Monday, May 23, 2011

Re: RG2011... [::::: Aku Budak Trolak :::::] Tragedi Dan Kenyataan Menteri

 

Betulkah rumah tu diorang yang bina? atau diorang cuma sewa jer... atau ada insan berhati mulia yang wakafkan rumah untuk anak-anak yatim.. maklumlah.. pusat anak yatim ni bukannya berduit sangat nak bina banglo tepi bukit..Sudah-sudah ler tu.. bina tepi bukit tanah runtuh, bina tepi sungai banjir, bina tepi laut tsunami.. bencana ni kat mana-mana pua boleh jadi... janganlah nak salahkan sesiapa... doakan semoga mereka-mereka yang terkorban mendapat rahmat dai Allah SWT dan di tempatkan di sisiNya.


From: mohd shahir <shahir74@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 23 May 2011 17:49:37
Subject: Re: RG2011... [::::: Aku Budak Trolak :::::] Tragedi Dan Kenyataan Menteri

 

sapa kata salah.... aku kata bahaya ..... baca elok2.... niat ikhlas pun, kena tgk cara dan keadaan ... kenapa nak bahayakan nyawa org lain..... itu je persoalan dia ..... tolong anak2 yatim mmg perkara yg baik..... tak dak sapa pertikai ....


From: mr zeli <mrzeli@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 23 May 2011 15:09:15
Subject: Re: RG2011... [::::: Aku Budak Trolak :::::] Tragedi Dan Kenyataan Menteri

 

kalau betul salah buat rumah tepi bukit kenapa rumah2 kat bukit antarabangsa tu boleh buat tepi bukit.. da bnyk kali runtuh tp masih ada lg projek perumahan baru tepi bukit kat situ.. kita bkn nak ckp salah sapa2 tp kena ada sikap tanggungjawab la.. semua yg tinggal kat situ anak2 yatim. mungkin tuan empunya rumah tu ada tanah tu sahaja.. tp niat dia ikhlas nak tolong anak2 yatim dari terbiar.. jadi x bleh nak salahkan dia jugak.. sepatutnya kalau kerajaan buat pemantauan dari awal mb kerajaan boleh bagi tanah lain untuk penempatan baru anak2 yatim tersebut..


 
2011/5/23 mohd shahir <shahir74@yahoo.com>
 

bagi aku kenyataan menteri tu betul.... kenapa pihak rumah anak yatim bina bangunan di tepi bukit ..... mmg amat bahaya .... unless pemilik bangunan tu tak tau langsung pasal regulation.... bila kerajaan tak buat regulation, kita akan hentam kerajaan mcm2.... bila dah buat, kita tak ikut......... bila dah jadi mcm2, kerajaan tegur... pun kata kerajaan tak kena .....
bagi aku kenyataan menteri2 tu melihat pada skop yg lebih besar.... supaya rakyat tau..... tapi kalau dalam hati dah niat nak cari salah kerajaan .... apa yg kerajaan buat akan dipandang salah sentiasa ...



From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com> Sent: Monday, 23 May 2011 10:10:45
Subject: Re: RG2011... [::::: Aku Budak Trolak :::::] Tragedi Dan Kenyataan Menteri

 

Menteri tu buat kenyataan supaya masyarakat tidak menuduh atau menyalahkan JKM tidak mengambli berat tentang pusat berkenaan. Kalau berdaftar maknanya urusan dan perjalanan rumah anak-anak yatim itu adalah dalam pemantauan JKM. Itu saja maksud menteri tu.

2011/5/22 IlyTrolak <ilytrolak@yahoo.com>
 

Musibah yang melanda Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Al-Taqwa di Batu 14 Hulu Langat, memberi banyak keinsafan kepada kita yang masih belum diuji dengan perkara sebegitu.

Dari berita yang diterima, mangsa kejadian kesemua adalah seramai 25 orang, yang terdiri dari anak-anak kecil yang menumpang teduh tatkala ketiadaan tempat untuk mengadu dan terdapat juga dalam kalangan mereka yang menumpang untuk tujuan tidak seperti rakan yang lain. Namun, di situ pula ujian menimpa mereka pula.

25 mangsa yang terlibat, 16 orang daripadanya telah pergi meninggalkan rakan-rakan yang lain, manakala 9 orang berjaya diselamatkan namun masih berada di hospital untuk rawatan lanjut. Dari sembilan orang dalam rawatan tersebut, 3 masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan selebihnya di wad khas bencana.

Sedekahkanlah pahala bacaan al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut. Semoga 9 orang yang masih dalam rawatan akan dapat kembali sihat seperti sediakala.

Di sebalik tragedi, siasatan berlaku. Siasatan bukan hanya mencari punca kejadian tanah runtuh berlaku, tetapi meliputi perkara-perkara yang lain.

Mengejutkan kenyataan dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam BERNAMA menjelaskan bahawa pusat tersebut tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Adakah ini yang ingin diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Kenyataan dilihat sebagai satu cara menyalahkan pihak pengusaha. Patutkah kenyataan ini dikemukakan?

Bukan masalah berdaftar atau tidak berdaftar, sekarang ini pusat tersebut sedang dilanda musibah yang besar. Masa ini 6 orang yang terselamat dalam rawatan dan yang telah sedar mungkin sedang trauma.

Bagaimana dengan pengusaha? Mereka orang yang budiman menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim dan anak-anak yang memerlukan penjagaan. Namun kenyataan seorang menteri pula:

"Pihak tertentu mesti buat siasatan berhubung rumah itu sebab budak tahfiz dan anak yatim tinggal di situ, kem motivasi pun di situ, jadi kita tidak tahu asal-usul kediaman itu,"

Jika diteliti betul-betul, kenyataan tersebut mungkin akan memberi tekanan dan kekecewaan kepada pengusaha rumah kebajikan tersebut.

Sebenarnya kenyataan tersebut tidak patut dikeluarkan, kerana ianya seperti tindakan mudah dalam menyalahkan pihak lain. Perkara yang sepatutnya ialah usaha untuk memastikan keselamatan dan memastikan semangat mereka yang terlibat dalam tragedi kembali pulih.

Kenyataan untuk menyalahkan atau melepas tangan tidak sepatutnya dinyatakan. Ianya boleh diselesaikan dengan membuat perundingan dan khidmat nasihat dalam memastikan sesebuah pusat kebajikan tersebut dapat beroperasi dengan lancar dan selamat.

Jika diperhatikan sudah beberapa tragedi berlaku di negara kita, tetapi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan semua pembangunan di kawasan lereng dan berbukit di Kuala Lumpur tidak akan dihenti.




--
Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 5/22/2011 05:48:00 PM



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment