Friday, May 20, 2011

Re: RG2011... Jika tidak bersalah mengapa takut?

 

hebat btol manusia2 yg nk kenakan DSAI..mmg xde manusia yg sempurna kat dunia nie..tp kes nie mcm sengaja direka utk kenakan DSAI n bersifat politik kotor.. lepas liwat jubor saifool ..then kes zina plak..

perkara liwat n zina nie bknnya perkara biasa..kes2 mcm nie patut dibicarakan di mahkamah syariah tp x plak..ini berkaitan dgn agama islam.. nampak sgt jahil agama mangkuk2 yg mendakwa DSAI 

byk sgt keraguan semasa kes liwat ini dibicarakan..hakim pn boleh ubah keputusan ikut suka hati..jd kalu hakim belum lg mengesahkan DSAI bersalah.. maknanya DSAI belum lg bersalah

jd..kalu btol DSAI yg buat..maka jatuhlah hukuman yg setimpal kat dia..tp kalu ini adalah fitnah semata-mata..maka org yg bersubahat dlm perkara nie, xkira dia hakim, peguam, saksi..atau orang2 yg menulis berita palsu atau yg percaya pada berita nie.. jawabla plak kt mahkamah ALLAH S.W.T nanti yea..

senang cite..




From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, May 20, 2011 11:05 AM
Subject: Re: RG2011... Jika tidak bersalah mengapa takut?

 
Siapakah kita untuk mengetahui dan membezakan mana satu petunjuk Allah dan mana satu rekaan manusia? Seperti yang nadzir katakan Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
 
Mohon bantuan kepada yang pakar, bagaimanakah kita mengenali dan membezakan antara petunjuk dari Allah atau fitnah (rekaan) manusia.


From: nadzir wm <nadzerjr@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 19 May 2011 14:11:38
Subject: Re: RG2011... Jika tidak bersalah mengapa takut?

 
jadi semua yg Anuar buat semua tipu helah utk melepaskan diri lah ye

komen saya hanya satu

Hanya Allah Maha Mengetahui



2011/5/19 Zahar Han <azhalita2000@yahoo.com>
 
Salam,
1. Pertama sekali cuba kaji firman Allah yg lebih kurang bermaksud sesiapa yang berpaling dari petunjuk setelah Aku berikan petunjuk maka akan gelaplah hati mereka dan mereka kekal dalam kesesatan yang nyata;
2. Setelah yakin dengan firman Allah tersebut kajilah perkara yang berikut -
i. berapa kali sudah solat hajat dibuat dengan dihadiri dengan ribuan makmum dan berimamkan pemimpin tertinggi PAS supaya Allah tunjukkan kebenaran semenjak dari masa Anwar mula dibicarakan semasa zaman Tun Mahathir;
ii. sudahkan Allah perkenankan doa solat hajat tersebut atau kita sengaja dengan mudah mengatakan doa tersebut belum diperkenankan oleh Allah kerana sebenarnya apa yang diharapkan ialah Mahathir/Najib jatuh tersungkur;
iii. walaupun Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan, pembebasan beliau adalah atas alasan teknikal semata-mata dan Hakim percaya kejadian liwat telah berlaku cuma tidak sepertimana dicatatkan dalam kertas pertuduhan;
iv. Allah telah berikan petunjuk kemudiannya selepas Anwar dibebaskan dengan dakwaan Saiful Anwar telah meliwat beliau dan dalam bontot Saiful ada air mani (DNA) Anwar;
v. bukankah DNA tersebut ciptaan Allah yang menciptakannya supaya berfungsi seperti cap jari bagi maksud pengenalan diri;
vi. Hakim yang telah meneliti fakta kes telah memerintahkan Anwar untuk membela diri;
vii.  kita tidak berpeluang sepertimana Hakim untuk meneliti fakta kes secara terperinci, jadi adakah kita boleh merumuskan kejadian liwat tersebut tidak berlaku;
viii. cuba kaji apa yang berlaku sebaik sahaja laporan polis dibuat oleh Saiful - Anwar cuba pergi ke kedutaan Turki - kenapa?;
ix- Izzah mengatakan Anwar bersama keluarga yang mana akhirnya terbukti dari rakaman CCTV Anwar keluar dari lif di tempat yang sama berlaku liwat;
x- cubaan oleh Anwar melewat-lewatkan perbicaraan - kenapa?
xi- Anwar tidak mahu melakukan sumpah laknat atas berbagai alasan - kenapa? walhal bersumpah dengan nama Allah kan lebih cepat untuk mematahkan dakwaan Saiful;
xii- kemudiannya Allah erikan petunjuk lagi iaitu rakaman seks Anwar;
xiii- Dato' Eskay sanggup bersumpah laknat beliau ada dalam rakaman tersebut dan pelakunya Anwar - tapi Anwar masih tidak membuat apa-apa sumpah dan hanya sekadar menafikan;
xiv- baru-baru ini timbul pula dakwaan sabotaj pada kenderaan Anwar dan adanya ugutan supaya Anwar mengundur diri - kenapa baru sekarang timbul - adakah Anwar ingin menggunakan alasan tersebut untuk melarikan diri sementara pengaruh beliau masih kuat dan menyalahkan musuh-musuh beliau yang lain dan tak bukan BN/UMNO/Najib dan sebagainya; dan
3- Akhir sekali adakah kita hendak tergolong dalam golongan orang yang telah buta hatinya - renung dan fikirkanlah.
Wassalam
   
 

<FONT face="comic sans ms"><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffff00" color=#0000ff>Az<FONT style="BACKGROUND-COLOR: #a0ff40">ha</FONT><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffffbf">ri</FONT></FONT></FONT>



From: Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com> Sent: Thu, May 19, 2011 12:02:02 PM

Subject: RG2011... Jika tidak bersalah mengapa takut?

 
Assalamualaikum WBT,


Sehingga kehari ini saya masih lagi tidak mempercayai tuduhan-tuduhan berat yang dikenakan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim. Bukanlah bermaksud saya menyokong atau fanatik kepada beliau. Namun apabila tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan dan terbaru lengkap dengan video saya jadi tertanya-tanya.

Saudara Ezam Mohd Nor dalam kenyataannya memberitahu 4 perkara perlu dibuat oleh DSAI untuk membersihkan namanya. Bagi saya pula, cukup 3 perkara dilakukan DSAI untuk menangkis tohmahan terbaru yang dikenakan ke atas beliau.

  1. Menjalani Ujian Poligraf bagi membuktikan beliau tidak berbohong
  2. Menyaman Datuk Eskay
  3. Tuduh Datuk Eskay sebagai pembohong
Sebagai seorang insan yang waras, cara DSAI mempertahankan maruahnya yang teruk tercalar dilihat seperti acuh tak acuh. Jika anda dituduh dengan perkara yang berat sebegitu, apa tindakan anda?

 
 




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment