Sunday, May 15, 2011

Re: RG2011... [::::: Aku Budak Trolak :::::] Selamat Hari Guru 2011

 

Slamat ari guru utk seme guru2.. N seme tok yg ajar ngaji.. Pakcik makcik yg ajor msk... Pada kengkawn yg byk memberi tnjuk jalan, pd kwn2 sepejbt.. Pd bos, n terutama abg2 yg mendisiplinkn.. N guru yg terbaek, ibu tersyg... N yg teragung... ALLAH yg membr panduan spnjg hidup dgn
Anugerah guru2 terbaik!!!

On Sat May 14th, 2011 10:01 PM EDT IlyTrolak wrote:

>Perjalanan seorang guru itu amat jauh. Jika ikhlasan bersamanya pasti
>banyak perkara yang akan dilaluinya. Perjalanan aku mengenali insan
>bernama guru bermula dengan satu perkataan iaitu cikgu. Kemudian ku
>kenali pula istilah ustaz dan ustazah. Tidak pasti, bila masanya
>istilah guru mula bertahta di hati.
>
>Perjalanan awal aku bersama insan bernama cikgu bermula di Taman
>Didikan Kanak-kanak (TADIKA) FELDA Trolak Utara. Aku tak pasti juga
>sama ada semasa itu TADIKA tersebut telah dikenali sebagai TADIKA KEMAS
>atau belum. Tapi, yang pastinya ianya TADIKA. Bukan TABIKA, bukan,
>TASKA, bukan TASKI, dan bukan PASTI.
>
>Berkenalan dengan Cikgu Siti dan Cikgu Azizah merupakan detik permulaan
>mengenali insan bernama cikgu. Bila disuruh ucapkan selamat pagi, aku
>menurutinya, disuruh makan dengan tertib, dipatuhi, semuanya tetap
>dengan arahan. Betapa lembutnya mereka memberikan pendidikan awal
>dengan penuh kasih sayang.
>
>Di TADIKA juga, selain mengenali huruf, tulis dan baca, aku mula
>seronok bermain dengan permainan yang disediakan. Utamanya main pasir,
>dah menjadi aktiviti harian bermain pasir. Di TADIKA itu juga
>disediakan permainan seperti buaian dan papan gelongsor.
>
>Selesai mengikuti pendidikan awal di TADIKA, langkah pendidikan
>mengenali cikgu ke Sekolah Kebangsaan Trolak Utara. Berkenalan aku
>dengan guru kelas Darjah 1 ketika itu Cikgu Rabitah. Banyak perkara
>yang berlaku di sini. Enam tahun di sekolah ini memberikan pelbagai
>ilmu. Di sini mula aku mengenali ustaz dan ustazah. Istilah yang diberi
>kepada guru yang mengajar pendidikan agama. Biarpun di ketika itu
>ustazahnya masih belum serupa sekarang pakaiannya.
>
>Di sekolah ini juga aku mulai mengenali cikgu garang dan sebaliknya.
>Gambaran guru yang berteman rotan sentiasa menakutkan jiwa. Bertambah
>keruh jiwa, jika guru tersebut turut menaburkan jasa di kelas sendiri.
>Darah gemuruh bercampur baur akan berganding ketika tugasan yang
>diberi, tidak dapat diselesaikan, soalan yang diajukan, tiada balasan
>untuk persembahkan.
>
>Pernah juga sekali sekala, aku menikmati betapa nikmatnya apabila roti
>melabuhkan tugasnya dipinggul. Rasa macam nak demam dan sebagainya.
>Memang serik ketika itu, tetapi betul kata Tun Mahathir, "Melayu mudah
>lupa". Perkara yang sama pasti berulang kepada yang sering lupa.
>
>Masa berubah dan berlalu pergi. Cikgu juga mengajar aku betapa sibuknya
>dunia di peringkat pendidikan rendah. Selesai menimba ilmu akademik,
>aku mula mengenali pendidikan agama secara formal di Sekolah Rendah
>Agama Rakyat Nurul Hidayah, FELDA Trolak Utara. Di situ jiwa dibentuk
>menjadi lebih mengenali bidang agama. Pengkhususan pengajaran yang
>berfokus kepada keagamaan menjinakkan diri untuk dekat kepada Yang Maha
>Kuasa. Tahulah diri peranan kepada Maha Pencipta.
>
>Semakin jauh pendidikan diredahi, semakin ramai cikgu yang aku kenali.
>Pendidikan peringkat menengah bermula di Maahad Irsyadiah Diniah, Batu
>26, Bagan Datuh Perak Darul Ridzuan. Pendidikan Pondok yang luar dari
>kebiasaan memang memberi kejutan kepada jiwa. Semuanya perlu berdikari.
>Tiada lagi, masakan dan belaian emak ketika itu. Namun perjalanan di
>sana tidak lama. Jiwa dirasa tidak sesuai, berterus terang kepada abah
>emak, jalan yang dipilih menempatkan aku ke Sekolah Menengah Trolak.
>Sekolah baru yang terletak di kawasan tanah rancangan bersebelahan
>tempat kediaman aku.
>
>Pendidikan di sini, rupanya semakin mencabar, apabila usia semakin
>meningkat, kematangan mengajar erti kebenaran. Bertemu dengan cikgu di
>peringkat ini berlain temanya di peringkat rendah. Aku mula menggunakan
>batang pen, sebagai alat tulis utama. Jika sebelumnya hanya pensel yang
>menemani aku ketika belajar.
>
>Selain cikgu, rakan-rakan semakin bertambah ramai. Berbagai ragam yang
>berlaku. Mulalah terdedah dengan pelbagai jenis penguatkuasaan untuk
>melengkapkan peraturan sekolah. Kisah di sekolah menengah menukar corak
>kisah di skeolah rendah. Cikgu-cikgu yang lebih tegas mula tampil
>dengan wajah dan kriteria yang dipilih.
>
>Mujurnya aku tidak bertemu dengan senior di sekolah ini, kerana sekolah
>ini baru dibuka dan rakan-rakan seangkatan merupakan pelajar pertama di
>sekolah ini. Dalam perjuangan mencari ilmu, terdengar juga keluhan
>cikgu-cikgu terpaksa. Cikgu-cikgu yang beranggapan sekolah di kawasan
>FELDA ini, bagaikan tempat buangan. Sedih sekali...
>
>Dunia pendidikan mula dirasakan berubah corak. Pergaulan rakan semakin
>bertukar. Pengajaran cikgu pelbagai rancangannya. Peperiksaan sebagai
>penilaian menjadi matlamat. Mula berdepan dengan buku yang semakin
>banyak dan tebal.
>
>Tamat peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Bertemu pula dengan istilah
>pensyarah di peringkat pendidikan tinggi. Di Maktab Perguruan Kota
>Bharu, permulaan perkenalan dengan insan yang bernama pensyarah. Mereka
>tetap cikgu. Dunianya amat berbeza. Mula belajar dengan tampil ke
>hadapan kelas sebagai pembentang. Pendidikan di sini pelbagai tugasan
>diberikan.
>
>Panggilan istilah cikgu, mula terhakis di sini. Panggilan Encik, Cik,
>Puan, Tuan Haji, dan Hajah mula menggantikan istilah cikgu. Bertambah
>pula penglibatan dalam mengendalikan acara-acara dan program yang
>terpikul di bahu pelajar. Semakin berlainan cara pendidikannya.
>
>Selangkah kemudian istilah berganti istilah yang menempatkan cikgu.
>Istilah Dr., Professor dan tutor, mula menjadi bicara dibibir, apabila
>diri ditempatakan ke pendidikan yang lebih tinggi. Cara persembahan
>yang hampir sama tetapi penuh dengan tugasan yang bertali arus.
>Penggunaan istilah-istilah dan bahasa asing sebagai medium utama
>pengantaraan menambahkan ilmu dalam diri.
>
>Semua yang dilalui mengajar erti istilah cikgu. Merekalah sebenarnya
>cikgu atau guru yang mendidik kita secara formal. Namun, kita rupanya
>terlupa, bahawa insan paling rapat dan paling menyayangi kita juga
>merupakan cikgu dan guru kepada kita. Mereka ialah emak dan abah kita.
>Merekalah yang mengajar banyak perkara dalam kehidupan kita. Pendidikan
>kasih sayang merupakan pendidikan yang paling berguna yang diajar
>kepada kita. Dengan belaian dan kasih sayang kita mula dapat mengenali
>semuanya, erti KEHIDUPAN. SELAMAT HARI GURU.
>
>
>
>--
>Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 5/15/2011
>12:01:00 AM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment