Wednesday, April 13, 2011

RG09... IKLAN : Teknik Mudah dan Cepat Kuasai bahasa Inggeris - Grammar dan Nouns

 

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Warga Respeks

 

 

Grammar dan Nouns

 

Dalam artikel saya kali ini saya akan menulis tentang Grammar dan Nouns. Kenapa Grammar, kerana Grammar ialah Tatabahasa dan kursus-kursus yang saya buat kebanyakannya menekankan Grammar dan kenapa Nouns kerana Nouns ialah Kata Nama dan ianya topik pertama dalam Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang saya jalankan di Sunway,Putrajaya,Shah Alam dan juga Wangsa Melawati.

 

Kepada mereka yang ingin belajar sendiri dahulu pastikan anda kuasai Nouns terlebih dahulu kerana :-

 

1.       Nouns akan menjadi pelakon-pelakon utama dalam cerita anda.


2.       Nouns akan menjadi pelakon-pelakon pembantu dan sampingan dalam cerita anda.


3.       Nouns akan jadi tempat di mana berlakunya cerita anda.


4.       Nouns akan jadi haiwan-haiwan dalam cerita anda.


5.       Nouns akan jadi benda-benda dalam cerita anda itu.

 

Jika anda ada masalah dengan Nouns dalam bahasa Inggeris anda akan ada masalah untuk bercerita dalam bahasa Inggeris. Untuk menjadi bagus dalam bahasa Inggeris untuk apa tujuan sekali pun samaada untuk menjawab soalan SPM, MUET, untuk tujuan berkomunikasi dengan e-mel di pejabat, untuk menyumbang idea dalam mesyuarat di pejabat semuanya memerlukan anda menjadi seorang pencerita yang baik.

 

Oleh itu, bagaimana anda boleh menjadi pencerita yang baik jika anda ada masalah dengan Nouns anda dalam bahasa Inggeris? Nama-nama orang anda tidak tahu, nama-nama jawatan seseorang anda ada masalah dan apatah lagi nama-nama orang berdasarkan hubungan anda dengan mereka seperti siapakab nieces anda, siapa pula mother-in-law anda dan siapa pula colleagues anda? Siapa pula parent anda dan siapa pula parents anda?

 

Mungkin ramai yang berkata Grammar tak penting tapi itu pandangan peribadi masing-masing. Saya pun sebelum menjadi guru bahasa Inggeris berpikiran sebegitu. Saya dulupun masa mengambil peperiksaan TOEFL atau nama penuhnya Test of English as Foreign Language saya kurang meminati aspek Grammar dan lebih meminati komponen Listening dan Vocabulary. Saya lebih suka menghafal perkataan-perkataan baru dalam bahasa Inggeris untuk tujuan peperiksaan TOEFL saya itu. Tetapi Alhamdulillah saya lulus dengan cemerlang peperiksaan TOEFL saya itu dengan usaha saya dan usaha guru-guru bahasa Inggeris saya dari sekolah rendah ke menengah dan juga guru-guru semasa saya di Kolej Pengajian Persediaan di Seksyen 2, Shah Alam itu.

 

Dalam Nouns antara aspek yang paling penting yang perlu anda tanya pada diri anda sebelum membuat ayat dalam bahasa Inggeris ialah dari segi COUNT.

 

Itu yang perlu anda semak iaitu adakah Noun yang anda ingin gunakan itu Countable Noun iaitu Noun yang boleh dikira atau Uncountable Noun iaitu Noun yang tidak boleh dikira.

 

Kenapa ini penting?

 

Kalau Nouns itu tidak boleh dikira atau telah dikategorikan sebagai Uncountable Noun maka ianya :-

 

1. Tidak boleh berubah ejaannya walaupun jumlahnya banyak.


Ramai yang tahu kalau Noun dalma bahasa Inggeris itu jumlahnya lebih dari satu maka ianya adalah dalam bentuk plural dan biasanya akan ditukar bentuk seperti melibatkan penambahan s, es, ies, ves dan sebagainya. Bagaimanapun Uncountable Nouns tiada bentuk plural kerana ianya tidak boleh dikira dan dipecah2kan. Ianya akan wujud dalam ejaan asalnya dan tidak boleh bertukar bentuk walaupun anda rasa jumlahnya banyak dan lebih daripada satu.

 

Sebagai contoh anda tidak boleh buat ayat:-

 

1. There are a lot of waters in the drain.

 

Ada dua kesalahan dalam ayat di atas iaitu, water telah ditukarkan kepada bentuk plural iaitu waters dan Verb TO BE yang digunakan ialah are.

 

Ayat yang betul ialah

 

2. There is a lot of water in the drain.

 

Perhatikan yang water tidak perlu ditukar ke waters dan Verb yang patut dipasangkan dengan water itu ialah is dan bukannya are. Ini kerana semua Uncountable Nouns ini mesti dipasangkan dengan Singular Verbs seperti is,was dan sebagainya.

 

Dalam contoh di atas yang a lot digunakan untuk menunjukkan yang air itu banyak dan ini sudah memadai untuk menunjukkan yang air itu banyak dan jangan pula anda tukarkan water itu kepada waters.

 

Saya akan sambung lagi penerangan tentang Grammar dan Nouns ini di masa akan datang. Nota pernuh boleh anda dapati dalam Manual Lengkap Tatabahasa Inggeris setebel 500 muka itu.

 

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya bermula 7hb Mei di Putrajaya,8hb Mei di Sunway dan 4hb mei di Wangsa Melawati.

 

 

Regards

 

Yusoff

0193090711


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment