Monday, April 25, 2011

RG09... ~~~Perjalanan Ini~~~

 


Sayang... pada mereka yang tak mengerti
Sayang... pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari
Petikan dari lyric lagu M.Nasir~Bila Rumi Menari~

Kata-kata ini cukup memberi makna buat diriku dalam melayari
hidup di dunia yang 1001 cerita antara malam dan siang tiada
ada kesudahannya. Setiap perjalanan yang jauh dimulai dengan
satu langkah. Ini semua terpulang pada niat setiap insan yang
bertakhta di singahsana jiwa. Sekiranya setiap jejak yang di-
niatkan kerana Allah, insya-Allah akan berada pada landasan
yang benar walaupun punyai jalanan yang bersimpang siur, tapi
antara jalan-jalan itu Allah telah sediakan kemudahan tanpa
ada rasa putus asa. 

Bagi insan yang terus berlari tanpa berkasut untuk mengutip
perbagai elemen duniawi, maka ia akan menelan buih-buih
kosong tanpa udara yang akan menyesakan penghidupannya.
Ia terus memburu dan mengejar fatamorgana yang hanya
terlihat pada matanya. Bila sampai satu saat pasti akan ter-
tewas kerana tertelan duniawi. Di dunia ini tiada yang kekal,
cuma segala amalan baik kita yang akan menemani di akhirat
nanti. Gunakan kesempatan akal, waktu dan kekuatan yang
Allah anugerahkan dengan sebaik mungkin agar dapat kita
beribadah dengan sempurna kepadaNya, kerana tiada ada
yang menjamin bahawa di masa tua kita akan lebih kuat dari
masa sekarang. Biasakan diri menjalankan ibadah-ibadah
yang meningkatkan kualiti. Jika inginkan ketenangan jiwa
dan manisnya iman yang mahu dikecapi sujudlah padaNya
kerana Dialah yang menganugerahkan segala nikmat.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment