Sunday, May 22, 2011

Re: RG2011... Kilauan Emas - Kepala hotak dia...

 

salam kembali,
alhamdulillah kenyataan tuan tu amat benar sekali..
bila kita nak kembali kepada Allah s.w.t akan tiba bila bila masa sahaja dan kat mana mana pun boleh berlaku...ianya tak boleh lari walaupun selangkah pun...hakikatnya kematian itu semakin dekat ngan kita..nabi s.a.w bersabda "org yg bijak ialah org yg mengingati mati dan buat persiapan utknya"...

tentang umur penyertaan jika seusia budak sekali pun bg saya itu taktik org yahudi nak menjatuhkanumat islam..bukankah siaran astro pun sebahagian darinya...nak tak nak setiap umah kita masuk benda tu...nak wat camana....sy yg kata ni pun dlm umah ada benda tu....kelemahan saya lah tu...yg penting bg saya ingat memperingati kene teruskan....sesama kita amik manfaat dari ingat memperingati ni....bukankah dalam al-quran Allah s.w.t bgtahu "ingat memperingati itu bermanfaat sesama mukmin"....

walaupun bebentuk agama seperti imam muda tu pun bagi saya rancangan yg tak bermanfaat...cuba tengok..satu hari saya tengok siaran imam muda tu di buat di sebuah ipta kalau tak silap...calon imam muda tu tgh membuatkan sesuatu program di ipta...ditengah2 kaum hawa pun dibuatnya....apa nak dikatakan..imam muda lah katakan ye tak..

maaf pjg lak...just nak merealisasikan bahawa program baik pun kalau tempat tak kene tak guna gak...

wallahualam...

--- In respeks_group@yahoogroups.com, Arifin bin Jusoh <arifin@...> wrote:
>
> Salam semua,
>
> Saya perhatikan SEBENARNYA hidup kita di dunia ini amat singkat. Bukan lama. Seorang demi seorang dari kita, baik rakan2 atau saudara mara kita kembali ke alam baqa'. Masih segar dalam ingatan kita, masih baru rasanya...suatu masa dulu datok dan nenek atau ibu bapa kita masih bersama. Sekarang mereka tiada lagi, telah kembali kerahmatullah. Begitu juga orang2 ternama di dunia, pemimpin2, yang masyhur dan sebagainya...seorang demi seorang ajalnya tiba.
>
> Jadi, pada saya, adalah baik kita bertaqwa, tidak kira tua atau muda. Eloklah jika kita habiskan atau penuhi waktu hidup kita dengan amal soleh.
>
> Alhamdulillah akhir2 ini agak banyak juga program2 di tv dan media lain yang berunsur agama mendapat tempat, kerana 'tuntutan' atau adanya 'demand' dari penonton2.
>
> Pada usia 40 tahun, mungkin bukan masanya lagi untuk membuang waktu berhibur yang melalaikan dan lara. Tidak sesuai orang seorang Muslim. Wallahu a'llam.
> ________________________________________
> From: respeks_group@yahoogroups.com [respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Othman Wahid Mohd Razali [othman.wahid@...]
> Sent: Saturday, May 21, 2011 9:52 AM
> To: respeks_group@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com
> Subject: RE: RG2011... Kilauan Emas - Kepala hotak dia...
>
> Kaluo dh umur 42 tahun keatas masih x berubah,sampei ketua le jadinye..
>
> ________________________________
> From: respeks_group@yahoogroups.com on behalf of syed azam jamalullil
> Sent: Sat 5/21/2011 12:34 AM
> To: respeks_group@yahoogroups.com
> Subject: Re: RG2011... Kilauan Emas - Kepala hotak dia...
>
>
>
> awang, jangan tak tau, yg umur lebih 45 tahun mmg ada mungkin ramai, kan dunia dah nk kiamat. Apa2 pun boleh jadi. Astro pun dah study gelagat penyertaan gini. Hahaha. Tapi bukan sy la. Tapi tengok, mmg ada umur begini dtg nanti. Kita tunggu ..program tu
>
> On Sat, 21 May 2011 00:21 CST Azwan Muhamad wrote:
>
> >Kilauan Emas - Kepala hotak dia...
> >
> >Assalamualaikum WBT,
> >
> >Sedang syok2 layan Maharajalawak tiba-tiba ada pulak iklan yang di namakan Kilauan Emas. Sebuah program terbaru dari Astro berbentuk nyanyian ala-ala AF kot, khusus untuk mereka yang berusia 45 (EMPAT PULUH LIMA) TAHUN KE ATAS.
> >
> >Ya.. mandatori 45 tahun ke atas.
> >
> >Usia 45 tahun ke atas ni, bukan masa nak tunjuk bakat dah. Apa yang mereka patut buat adalah mempersembahkan amal ibadat mereka yang terbaik kepada Allah SWT. Sudahlah golongan-golongan yang sebaya dengan anak-anak mereka disogokkan dengan program hiburan melampau. Kini yang lebih merisaukan apabila ibu bapa kepada remaja-remaja ini turut dilibatkan sama.
> >
> >Remaja kalau rosak akhlak mungkin ada golongan-golongan dewasa datang untuk menegur. Tapi bila golongan dewasa dan telah berumur 45 tahun ke atas rosak akhlak, siapakah yang berani menegur? Kalau nak rasa sumpah seranah dari mereka silakan.
> >
> >Kematian tidak mengenal kepada usia. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tidak kira muda mahupun yang tua. Namun kalau nak dibandingkan usia 20 dengan 45 tahun ke atas, kebarangkalian untuk 45 tahun ke atas ni mati dulu adalah lebih tinggi.
> >
> >Namun begitu, ajal maut ditangan Allah. Jika Allah mengkehendaki yang muda remaja lebih awal matinya dari yang berusia 45 tahun ke atas tiada siapa boleh menghalangnya. Tetapi jika usia 45 tahun ke atas sudah mula mencari pentas, agaknya-agaknya golongan yang mana yang akan menceriakan masjid?
> >
> >Jika anda benci akan program ini sila nyatakannya disini
> >
> >http://azwandengkil.blogspot.com<http://azwandengkil.blogspot.com/>
>
>
>
> Disclaimer:
> This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Universiti Utara Malaysia (UUM) immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of UUM and/or its group of companies shall be understood as neither given nor endorsed by UUM and UUM accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.
>

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment