Monday, April 25, 2011

RG09... Fw: 'Kelapa Misteri' Menyerupai Bentuk Kepala Binatang

 


Sebiji Buah 'Kelapa Misteri' Menyerupai Bentuk Kepala Binatang Di Temui Dekat Kuantan

pahangdaily
 
 
KUANTAN, 25 April - Seorang peniaga kedai runcit dekat sini terkejut dan tergaman apabila melihat sebiji buah "kelapa misteri" yang dipercayai mempunyai iras wajah seperti kepala binatang. Beliau yang tidak mahu namanya dikenali mengatakan kelapa itu dibeli oleh isterinya di sebuah kedai di bandar ini. "Saya terkejut sesudah isteri saya mengupas sabut kelapa tersebut, tiba-tiba beliau mendapati tempurungnya berupa wajah binatang. Saya arahkan isteri agak tidak membelah kelapa itu kerana melihat ia agak misteri. Tambahan pula ia mempunya muka, mata, hidung, mulut malahan dua kelopak telinga di kiri dan kanannya", kata beliau. "Saya akan menyimpan kelapa ini dan sedia menjualnya jika ada yang menawarkan harga dan berminat untuk memilikinya. Buat masa ini kelapa itu masih dalam keadaan biasa dan kemungkinan saya terpaksa menebuknya untuk membuang air supaya ia tidak masam serta tahan lama", tambah beliau lagi.

    
Cuba amati bentuk buah kelapa yang dipercayai mirip muka binatang
 


Terbukti, bentuk buah kelapa terbabit menyerupai muka beruang panda
 

     
Bukti, lihat cuping telinga yang turut terdapat pada buah kelapa tersebut

[Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga terkejut kerana memang benar kelapa itu iras kepala binatang seperti beruang panda. Apapun, kepada mereka yang mencari barangan misteri seperti ini bolehlah menghubungi pahangdaily@yahoo.com untuk bertanya dan mendapatkan gambaran sebenar buah kelapa misteri ini. Sesungguhnya apa yang berlaku adalah membuktikan keajaiban makhluk ciptaan Allah semata-mata. Buat masa ini kelapa itu masih disimpan dengan baik oleh pemilik terbabit biarpun ada pihak yang menawarkan harga untuk membelinya. Beliau juga bersedia untuk menjual kelapa tersebut jika ada yang menawarkan harga yang memuaskan hati katanya].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment