Saturday, April 16, 2011

RG09... Re: **Al-Falaah** MENGAPA JEMAAH ISLAMIAH MEMILIH KAUM KAFIR SEBAGAI RAKAN SEPERJUANGAN? adanya titik kesepakatan

 

Salam

Bukan Jemaah Islam sahaja.. Jemaah mana pun sama.. Ketetapan Allah SWT..


[49.13] Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Juga sebagai bala bencana dari Allah SWT..

[6.65] Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.

Saidina Ali ra, pun berperang dengan Muawiyah ra.. Maka kita tunggu dan lihat ketentuan Allah SWT...

[6.159] Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya)

Pada saya, selagi tiada tolak ansur ( give + take ) atau tiada dasar yang sama.. selagi itulah jemaah2 akan berpecah belah..  Tak kiralah jemaah Islam atau bukan Islam...

Nak tunggu jemaah 100% Islam, kena tunggu Nabi Isa as / Imam Mahdi turun.. Itupun kalau kita kenal Nabi Isa as / Imam Mahdi..

Sementara itu, pilihlah jemaah yang lebih dekat kepada Islam.. dan lebih terbuka untuk kita menyampaikan ajaran Islam... BUKAN yang menentang/mengekang..

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri


From: amri el wahab <amriwahab@gmail.com>
To: Al Falaah Group <al-falaah@yahoogroups.com>; Hidayah Net <hidayahnet@yahoogroups.com>; Ingatan Group <ingatan@yahoogroups.com>; PenawarKu <Penawarku@yahoogroups.com>; Perisik Rakyat <PerisikRakyat@yahoogroups.com>; RG09 group <respeks_group@yahoogroups.com>; SahabatTazkirah <SahabatTazkirah@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, April 6, 2011 12:27 PM
Subject: Re: **Al-Falaah** MENGAPA JEMAAH ISLAMIAH MEMILIH KAUM KAFIR SEBAGAI RAKAN SEPERJUANGAN?



Umat Islam terpinga pinga.Apakah matlamat dan tujuan sesebuah jemaah Islamiah bergabung dengan jemaah atau parti orang orang kafir.Sedangkan  jemaah orang kafir mempunyai idelogi yang amat berbeza dengan mana mana jemaah Islamiah.Apatah lagi jika jemaah kafir itu jelas menunjukkan anti atau tentangan nya terhadap perkembangan Islam. Adakah  jemaah Islamiah yang terlibat itu rasa dia lemah hingga terpaksa bergabung dengan jemaah orang kafir yang kuat supaya dengan langkah itu dia boleh jadi jemaah Islamiah yang kuat? Kalau dah dapat kekuatan siapakah yang hendak dia tentang? Jemaah orang kafir atau jemaah Islam yang lain.?

Mengapa jemaah yang rasa lemah tidak bergabung dengan jemaah Islamiah yang lain yang kuat? Bukan kah ini akan menambah kuat dan kukuh nya jemaah jemaah  Islam? Ibarat kata pepatah bersatu teguh bercerai roboh.Mengapa tidak jadikan ikatan jemaah Islamiah itu kukuh saperti batang batang  lidi yang di ikat rapi menjadi satu, kuat dan kukuh menjadi sebatang penyapu? Penyapu yang boleh menyapu bersih segala kemungkaran di alam ini?

Alasan yang biasa di beri oleh pemimpin pemimpin jemaah Islam yang bergabung dengan jemaah orang kafir sangat lah lemah.Ada memberi alasan hendak berdakwah kepada pemimpin dan ahli jemaah orang kafir tersebut.Perlukah bergabung dengan mereka untuk tujuan dakwah ? Kalau begitu mengapa  tidak bergabung aje dengan badan badan agama kristian, buddha atau hindu  untuk berdakwah?

Ada juga jemaah dan negara umat Islam bergabung atau jadi "ally" dengan musuh Islam kerana mahukan perlindungan "protection" saperti negara Mesir,Turkey,Arab Saudi dan Kuwait.

Namun dalam hal ini Allah telah memberi amaran kepada umat Islam yang maksudnya:-

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (saperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai).Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi.Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).
"Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka, sedangkan mereka tidak suka kepada kamu.Kamu juga beriman kepada segala Ktab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al Quran).Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata,"Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka mengigit hujung jari kerana geram bercampur marah (kepada kamu).Katakanlah (wahai Muhammad) : Marilah kamu kerana kemarahan kamu itu.Sesungguhnya Allah mengetahui tiap tiap isi hati.Jika kamu memperolihi kebaikan nescaya mereka bersedih hati (dendam).Tetapi jika kamu mendapat bencana  bersabar dan bertaqwa nescaya tipudaya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan".
[Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120]

Wallahu'alam

===================================
Salaam & Regards
Amri el Wahab
My Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com/
=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment