Tuesday, May 17, 2011

Re: RG2011... CATATAN : Apabila suami minta ‘izin’...

 

Sebab itu ditulis `izin' dengan tanduk di awal dan akhir perkataan. Bacalah betul-betul dan fahamkan. Kalau saya kata 'ngong', janganlah marah pulak, ya.

Izin memang tidak perlu, tetapi beritahu @ inform itu perlu, kerana Rasulullah tidak pernah mengajar umatnya berpoligami secara sembunyi-sembunyi.

Dalam sejarah memang tidak pernah Rasulullah meminta `izin' isteri baginda, tetapi baginda pernah meminta pendapat Aisyah akan calon madunya, yang dijawab Aisyah dengan nada sinis, "Dia adalah wanita Yahudi, putri seorang Yahudi."

Nabi mana yang mengajar syurga isteri dibawah tapak kaki suami??
Yang inipun sama saja, hampeh!

--- In respeks_group@yahoogroups.com, "khalis" <khalis@...> wrote:
>
> Btul…nk mintak plak izin isteri..hmpeh
>
> Syurga isteri dibawah tapak kaki suami.
>
> Rajin2 la dengar ceramah agama ckit
>
>
>
> From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Mohd Faiz Achdiyat
> Sent: Tuesday, May 17, 2011 1:21 PM
> To: respeks_group@yahoogroups.com
> Subject: Re: RG2011... CATATAN : Apabila suami minta ‘izin’...
>
>
>
>
>
> bawang goreng pon sodap..... itu lah masalahnya bila kebanyakan wanita, perempuan dan isteri gagal didik mengikut lunas2 islam.... sape yang nak disalahkan dalam hal ni yer? susah sangat ke nak menerima bahawa poligami itu di halalkan Allah... ? (yang lain x yah nak memekak pasal mampu x mampu..bla...bla...bla...)
>
>
>
> mintak mangap lah yerk... sebenarnya suami tak perlu mintak izin dari sang isteri... sape ye yang buat undeng2 kena mintak2 izin ni? mangkuk hayun betul.
>
>
>
> secara dasarnya lelaki bukan mintak izin... sekadar ingin berkongsi niat dihati... agar sang isteri redha dengan apa yang bakal berlaku. susah sangat ke nak redha dengan apa yang berlaku?
>
>
>
>
>
>
>
> _____
>
> From: BawangGoreng® <bawangoreng@...>
> Sent: Tue, May 17, 2011 10:49:34 AM
> Subject: RG2011... CATATAN : Apabila suami minta ‘izin’...
>
>
>
>
> Apabila suami minta ‘izin’... <http://laman-seri.blogspot.com/2011/05/apabila-suami-minta-izin.html>
>
>
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPXN5VK_FC2NKQpUZFIVEaPTK_jQePbPHpVJJW-mZG463iHt73hbfkptBJCkVaz3fP0_4BsYOg9C-BX4ExrdoO23XguWYbrS3v0wv5pxHV_RggqvHNwnZalBD8Klr4fLiCF1h3IPeQAFao/s1600/pencils.jpg>
> Assalamualaikum dan salam sejahtera,
>
> Membaca Satu kisah poligami lagi <http://laman-seri.blogspot.com/2011/05/satu-kisah-poligami-lagi.html> , pernahkah anda terfikir, sekiranya suami anda tiba-tiba berkata, “Abang hendak kahwin lagi...” Apakah yang akan anda katakan? Apakah ayat pertama yang pastinya keluar dari mulut anda? Apakah anda akan mengamuk gila sakan?
>
> Kita tidak mahu hal sebegini terjadi, tetapi kadang-kadang ia terjadi tanpa terduga sama sekali. Suami yang selama ini kita rasakan amat baik tahap pijak semut gajah pun tidak mati, tiba-tiba tegar menjatuhkan menghantukkan batu ke atas kepala anda. Ketika itu, apa yang akan anda katakan? Apakah anda masih bersikap biasa atau apakah anda akan bertindak seperti yang selalu dilakukan oleh kebanyakan wanita?
>
> Apabila sesuatu itu tidak pernah kita duga dan tiba-tiba ia terjadi, selalunya kita akan terkejut beruk sakan. Kejutan yang teramat sangat akan menyebabkan kita tidak dapat berfikir. Api kemarahan menyebabkan kita bertindak balas, barangkali dengan kata-kata, boleh jadi juga dengan tenaga. Eh... mati pulak suami dibelasahkan dengan kayu golf! Waduh.. jangan begitu dong!
>
> Maka itulah, dalam bertenang-tenang seperti sekarang, apa kata anda cuba rangka-rangkakan ayat yang bakal dicetuskan, seandainya perkara seperti itu terjadi, supaya anda tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh mencarik tahap kewarasan fikiran. Inilah yang dikatakan prediction atau unjuran.
>
> Ðalam dunia perniagaan, kadang-kadang kita mengunjurkan pertumbuhan yang lembap, dengan itu kita lebih bersedia untuk berdepan dengan apa-apa cabaran supaya pada saat sukar kita masih bertahan. Kadang-kadang dalam rumahtangga, unjuran harus dibuat supaya apabila datang nanti, anda tidaklah begitu terkejut. Kejutan yang melampau boleh menyebabkan anda menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya anda diucapkan.
>
> “Kalau abang hendak kahwin juga, ceraikan saya dulu!” Biasa dengar kata-kata ini? Ya, ia adalah ungkapan yang paling popular yang dikomersialkan dalam drama-drama Melayu. Sekali imbas macam tiada apa-apa, tetapi kesan dan akibatnya teruk sekali. Ðaripada menghamburkan kata-kata seperti orang kurang ilmiah sebegini, apa salahnya anda berikan pandangan asal dengan sususan kata-kata yang lebih baik atau dalam istilah lainnya, cakap berlapik.
>
> Ðalam keadaan marah, bagaimana sekalipun, awasilah lidah. Belajar-belajarlah control temperature marah anda dan cuba katakan ayat sebegini :
>
> * “Abang kalau hendak kahwin juga, eloklah tengok-tengok diri abang dulu” atau
> * “Kalau hendak kahwin juga, tengok-tengoklah kami anak-beranak, cukupkah makan, pakai, didikan bla... bla… bla...” atau
> * “Baguslah abang hendak kahwin lagi. Ini bermakna abang mampu menyara saya dan anak-anak. Tak perlulah lagi saya bekerja membantu abang. Ok, kalau betul abang hendak teruskan, apa kata abang bentangkan perbelanjaan keluarga supaya tiada masalah timbul di kemudian hari...”
>
> Kata-kata begini tidak bersikap mementang tetapi minta ehsan dan empati suami supaya dia ‘tertampar’ untuk berfikir.
>
> Seorang lelaki selalunya tidak akan berbuat sesuatu tetapi apabila dia disuruh berbuat sesuatu itu, tetapi kebiasaannya, suami akan memberontak apabila keinginannya terlalu ditentang, ia menimbulkan marah dan dendam. Lelaki biasanya lebih sampai hati apabila hasratnya diberikan pertentangan yang kuat. Semakin anda melawan, semakin anda menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, semakin anda mengungkit itu ini, semakin sampai hatilah lelaki untuk meneruskan niatnya, tetapi jika dia diberikan ‘kebenaran’ dan dalam masa yang sama diberikan juga syarat yang boleh membuatkan dirinya terseradung berfikir, selalunya dia tidak akan sampai hati berbuat sesuatu yang menurut kemahuannya.
>
> Tidak balas salah, hasilpun salah
>
> Pertengkaran pasti tercetus bermula dari tindak balas salah yang diberikan. Jika tindak balas itu dalam bentuk marah, yang diterima kembali adalah marah juga, tetapi jika sindiran tentang keupayaan dan kemampuan hingga memaksa seseorang suami itu berfikir secara lebih mendalam, hasilnya cukup berbeza, insya Allah.
>
> Ingatlah, wahai kaum isteri, lelaki yang bergelar suami ini cukup pantang dimarahi, diherdik, diperkecil-kecilkan dengan keras apabila dia pertama kali menyuarakan hasrat seperti ini. Tindak balas yang salah selalunya mengakibatkan hasil yang salah. Andainya hasratnya itu disambut dengan ketaatan yang lebih padu, kasih sayang serta cinta yang semakin mendalam serta perkhidmatan yang luar biasa cemerlangnya, selalunya lelaki akan kembali rasional. Apabila dia mula membanding-bandingkan kebaikan anda dengan calon isteri keduanya itu, dan dia melihat lebih banyak kebaikan pada diri anda, dia kaan berkata dalam hati, “Kesian bini aku ni… tak jadilah…”
>
> Apabila ini berlaku, ia satu kemenangan untuk dirai. Mengapa? Sebab ramai sungguh wanita yang akhirnya terseradung oleh isu yang sama, sedangkan ia boleh dielakkan, bahkan suami semakin sayang dan bertambah intim. Bukankah itu menang namanya?
>
> Ukuran tahap ketaqwaan
>
> Laman-Seri <http://laman-seri.blogspot.com/> salute mereka yang tidak sedikitpun melenting jika suami hendak berpoligami, malah ada yang sanggup ‘mengoffer’ suami mereka supaya berpoligami, dengan alasan terlalu cintakan Allah dan Rasul-Nya. Erk... Bolehkah tindakan sebegini dijadikan kayu ukuran tahap ketaqwaan seorang isteri? Benarkah tahap ketaqwaan boleh diukur sebegini? Hanya Allah maha Mengetahui...
>
> Apa-apapun, dalam kes ‘offer-mengoffer’ ini, saya tidak pernah membaca sejarah isteri-isteri Rasulullah SAW (yang mendapat first hand didikan Rasulullah), meminang madu mereka atau mereka sendiri ‘mengoffer’ Rasulullah untuk menikahi atau dinikahi wanita lain. Ketika Rasulullah melarang menantunya Ali daripada berpoligami juga, tiada bantahan daripada anak perempuan Nabi akan larangan ayahandanya dan tidak pernah pula tercatat dalam sejarah yang menyatakan anak perempuan Nabi ini ‘mengoffer’ suaminya Ali supaya menikahi wanita lain. Lalu saya terfikir, bagaimana tahap taqwa isteri-isteri Rasulullah dan anak perempuan baginda? Secara peribadi, ‘offer-mengoffer’ ini bukanlah kayu ukuran tahap ketaqwaan seorang isteri. Saya mungkin tersilap, tetapi ukuran sebegini juga tidak mustahil tersasar atau tidaklah begitu tepat.
>
> Saya tidak sanggup sampai hati ‘mengoffer’ suami kepada wanita lain, bukan kerana saya tidak boleh menerima poligami, bukan kerana saya tamak dan menganggap suami saya hanya milik saya seseorang, bukan... bukan... bukan... tetapi saya yakin dan pasti, suami tiada keperluan dan kemampuan untuk berpoligami. Mungkin bukan sekarang, tetapi tidak tahulah di masa depan.
>
> Tiada sesiapapun yang boleh menafikan, poligami adalah perkara yang berat dan ujian yang besar dalam rumahtangga. Sirah Nabi juga memerlihatkan kecemburuan di antara isteri-isteri baginda. Tercatat sejarah kisah isteri baginda yang menepis pinggan berisi kuih pemberian madu hingga jatuh pecah berderai ke lantai. Sememangnya poligami boleh mencabar keimanan dan meracuni kesucian hati. Kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, jangan berangan memancing di lautan yang dalam.
>
> Namun jika ada yang merasakan mereka memang layak diuji sebegini, teruskanlah niat anda. Gunakan saluran yang betul jika hendak menambah quota, ikutlah undang-undang yang telah ditetapkan, jangan hanya mengikut undang-undang yang anda cipta sendiri.
>
> Poligami bukan satu galakan
>
> Suka saya dikongsikan di sini, pendapat ulama tersohor dan penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz tentang poligami, katanya, poligami bukan satu galakan <http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Poligamibukansatugalakan/Article/index_html> . Menurut Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz, berpoligami tidak boleh dilakukan sesuka hati, sebaliknya dibenarkan dengan syarat tertentu iaitu kerana perkara darurat (terdesak) atau ada sebab kukuh.
>
> Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz berkata, poligami bukan satu galakan dan lelaki yang ingin berbuat demikian mestimembuktikan dia layak dan berkemampuan menyara semua isteri dan anak serta mempunyai tujuan baik iaitu bukan untuk menganiaya isteri. Beliau bersetuju poligami ada dalam Islam iaitu boleh berkahwin dua, tiga atau empat.
>
> Bagaimanapun, ada sebab mengharuskan seseorang itu bernikah lebih daripada satu. Antaranya apabila isteri jatuh sakit dan tidak mampu memenuhi tanggungjawab sebagai isteri. Suami dibenarkan berkahwin bagi mengelak dia melakukan perkara dilarang di sisi Islam. Sebab lain tidak mendapat zuriat walaupun sudah lama berkahwin. Lelaki dibenarkan berpoligami untuk membela nasib wanita yang menjadi janda kerana suami terbunuh ketika berperang dan poligami dibolehkan bagi lelaki yang mempunyai nafsu luar biasa.
>
> Ketika mengulas niat Salih Yakob mencukupkan kuota berkahwin empat bukan menggambarkan semua lelaki boleh melakukannya, tetapi perlu melihat sama ada mereka benar-benar layak dan menepati syarat berpoligami ditetapkan Islam.
>
> Menurut Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz lagi, sesetengah lelaki berpoligami kerana ada masalah dengan isteri dan apabila berkahwin lagi, semakin menambah beban. Malah ada lelaki tidak berkemampuan dan mempunyai anak ramai. Syarat kelayakan berpoligami diluluskan pejabat agama. Antara yang tidak dibenarkan berpoligami ialah mereka yang tiada rumah sendiri, sebaliknya menyewa, bergaji kecil dan berhutang.
>
> Mengenai kenyataan bahawa isteri yang membenarkan suami berkahwin lagi akan mendapat payung emas di syurga, beliau berkata, ia hanya kata-kata sedap mulut.
>
> Laman-Seri <http://laman-seri.blogspot.com/> : Panas agaknya di syurga hingga memerlukan payung? Aduuuhaiiii... Sebenarnya, banyak lagi hadis-hadis palsu yang setujuan untuk menunduk-nunduk, merendah-rendah dan meminggir peranan wanita <http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/guna-hadis-palsu-pinggir-peranan-wanita.html> yang masih berlegar di kalangan masyarakat. Jangan mudah tertipu dengan hadis-hadis sebegini...
>
> Menurut Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz lagi berpoligami bukan setakat memberi kasih sayang dan nafkah zahir batin, tetapi lelaki perlu berlaku adil. Perlu dikaji sebab lelaki itu ingin berkahwin lagi. Nabi Muhammad SAW berpoligami dengan mengambil wanita kematian suami akibat peperangan. Hanya seorang wanita yang dikahwini anak dara iaitu Siti Aisyah.
>
> Lihat saja hari ini, kebanyakan lelaki tidak lagi mengikut sunnah Rasul dalam mengamalkan poligami. Rasulullah mengahwini janda tua dan balu sebagai isteri-isteri baginda, tetapi lelaki zaman ini hanya memilih anak dara yang lebih bekerjaya, berketerampilan, mengancam dan getahnya melekit-lekit daripada isteri sedia ada. Maka tang mana gamaknya yang dikatakan berpoligami kerana sunnah Nabi?
>
> Ulama tersohor pun tidak menggalakkan poligami, jadi orang awam seperti kita sepatutnya berpada-pada sajalah....
>
> Rujukan catatan dari sumber : ÐrHMTuah dan HMetro <http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Poligamibukansatugalakan/Article/index_html> .
>
> Capaian entry berkaitan :
>
> * Jangan salah guna agama untuk poligami <http://laman-seri.blogspot.com/2008/05/jangan-salah-guna-agama-untuk-poligami.html>
> * Sakitnya jika terpaksa berpoligami <http://laman-seri.blogspot.com/2009/06/sakitnya-jika-terpaksa-berpoligami.html>
>
>
> --
> ~ 睡眠不足のママ ~
> http://laman-seri.blogspot.com
> http://little-kiosk.blogspot.com
> Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. â€" Leo Tolstoy
>
> ¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
> Firman Allah SWT :
> [7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
>
> Hadis Rasulullah SAW:
> Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
> ¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
>
>
>
>
>
> __________ Information from ESET Smart Security, version of virus signature database 6127 (20110516) __________
>
> The message was checked by ESET Smart Security.
>
> http://www.eset.com
>
>
>
> __________ Information from ESET Smart Security, version of virus signature database 6127 (20110516) __________
>
>
>
> The message was checked by ESET Smart Security.
>
>
>
> http://www.eset.com
>

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment