Thursday, April 14, 2011

RG09... Apabila perempuan bertudung merokok

 

Assalamualaikum WBT,


Fenomena perempuan merokok masa kini sudah jadi macam satu trend. Pergilah dimana-mana sahaja shopping mall, pasti kita akan terjumpa dengan perempuan yang merokok ni. Dan majoriti dan perokok wanita ini adalah dari kalangan mereka yang tidak bertudung.


2 bulan yang lepas, dalam masa sehari saya merayau-rayau dari satu shopping mall ke satu shopping mall atas urusan kerja. Dalam masa itu jugalah saya telah terjumpa 2 orang wanita di dua tempat yang berlainan sedang merokok. Dan yang paling mengejutkan kedua-duanya bertudung.


Belum pernah lagi saya melihat seorang wanita melayu sopan berpakaian dan bertudung menghisap rokok begitu. Dan itulah yang berlaku. Dan sudah tentu lokasinya adalah di Kuala Lumpur. Terpinga-pinga melihat aksi wanita itu dan dalam masa yang sama saya terfikir, sudah tentu ibubapanya di kampung tidak tahu perihal anak mereka yang merokok ini.


Merokok sudah pun difatwakan haram. Tidak kiralah wanita mahupun lelaki, jika mereka merokok maknanya mereka telah melakukan sesuatu yang haram disisi agama. Dan antara sebab saya berhenti merokok apabila saya terbaca fatwa haram merokok. Bagi wanita yang bertudung, jangan calarkan kemurnian wanita Islam dengan merokok. Nampak macam pelik sangat.


P/S - Ada gambar 2 wanita bertudung dan seorang darinya sedang memegang rokok disini
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment