Thursday, April 14, 2011

Re: RG09... Minta Bantuan Pujuk Orang

 

Salam,
 
Biasa kedengaran "syurga dibawah tapak kaki ibu"..rasanya dari yg kecil hingga yg dewasa sudah sentiasa mendengar ayat tersebut... tetapi kenapa masih ada yg membelakangkan erti dan maksud tersirat dari ayat tersebut...
 
Kenapa kita tidak menyayangi ibu @ bapa kita seperti kita sayang kekasih kita..suami kita... sayang ibu bapa perlu lebih... bukan perlu kurangkan dan melebihkan insan lain yg baru bertahkta di hati kita.. dihati ibu bapa kitalah segalanya...kitalah nyawanya.. kitalah udaranya.. kitalah cinta kasihnya... kitalah tempat bermanja dan tempat mengadu...
 
Kenapa bila kahwin atau keputusan lain.. kita mengikut hati..dan tidak pernah memikirkan kenapa ibu bapa membuat keputusan yang tidak kita suka...
Dalam kes begini... nasi sudah menjadi bubur... takkan hendak menyimpan rahsia perkahwinan...daripada ibu bapa. Kenapa perlu menjauhkan diri dari kasih seorang ibu... Nampak sgt anak ini tidak betul-betul siapa ibu dia.. yang tersirat di hati ibu... dia hanya kenal luaran ibunya.. tapi dia tidak kenal kasih ibunya kepada dia.. sayang ibunya kepada dia... pengorbanan ibunya kepada dia... yang dia tahu perangai luaran ibunya sahaja... kesian... sedangkan ibunya lebih kenal siapa dia dan dirinya... dari hati seorang ibu...
 
Kita yang mendengar keluhan ...kita juga perlu berfikir kenapa dan punca utama adik beradik menyalahkan dia.. mungkin dia degil ke. lawan cakap ibu ke..., Siapalah yang hendak mengaku kesilapan sebenar dan perkara sebenar.... DAN mungkin sebab itulah ibunya merajuk hati... kerana ibunya pasti berfikir... anak ini sanggup melawan ckp ibu sendiri hanya kerana lelaki yang dia cintai... ibu itu pasti merajuk hati kerana selama dia membesarkan anaknya itu..dia menjaga penuh kasih sayang dan kesabaran... tapi kenapa anak itu tidak sabar dan bertindak sendiri kerana larangan ibu yang takut di masa hadapan anaknya terabai.
 
Sepatutnya anak tersebut membawa lelaki itu face to face dengan ibunya.. berdua.. biar ibu menanya, menyoal.. utk kepentingan anak itu..supaya keputusan yang dibuat tidak akan berakhir dengan kekesalan..
 
Sekarang... keputusan yang dibuat anak itu sendiri berakhir dengan kekesalan membelakangkan ibu... bahagia kita tidak akan sebahagia berkongsi dengan ibu...dengan kehidupan kita.
 
Berdepanlah dengan kesalahan sendiri.. kiranya ditakdirkan umur ibu tidak panjang pastinya kesal yang tidak berkesudahan sehingga hayat tidak akan hilang...  Jangan biarkan ibu membuang kita dalam hatinya...kita akan merana... sebab kita ini anak yang dikasihinya.... Cubalah cari buku agama tentang kasih ibu... besar dosanya dan terlalu besar dosa jika kita membelakangkan ibu kita... sebab apa sahaja yang kita buat utk ibu dan ibu kita bahagia... itu belum cukup utk membuat kita masuk ke syurga... Amat besar dan sukar utk mendapat pahala mengasihi ibu... Ikhlaslah dengan diri sendiri... pergilah berjumpa ibu.....walaupun ibu itu menolak... berusahalah sehingga ke akhir hayat ibu untuk kita mendapat kasih ibu.... jangan putus asa...
 
Berdepanlah dengan semua... buatlah  pengakuan.. carilah adik beradik yang boleh bertolak ansur untuk membantu mengenali suami dan mengenalkan kepada keluarga. Dari cerita..keluarga sebelah lelaki adalah keluarga yang baik juga..yang sanggup berdepan dengan keluarga perempuan..
 
Fikir utk kebahagian ibu yang entah bila kebahagian itu dapat dikongsi bersama... umur seorg ibu dan umur kita ..hanya ALLAH yang tahu...biarlah hidup kita direstui dan disayangi... kerana KASIH IBU membawa ke syurga...


From: mawar alias <mawaralias@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thu, April 14, 2011 6:23:26 PM
Subject: RE: RG09... Minta Bantuan Pujuk Orang

 

Sampai bila dia nak sembunyikan perkawinan dia dari keluarga. Masaalah yang kecil jadi bertambah besar. Apa2 benda dah jadi.

Minta dia perbanyak kan solat hajat dan bermunajat kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t yang memilik hati2 kita . Allah saja yang dapat mengubah hati mak dia . Ada satu kaedah yang dikira berkesan disamping itu perbanyakkan sedekaj terutama kepada anak2 yatim dan minta mereka doakan dia .

Waalahualam

--- On Fri, 15/4/11, Roslan Omar <roslan@saj.com.my> wrote:

From: Roslan Omar <roslan@saj.com.my>
Subject: RE: RG09... Minta Bantuan Pujuk Orang
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, 15 April, 2011, 6:50 AM

 



dia dah ada anak ke blom..? kalau dah ada anak, boleh la cuba...munkin hati ibu dia sejuk sikit bila nengok cucu dia...
-----Original Message-----
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com]On Behalf Of pejal babyhido
Sent: Wednesday, April 13, 2011 10:35 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Minta Bantuan Pujuk Orang

 

cam parah masalah ni, tanya ustaz yg lebih ariff


From: Hamidi Mohd Dahlan <hamididahlan@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wed, April 13, 2011 3:26:20 PM
Subject: RG09... Minta Bantuan Pujuk Orang

 

Hai Group..

Saya sekadar ingin berkongsi dengan semua ahli dalam mengatasi masalah yang satu ni. Tadi pagi sedang aku minum kopi di sebuah kedai di ampang park aku melihat seorang perempuan yang aku agak dlm lingkungan umur 30-an duduk bersebelahan meja denganku. Dari riak mukanya kelihatan seperti dia ditimpa masalah kerana aku melihat dia menangis dan sesekali mengesat air matanya. Aku memberanikan diri bertanya padanya. "Adik ok? kalau rasa nak share, saya ada 1 jam je ni b4 saya ada meeting dgn kawan saya sebab banyak pendapat kata, masalah perlu diluahkan. Orang yang paling terbaik menjadi pendengar  kepada masalah kita adalah orang yang tidak ada kena mengena dengan diri kita." Pada mulanya dia menolak namun setelah hampir  10 minit berlalu dia tiba2 duduk didepanku lalu memberi salam. Terkejut jugak aku tapi aku biarkan sahaja.


Dia memulakan dengan memperkenalkan namanya. Daripada ceritanya baru aku faham yang dia ada masalah cinta. Tapi agak pelik.. katanya dia mencintai seorang lelaki yang kini suaminya tetapi masalahnya ibunya tidak merestui mereka. Suaminya itu sudah berumur (lingkungan 50-an), bukan sesiapa, tak kaya tapi dia bahagia bersama suaminya. Dia kata sebelum berkahwin mereka dah pergi jumpa ibunya siap bawa rombongan meminang lagi. Tapi ibunya dan keluarganya hanya mendiamkan diri tanpa perkataan ya ataupun tidak. Selepas rombongan pulang ibunya hanya menangis dan terus merajuk tak nak makan, minum malah keadaan itu berlangsung hingga berbulan-bulan. Badan ibunya makin kurus. Adik-beradiknya terus menerus menyalahkan dirinya menjadi punca ibu sakit. Pada ketika itu katanya dia terlalu tertekan, suaminya ada mengajaknya untuk memujuk ibunya tapi dia membantah kerana katanya dia kenal ibunya. Ibunya baru sahaja kembali ceria dia takut ibunya kembali terluka.Dia sangat sayangkan ibunya.

Keluarga suaminya cuba membantu menyelesaikan masalah dan meluahkan hasrat untuk pergi memujuk kali kedua tapi dia menjawab jawapan yang sama iaitu takut ibu sakit balik.Bulan terus berganti, kerana sayang dan hati bergelora dia bimbang akan melakukan dosa kerana sering berjumpa. Seorang kawan memberi nasihat supaya kahwin di seberang. Akhirnya dia menurut sahaja. Kini masalahnya pula dah hampir setahun perkahwinan mereka. Dia kata dia amat bahagia tapi bila melihat baby naluri keibuannya meronta-ronta dia juga sangat teringin anak tapi macam mana?

Terkial-kial aku nak bagi komen dengan masalah ni pada dia. Masa tu pun aku dah lambat ada meeting so aku mintak phone no dia tak nak bagi tapi dia bagi email dia...so macam mana nk jawab geng tolong komen sikit ok!!!

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment