Thursday, April 7, 2011

RG09... Beri bendera tak memadai di Padungan

 

Beri bendera tak memadai di Padungan
Apr 7, 11 12:48pm
Kongsi 278
Kempen pilihan raya BN Sarawak mendapat suntikan baru apabila perdana menteri menggempur kerusi panas Padungan yang majoritinya pengundi Cina pada lawatan seharinya.

NONEDengan dikawal rapi tidak kurang lima pengawal peribadi, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan pekedai di sekitar pasar di Padungan yang sebelum ini dimenangi oleh PKR

Namun lawatannya yang diiringi oleh 150 ahli NGO 1Malaysia dan 50 jurugambar akhbar kelihatan sebagai satu lakonan untuk media daripada peluang bermesra dengan rakyat.

Walaupun sebahagian besar pemilik kedai di sini gembira dapat bertemu seketika dengan lelaki paling berkuasa di negara ini, namun terdapat seorang yang berani mempersoalkan mengapa Najib hanya membawa bendera 1Malaysia untuk lawatannya itu.

"Mengapa hanya beri ini (bendera 1Malaysia) kepada kami? Kami mahu wang. Ini masa pilihan raya, awak selalu bagi wang masa pilihan raya," kata lelaki itu kepada Najib yang kemudiannya dengan segera dibawa beredar oleh pengawalnya.

NONELawatan itu, termasuk ke sebuah rumah pangsa kos rendah, di mana 80 peratus penghuni Cina.

Turut berada di lokasi yang sama adlah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Melihat kehadiran setiausaha agung DAP itu, penyokong Najib terus melaungkan '1Malaysia'.

"Saya di kawasan ini. Jadi sebagai tanda hormat, saya datang dan bersalam dengan perdana menteri.

"Kami hanya bersalam dan berbual seketika sebelum diganggu oleh suara mereka yang terus bersorak," kata Lim sambil tersenyum.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment