Wednesday, April 20, 2011

RG09... Re: FW: Bongkar: Email 1Malaysia

 

macam mana nak percaya,, pendedahan ni tak kelua rpun dalam Utusan Malaysia, 

Berita harian dan TV3
hi hi hi..deme nak pekena kawan kot..kan best..ada email..
nomanisland@1malaysia.com.my...hi hi hi

2011/4/21 <Sharom.bin.Musa@akersolutions.com>



----- Forwarded by Idris
Subject:        Bongkar: Email 1Malaysia



Bongkar: Tricubes Dimiliki Secara Tidak lansung Oleh Adik Najib Posted by greenboc


(Embedded image moved to file: pic29789.jpg)

1Malaysia  email: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib

Syarikat  Tricubes  Berhad  yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50  juta  kini  berdepan  dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia  sebagai  status GN3. Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program  menstruktur  semula  kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin  berdepan  dengan  nasib  untuk ditarik dari penyenaraian (delist).

Apa  yang  menarik,  pemegang  saham  kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce  Technology  Ventures  Sdn  Bhd,  iaitu  Private  Equity Fund yang ditubuhkan  Bank  Negara  bersama  Commerce  Group (atau Bumiputra-Commerce
Holdings                           Berhad                           Group).

Commerce  Group  atau  Bumiputra-Commerce  Holdings Berhad Group kini telah dinamakan  sebagai  CIMB  Group,  diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak,  iaitu  Nazir Razak (gambar kanan). Nazir Razak adalah Ketua Pegawai
Eksekutif                            CIMB                            Group.

Semalam,  Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah memberikan satu projek  baru  bernilai  RM50 juta kepada Tricubes Bhd untuk mendirikan satu laman  internet,  dan  setiap  warga  negara  berumur 18 tahun ke atas akan dibuka satu akaun email - "1Malaysia email" untuk kegunaan rasmi; sementara mendirikan pusat perkhidmatan e-kerajaan, termasuk laman sosial, pembayaran
hutang          melalui          internet          dan          sebagainya.

Namun   demikian,   menurut   maklumat   Bursa   Malaysia,  Tricubes  telah
disenaraikan   sebagai   status   BN3   dan  perlu  mengetengahkan  program
penstrukturan    kewangan,    atau    berdepan   dengan   nasib   "delist".

Dalam  satu  kenyataan  Tricubes  pada  29  Oktober 2010, lantaran daripada kebimbangan  oleh  juruaudit terhadap laporan kewangan Tricubes sehingga 31 Mac 2010, ditambah pula shareholders' equity yang lebih rendah daripada 50% modal  sehingga  Jun  2010, maka ia telah melanggar peraturan penyenaraian,
lantas         dimasukkan        ke        adalam        status        GN3.

Selain  itu,  menurut  laporan  kewangan  2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami  kerugian  bersih  sebanyak  RM3.35  juta (RM3,346,752). Meskipun
Tricubes   memohon  agar  Bursa  Malaysia  mengecualikan  dirinya  daripada
peraturan  GN3,  namun  Bursa  Malaysia  enggan  meluluskan  permintaannya.

Menurut  peraturan  GN3 di Bursa Malaysia, Tricubes perlu mengemukakan satu rancangan  penstrukturan  semula kewangannya dalam tempoh 12 bulan, bermula
29  Oktober  2010  (tarikh  dimasukkan  ke  status  GN3).  Malah, rancangan tersebut  perlu  diluluskan Bursa, malah dilantik penajanya dalam masa tiga bulan,  dan menghabiskan program penstrukturan semula dalam masa enam bulan
selepas                          diluluskan                          Bursa.

Jikalau  Tricubes  gagal  mematuhi mana-mana peraturan, maka Bursa Malaysia boleh  menghentikan  sementara  jual-beli  saham  syarikatnya, dan kemudian
menarik                      penyenaraiannya                      (delist).

Menurut  kenyataan  terbaru  Tricubes pada 1 April 2011, tiada perkembangan yang besar dalam rancangan penstrukturan semula kewangan syarikat tersebut.
Menurut   had  tempoh,  Tricubes  harus  menghantar  laporan  penstrukturan
kewangannya  sebelum 29 Oktober 2011, dan mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia  -  untuk  mengelakkan  dirinya  daripada  ditarik penyenaraiannya (delist).

Sebagaimana  yang diketahui, Tricubes cuba membida 32.2% saham Pos Malaysia
daripada       Khazanah       Nasional      Berhad,      tetapi      gagal.

Pada  saat-saat  yang  genting  ini,  Najib  membawa  cahaya harapan kepada penstrukturan semula kewangan Tricubes apabila mengumumkan pemberian projek 1Malaysia  email  bernilai  RM50  juta  kepadanya.  Berikutan  kontrak ini,
Tricubes   mungkin   sempat   untuk  mengemukakan  rancangan  penstrukturan
kewangannya               sebelum              hujung              Oktober.

Apa yang dipertikaikan, PEMANDU yang mendakwa diri mengutamakan meritokrasi dan  ketelusan  itu,  melantik sebuah syarikat yang berdepan dengan masalah
kewangan       untuk       melaksanakan      projek      kerajaan      ini.

Menurut  maklumat  rasmi,  pemegang  saham  kedua  terbesar Tricubes adalah Commerce  Technology  Ventures,  ditubuhkan  pada Julai 2000, dengan fungsi utamanya  membekalkan modal untuk pembangunan teknologi. Sehingga hari ini, syarikat  ini  telah melabur di 22 buah syarikat, termasuk 10 buah syarikat telekomunikasi,  enam  syarikat  advanced manufacturing, lima syarikat life
science                 dan                 satu                 lain-lain.

Modal   Commerce   Technology  Ventures  dikendalikan  CAV  Private  Equity
Management  Sdn  Bhd, syarikat ini adalah salah satu syarikat di bawah CIMB Group. Menurut laporan kewangan Tricubes 2010, Commerce Technology Ventures merupakan  pemegang  saham  kedua  terbesar  yang  memegang  15.63%  saham.
Pemegang saham terbesar Tricubes adalah Khairun bin Zainal Mokhtar - selain memiliki  15.72%  saham secara langsung, juga memiliki 14.17% saham melalui Ambank.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan
disunting                  dari                  teks                 asal.



Email 1Malaysia Untuk Selamatkan Syarikat Bermasalah?

Posted by greenbo


(Embedded image moved to file: pic06046.jpg)

Syarikat  Tricubes  Bhd  yang diberikan kontrak RM50 juta untuk melancarkan
perkhidmatan   emel   1Malaysia   merupakan   sebuah  syarikat  bermasalah.

Syarikat  yang  tidak berapa dikenali itu merupakan antara 12 buah syarikat yang  disenaraikan  Bursa  Malaysia  sebagai  syarikat  GN3  kerana keadaan
kewangannya       dalam       keadaan       "lemah"      atau      "buruk."

Menurut  garis  panduan  yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status
GN3  itu  akan  membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada
satu      jawatankuasa      untuk     menstruktur     semula     hutangnya.

Penyenaraian  Tricubes  di  Bursa  Saham  mungkin  ditarik  balik sekiranya syarikat  itu  gagal  meyakinkan  bursa  berhubung  pelan  untuk melunaskan
kesemua                                                          hutangnya.

Kontrak  bernilai  RM50  juta  itu  pasti  akan  memberi  nafas baru kepada Tricubes.


     Najib  beri kontrak 50juta kepada syarikat bermasaalah kendali e-mail
     1malaysia

     Tricubes  Berhad,  syarikat  yang  meraih kontrak perkhidmatan emel 1
     Malaysia  bernilai  RM50  juta dilaporkan menghadapi masalah kewangan
     dan     berkemungkinan     dilucutkan     dari     Bursa    Malaysia.

     Meskipun menghadapi permasalahan sebegitu, Perdana Menteri Datuk Seri
     Najib  Razak  hari  ini  mengumumkan  firma  berkenaan diberi kontrak
     lumayan  untuk  menyediakan khidmat emel rasmi antara rakyat Malaysia
     berusia   18   tahun   dan   kerajaan,   lapor   Malaysian   Insider.

     Ramai   pihak   menyifatkan   langkah  itu  sebagai  membazir  kerana
     sebilangan  besar  masyarakat  yang celik komputer sudah pun memiliki
     e-mail                                                      peribadi.

     Mereka   juga   mempersoalkan  keselamatan  maklumat  peribadi  dalam
     sebarang     transaksi     menerusi     e-mail     1Malaysia     itu.

     Justeru  mereka  menolak  projek  e-mail 1Malaysia dan mempertikaikan
     kenapa  ia  diberi  kepada  sebuah  syarikat yang dipantau oleh Bursa
     Kuala                                                         Lumpur.

     Tricubes  sebelum  ini  diberi  amaran dan diletakkan di bawah status
     Nota  Bimbingan  Keselamatan  3 oleh Bursa Malaysia (GN3) tahun lalu.

     Sebagai  Syarikat  GN3,  Tricubes  perlu  memberikan laporan kewangan
     kepada  Bursa  setiap  bulan  serta melantik penaja sehingga ia bukan
     lagi                          berstatus                          GN3.

     Menurut  laporan itu jika syarikat (Tricubes) gagal berbuat demikian,
     mereka  boleh  digantung  dan  disingkirkan  dari  papan  oleh  Bursa
     Malaysia.

     Sumber  Bursa  juga menyatakan, sehingga 1 April lalu, Tricubes masih
     dalam  proses  meguruskan  aliran  kewangannya  dan  'tiada  sebarang
     perkembangan besar' yang memungkinkan status GN3 syarikat itu ditarik
     balik. -tvsnews


E-Mail 1 Malaysia Lanjutan Sarkas Najib

Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT


(Embedded image moved to file: pic02145.jpg)


SHAH  ALAM  19  APRIL  : Kerajaan Barisan Nasional membelanjankan RM50 juta untuk  memberikan  e-mel  percuma  1  Malaysia  kepada setiap rakyat negara walaupun  hampir seluruh masyarakat yang celit teknoloji maklumat di negara ini mempunyai e-mel sebegitu, kata Penasihat DAP Lim Kit siang.


Adalah dipercayai projek e-mail 1 Malaysia yang dibiayai dengan wang rakyat
akan   digunakan   oleh   Barisan  Nasional  untuk  menyebarkan  propaganda
pemerintah, khususnya semasa pilihanraya umum.


"Saya fikir emel 1 Malaysia ialah penipuan terbaru dalam 'sarkas 1 Malaysia ini.  Rakyat  Malaysia  tidaklah  terlalu  'ketinggalan  dalam  IT sehingga memerlukan  RM  50 juta untuk 'diberikan emel baru. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak  12  tahun  pun  sudah  pandai  membuat akaun e-mel sendiri dan kebanyakan  rakyat sudah pun mempunyai kemudahan itu, kata beliau kepada TV Selangor hari ini.


Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Kesemua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan diberikan akaun e-mel 1 Malaysia yang terjamin bagi tujuan-tujuan rasmi.


Portal  web  bernilai RM 50 juta itu akan dibangunkan oleh Tricubes Berhad,
antara   lain   menyediakan   perkhidmatan  seperti  rangkaian  sosial  dan
pembayaran bil atas talian.


Kit  Siang  berkata  alasan  Najib kononnya e-mail 1Malaysia itu diwujudkan demi  memastikan keselamatan transaksi menerusi alam siber tidak masuk akal kerana  pilihanraya  Sarawak  membuktikan  Malaysia  masih jauh ketinggalan dalam aspek menangkis serangan siber.


"Dari  pengalaman  pilihan  raya  Sarawak  yang  lalu,  kita lihat pelbagai serangan  siber  terhadap Malaysiakini, Sarawak report, dan Harakah online.
Idea  emel  satu  Malaysia kepada setiap rakyat Malaysia hanya membuka satu lagi  cabang untuk membolos kehidupan peribadi rakyat tanpa menitikberatkan soal keselamatan," kata Kit Siang.


Kit  Siang mempertikaikan pembaziran tersebut dan menyatakan Kerajaan boleh menggunakan wang rakyat tersebut dengan tujuan yang lebih baik.


"RM 50 juta ringgit yang diperuntukkan untuk emel 1 Malaysia ini lebih baik disalurkan  untuk  pembangunan  dan  pembinaan  keperluan  asas luar bandar seperti kemudahan air dan elektrik," tegas beliau.


Justeru  Kit  Siang  menyatakan e-mail 1 Malaysia tidak lebih daripada satu lagi  projek  BN untuk memperkayakan kroni tertentu dengan membazirkan wang rakyat.


"Keseluruhan  idea  t-shirt  1 Malaysia, tupperware 1 Malaysia, air mineral dan  burger  1  Malaysia,  menjadikan  tujuan  1 Malaysia sebuah sarkas. Ia langsung  tidak  menyumbang  kepada tujuannya yang sebenar untuk menyatukan rakyat.  Tapi  hanya  menguntungkan  sebahagian  orang  yang  saya gelarkan 'pemburu kekayaan 1 Malaysia," katanya lagi.TVS





This email and any attached files ("Message") may contain confidential and/or privileged information. It is intended solely for the addressee(s). If you receive this Message in error, inform the sender by reply email, delete the Message and destroy any printed copy.
Any unauthorized use, distribution, or copying of this Message or any part thereof is prohibited. Emails are susceptible to alteration. Neither Technip nor any of its affiliates shall be liable for the Message if altered or falsified nor shall they be liable for any damage caused by any virus that might be transmitted with this Message.



This e-mail and any attachment are confidential and may be privileged or otherwise protected from disclosure. It is solely intended for the person(s) named above. If you are not the intended recipient, any reading, use, disclosure, copying or distribution of all or parts of this e-mail or associated attachments is strictly prohibited. If you are not an intended recipient, please notify the sender immediately by replying to this message or by telephone and delete this email and any attachments permanently from your system.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment