Monday, April 11, 2011

RG09... Fw: Alhamdulillah Panjang lagi Umur TPM kita..!!

 

 

Alhamdulillah Panjang lagi Umur TPM kita..!!

kedahlanie
 
 
 
Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM

Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.

 

Helikopter Bawa 'Pembantu Khas' Kepada Muhyiddin Yassin Terhempas Dekat Dataran Sibu

pahangdaily
 
 
SIBU, 11 April - Panas, sebuah helikopter terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu, di tengah-tengah bandar raya ini pada 1.40 petang hari ini selepas menurunkan tiga penumpangnya termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dataran itu. Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan. Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui. Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100 meter dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu. "Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas," kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan. Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dari Bintangor. "Muhyiddin dan rombongannya selamat," kata Hafiz.

[Sungguh mengejutkan tatkala mendapat berita ini. Namun, mujurlah hanya pemandu helikopter tersebut sahaja yang menerima musibah ini dan Timbalan Perdana Menteri sendiri juga tidak menaikinya. Soalnya sekarang, apakah hak seorang Setiausaha Akhbar TPM boleh menggunakan kemudahan helikopter sebegini sedangkan TMP sendiri menaiki helikopter yang berasingan?. Bermewah betul BN di Pilihanraya Negeri Sarawak ini sebenarnya. Bayangkan jika mereka tergamak menyewa dua buah helikopter yang sepatutnya boleh dinaiki dalam helikopter yang sama, maka berapa pula wang yang dibawa untuk ditaburkan kepada rakyat agaknya. Apakaj helikopter ini terhempas selepas menurunkan berjuta-juta wang "rasuah pilihanraya" BN itu?. Mujurlah TPM tidak mengalami apa-apa musibah dalam kejadian ini. Walau bagaimana pun ia sedikit sebanyak akan menyebabkan TPM dan PM tidak berani lagi menaiki helikopter untuk berkempen di seluruh negeri Sarawak sebenarnya. Ini satu peluang terbaik untuk rakyat menolak UMNO BN dari terus berkuasa di negeri Bumi Kenyalang itu pada hari pengundian tidak lama lagi].
 
 

Helikopter Bawa Rombongan Muhyiddin Yasin Terhempas Di Sarawak

Sebuah helikopter terhempas setelah menurunkan tiga penumpang termasuk Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pelajaran Hafiz Abdul Halim, di Dataran Sibu pada jam 1.40 tengah hari, Isnin. Manakala Juruterbang helikopter itu dikejarkan ke Hospital Sibu dan keadaanya masih tidak diketahui. - Foto BERNAMA

SIBU: Sebuah helikopter terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu, di tengah-tengah bandar raya ini pada 1.40 petang Isnin selepas menurunkan tiga penumpangnya termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dataran itu.

Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui.

Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100m dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu.

"Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas," kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan.

Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dari Bintangor.

"Timbalan Perdana Menteri dan rombongannya selamat," kata Hafiz. - BERNAMA

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment