Monday, May 9, 2011

Re: RG2011... Puisi sepi untk perempuan tua

 

miss my mommmm......
 
ade sesapa ade lagu ibu mp3 by shila anak nd lala tuh...??


From: Anak Omak <budak.kmns@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sun, May 8, 2011 6:54:09 AM
Subject: RG2011... Puisi sepi untk perempuan tua

 

Puisi ni abi tujukan khas buat2 anak-anak yang telah lama tidak kembali mendengar celoteh dan leteran ibu. Sesungguhnya celoteh dan leteran merekalah yang menyebabkan kita berada di sini hari ini. Pulang dan kembalilah sebelum ibu sahabat pergi tak kembali.

Hayatilah...

Puisi sepi untuk perempuan tua

Puisi ini
aku namakan puisi sepi untuk perempuan tua
kerana aku mengenang cerita dia
yang sering bertandang kerumah kita
dengan pelbagai cerita

Puisi ini
aku namakan puisi sepi untuk perempuan tua
kerana kisah dia
adalah antara kisah2 derhaka
yang wujud di maya pada

Puisi ini
aku namakan puisi sepi untuk perempuan tua
kerana aku terkenang luahannya
tiap hadirnya di teratakku
kisah anaknya yang berbelas
yang punya wajah yang ayu
yang punya gaji beribu
yang punya harta dan rumah batu
yang didiami pontianak dan hantu

Puisi ini
aku namakan puisi sepi untuk perempuan tua
kerana ceritanya...
anak ku di sana sini dan situ
berkereta besar lagi bergelar
dipuji dipuja seluruh akhbar
menjadi ikutan desa dan bandar

Puisi ini
aku namakan puisi sepi untuk perempuan tua
kerana deritanya menunggu dan menanti
di setiap petang dan pagi
berteman sepi
tiada yang kembali

Puisi ini
aku namakan puisi sepi untuk perempuan tua
kerana kisahnya yang hiba
yang tetap setia
menunggu anak-anaknya
yang tak kunjung tiba
hingga jasadnya tiada...

Klik sini untuk membaca puisi buat Bonda tercinta.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment