Monday, April 11, 2011

RG09... Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah

 

 

Memalukan, Umat Islam Kecewa Kerajaan Pahang Benarkan Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah Miss Malaysia 2010 Di Adakan Di Negeri Ini !

pahangdaily
 
 
KUANTAN, 11 April - Umat Islam di negeri ini kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Pahang membenarkan penganjuran Miss Malaysia 2010 di negeri ini seperti yang didedahkan dalam Metro Ahad semalam. Mengejutkan apabila pertandingan ratu cantik itu disertai oleh golongan Mak Nyah (pondan). Acara yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di sini dikatakan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik. Lebih menggemparkan, acara tersebut turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri. Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak. Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu. Salah seorang peserta yang menyertai acara tersebut mengakui pertandingan berkenaan diadakan tahun lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai timur. Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon. "Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan. "Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil 'enjoy', buat benda baik," kata peserta terbabit.


Aksi perserta pertandingan Miss Malaysia 2010 menjawab soalan juri


Ini pula Youtube video acara tersebut, tapi telah dihalang untuk semua
melihatnya selepas isu ini dibongkarkan di internet dan Metro Ahad

 
Menerusi penyertaan pertandingan ratu cantik pondan itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan, selain meraih pelbagai gelaran. Berdasarkan rakaman video berkenaan, rata-rata peserta pondan yang menyertai pertandingan itu terdiri daripada remaja dan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an. Ketika acara berlangsung, tanpa segan silu peserta menggayakan pelbagai gaun seksi dan baju tradisional negeri masing-masing lengkap dengan pelbagai aksesori sambil berjalan 'catwalk' persis model dan cuba mengikuti penampilan artis terkenal tanah air. Malah, wajah beberapa peserta seakan-akan pelakon wanita popular dan antaranya 'Rozita Che Wan' dan 'Tiz Zakiah'. Bagi menambah tarikan, pertandingan itu turut menyelitkan acara nyanyian secara 'miming' sambil menari mengikut rentak lagu yang disampaikan. Selepas tamat pertandingan nyanyian, kelibat Noraniza kelihatan menyanyikan lagu untuk menghiburkan pengunjung, selain menjadi juri pertandingan ratu cantik terbabit. Pada penghujung acara, peserta dibahagikan kepada beberapa kategori dan pemenang gelaran Miss Malaysia 2010 itu diberikan kepada peserta dari sebuah negeri di utara.

[Persoalannya sekarang kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak memantau perkara ini. Mana peri Exco Hal Ehwal Islam (MB sendiri), mana pergi Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan lain-lain yang sepatutnya terlibat. Masakan pula mereka semua boleh terlepas daripada pantauan pihak berkenaan?. Apakah ini petanda adengan "ghairah" boleh diadakan di hotel-hotel di Malaysia. Tambahan pula ia dilakukan oleh golongan "pondan" yang dilaknat Allah itu. Satu tamparan yang amat serius juga untuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakkob (foto), ini kerana tidak ada satu undang-undang syariah atau sekatan yang berkaitan dengan gejala tidak bermoral seperti ini. Walaupun mungkin tidak ada satu undang-undang khas. Sepatutnya perkara seperti ini janganlah dibiarkan dan terlepas pandang. Dalam ertrikata lain membiarkan seumpama menggalakkanya juga. Dalam Islam kaum lelaki dilarang keras menyerupai perempuan dan bergitu juga sebaliknya. Sebenarnya Allah s.w.t. telah menjadikan antara kaum lelaki dan wanita ada perbezaan yang penuh hikmah dari segi penampilan, jiwa, suara dan kekuatan. Sesungguhnya Allah dan RasulNya melaknati wanita Islam yang berpakaian menyerupai kaum lelaki dan disebaliknya. Dalam bab ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita." (Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir).Bahkan 'Abdullah ibn 'Abbas r.a. menerangkan bahawa: "Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki." (Shahih al-Bukhari, no: 5546). Harapan kita tidak adalah pulak pihak yang membuat tayangan video seks di hotel sekitar Kuantan selepas ini hendaknya selepas ini, sama seperti kes tayangan "Video Seks Datuk T" di Carcosa Seri Negara].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment