejal babyhido
Sent: Thursday, April 14, 2011 1:35 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Minta Bantuan Pujuk Orang

 

 

cam parah masalah ni, tanya ustaz yg lebih ariff

 


From: Hamidi Mohd Dahlan <hamididahlan@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wed, April 13, 2011 3:26:20 PM
Subject: RG09... Minta Bantuan Pujuk Orang

 

Hai Group..

Saya sekadar ingin berkongsi dengan semua ahli dalam mengatasi masalah yang satu ni. Tadi pagi sedang aku minum kopi di sebuah kedai di ampang park aku melihat seorang perempuan yang aku agak dlm lingkungan umur 30-an duduk bersebelahan meja denganku. Dari riak mukanya kelihatan seperti dia ditimpa masalah kerana aku melihat dia menangis dan sesekali mengesat air matanya. Aku memberanikan diri bertanya padanya. "Adik ok? kalau rasa nak share, saya ada 1 jam je ni b4 saya ada meeting dgn kawan saya sebab banyak pendapat kata, masalah perlu diluahkan. Orang yang paling terbaik menjadi pendengar  kepada masalah kita adalah orang yang tidak ada kena mengena dengan diri kita." Pada mulanya dia menolak namun setelah hampir  10 minit berlalu dia tiba2 duduk didepanku lalu memberi salam. Terkejut jugak aku tapi aku biarkan sahaja.

Dia memulakan dengan memperkenalkan namanya. Daripada ceritanya baru aku faham yang dia ada masalah cinta. Tapi agak pelik.. katanya dia mencintai seorang lelaki yang kini suaminya tetapi masalahnya ibunya tidak merestui mereka. Suaminya itu sudah berumur (lingkungan 50-an), bukan sesiapa, tak kaya tapi dia bahagia bersama suaminya. Dia kata sebelum berkahwin mereka dah pergi jumpa ibunya siap bawa rombongan meminang lagi. Tapi ibunya dan keluarganya hanya mendiamkan diri tanpa perkataan ya ataupun tidak. Selepas rombongan pulang ibunya hanya menangis dan terus merajuk tak nak makan, minum malah keadaan itu berlangsung hingga berbulan-bulan. Badan ibunya makin kurus. Adik-beradiknya terus menerus menyalahkan dirinya menjadi punca ibu sakit. Pada ketika itu katanya dia terlalu tertekan, suaminya ada mengajaknya untuk memujuk ibunya tapi dia membantah kerana katanya dia kenal ibunya. Ibunya baru sahaja kembali ceria dia takut ibunya kembali terluka.Dia sangat sayangkan ibunya.

Keluarga suaminya cuba membantu menyelesaikan masalah dan meluahkan hasrat untuk pergi memujuk kali kedua tapi dia menjawab jawapan yang sama iaitu takut ibu sakit balik.Bulan terus berganti, kerana sayang dan hati bergelora dia bimbang akan melakukan dosa kerana sering berjumpa. Seorang kawan memberi nasihat supaya kahwin di seberang. Akhirnya dia menurut sahaja. Kini masalahnya pula dah hampir setahun perkahwinan mereka. Dia kata dia amat bahagia tapi bila melihat baby naluri keibuannya meronta-ronta dia juga sangat teringin anak tapi macam mana?

Terkial-kial aku nak bagi komen dengan masalah ni pada dia. Masa tu pun aku dah lambat ada meeting so aku mintak phone no dia tak nak bagi tapi dia bagi email dia...so macam mana nk jawab geng tolong komen sikit ok!!!

NOTIFICATION
Privileged/confidential information may be contained in this
e-mail and any attachment(s). If you are not the intended
recipient, any use of, reliance on, reference to, disclosure
of, alteration to or copying of the information for any purpose
is prohibited. Any information not related to TNB's official
business is solely the author's and does not necessarily
represent TNB's view and is not necessarily endorsed by TNB.
TNB shall not be liable for any loss or damage caused by any
illegal activities under the law and/or improper use of e-mail
including but not limited to liability related to the content
of the e-mail(including viruses and other malicious codes,
harassment and defamation ) or related to its dissemination.
TNB is not responsible for any unauthorised changes made to
the information or for the effect of such changes.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment