Saturday, April 23, 2011

RG09... SEBUAH RINDU SECANGKIR KEMANUSIAAN

 

di kedewasaan ini tiba tiba aku digamit sebuah kerinduan,ingin benar ku dengar kembali seruling jerami yang berlagu begitu syahdu,bersama deburan air dikala haruan menyambar atau kicauan kicauan burung tiak dikala lari dihalau petani 

aku juga begitu rindu sekali untuk ku mendengar rentak lesung tingkah meningkah ketika petani petani menumbuk amping dimalam hari atau kanak kanak yang berlagu indah mengaji bersama dengan ayat ayat suci al quran  dimalam hening yang syahdu

dan aku wahai temanku ...menjadi sedemikian rindu pada nostalgia lalu ..untuk ku ubati luka yang tercalar dihatiku,menatap kemanusiaan yang telah hilang bersama jeritan jeritan yang begitu menganggu kenuranianku ...kembalikanlah keadilan dibumi ini ..kembalikanlah...kerna aku terlalu sungguh pilu .. kembalikan lah .... 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment