Hahahaaa.. adakah anda mengakui semua tohmahan Amerika? Pernahkah anda
memikirkan mengapa Al-Qaeda wujud? Pernahkan anda ketahui bahawa rakyat
Afhanistan sendiri tidak mengetahui kewujudan Al-Qaeda tapi hanya mengenali
Taliban. Adakah anda bersetuju rejim Israel bukan penganas tapi
mempertahankan hak kedaulatan Isreal? Adakah anda sedar hanya Amerika yang
beria-ia mengelar gerakan Islam sebagai Terrorist? Adakah ini bermakna anda
juga bersetuju dengan dasar Amerika dan juga dasar New World Order Zionis?
Ingat pesanan Nabi akan tersebarnya fitnah-fitnah besar yang berlaku
diakhir zaman. Adakah anda juga berasa yakin bahawa amerika memang sudah
membunuh Osama? Adakah anda mengakui semua gerakan komando Amerika semasa
menyerbu kediaman yang disyaki di duduki oleh Osama adalah benar bukan
palsu?
From: zahariyana <
yana_ixora83@yahoo.com>
To:
respeks_group@yahoogroups.com Sent: Friday, 6 May 2011 14:06:37
Subject: Re: RG2011... kematian osama : amerika di kecam
Salam,
saya setuju dengan pendapat PM..saya sebenarnya meragui
kewujudan Osama..kalau benarlah Osama wujud, dia bukan
pejuang Islam!! dia telah mencemarkan Islam!! bukan
cara itu yang Islam kehendaki...tolonglah, dengan
menyokong tindakan Osama, tanpa sedar kita telah
menyokong fahaman Islam itu terrorist!! itukah yg
kalian mahukan???Sayyid Qutb telah dihukum mati kerana
bukunya "Petunjuk Sepanjang Jalan" & buku inilah yg
menjadi saksi atas kesalahannya di mahkamah...di dalam
buku itu, ada rahsia untuk mengalahkan musuh2
Islam..iaitu bukan dengan SENJATA tapi dengan ILMU..
bagaimana Umat Islam boleh berjaya kalau mereka sendiri
pun tidak memahami apa itu Islam. Jangan dilihat Islam
itu pada Ibadah sahaja, ia lebih daripada itu...
--- On Thu, 5/5/11, ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆
<
fairladyshania@gmail.com> wrote:
From: ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆
<
fairladyshania@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... kematian osama : amerika
di kecam
To:
respeks_group@yahoogroups.com Date: Thursday, May 5, 2011, 11:45 AM
Salam.
Osama dianggap sebagai pejuang Islam, manakala
puak kafir melebelkan
sebagai pengganas sekaligus menggambarkan yang
umat Islam adalah
pengganas yang wajib dilenyapkan di muka bumi.
"Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih
selamat dan aman
berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda,
Osama bin Laden,
dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika
Syarikat bersama
Pakistan di luar Islamabad hari ini." - Harian
Metro
2011/5/5 hisham <
alhishamz@yahoo.com.my>
KUALA LUMPUR, 4 Mei — Sekretariat Himpunan Ulama Rantau
Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam
Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya operasi
Amerika Syarikat (AS) yang membawa kepada kematian
Osama bin Laden, kelmarin.
Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata,
pihaknya mengutuk tindakan tentera AS melepaskan
jenazah ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda ke laut
kerana tindakan tersebut merupakan suatu penghinaan.
"Jenazah Osama sepatutnya dikembalikan kepada keluarga
dan sahabat handainya dan diuruskan pengebumian yang
selayaknya sebagai seorang Muslim," katanya dalam satu
kenyataan media.
Azmi menambah, operasi tersebut adalah gerakan
asasinasi unilateral AS untuk membunuh seorang yang
diburu di luar bumi Amerika dan ia satu tindakan
melanggar undang-undang antarabangsa.
Azmi juga berkata, kerajaan Pakistan turut menjadi tali
barut kepada AS untuk menjayakan operasi tersebut yang
sama sekali tidak dapat diterima oleh umat Islam.
Pemimpin Al-Qaeda kelahiran Arab Saudi yang hidup dalam
persembunyian itu dilaporkan terbunuh dalam satu
operasi khas tentera AS di sebuah rumah di bandar
Abbottabad, timur laut Islamabad.
Jenazahnya dilepaskan di utara Laut Arab semalam.
Dalam pada itu, Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsudin
pula berkata, Shura dan Mapim akan menganjurkan solat
ghaib untuk jenazah Osama di seluruh negara.
"Kami menyeru semua ulama, tuan guru, ustaz, aktivis
Islam, pemimpin NGO Islam, para imam untuk mengadakan
solat ghaib jenazah untuk beliau dan mendoakan agar
rohnya dikumpulkan bersama para syuhada," katanya dalam
satu kenyataan.
Shura dan Mapim juga akan mengusulkan kepada kerajaan
Malaysia agar menyatakan pendirian mengecam serangan
tentera AS tanpa rasa takut.
--
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you.
Your choices are yours alone. They are as much
a part of you as every breath you will take,
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices,
and you will manage your life.
fairlady.shania@yahoo.com fairlady.shania@gmail.com
No comments:
Post a Comment