Tuesday, May 24, 2011

Re: RG2011... SATU MAJLIS AKAD NIKAH YANG LUCU TETAPI MENYEDIHKAN

 

Ingatkan perkara tak berlaku lagi. Perkara ini adalah biasa dalam tahun 60an. Itulah sebabnya diadakan kursus pra kahwin. Dan sijil hadir pra kahwin ni wajib ada sebelum dinikahkan. Xtahu pulak di KL x perlu.


From: ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆ <fairladyshania@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, May 24, 2011 9:12 PM
Subject: Re: RG2011... SATU MAJLIS AKAD NIKAH YANG LUCU TETAPI MENYEDIHKAN

 
Salam,
Dan berapa ramai yang yang tak reti mandi wajib,
tak termasuk lagi mengaji al-quran. Hanya mengaku
beragama Islam, berapa ramai yang mengikut cara
hidup Islam, dan berapa ramai sekira waktu magrib
ada yang masih berada dipusat membeli belah, jom
heboh, pasar malam dan banyak lagi tempat-tempat
yang menjadi sarang orang Islam, dan tidaklah
mustahil payah nak melafaskan syahadah, apabila
lidah selalu menyebut ia akan sebati. Pernah saya
sendiri hadhiri majlis pernikahan pengantin lelaki
disuruh beristiqfar tapi tidak tahu...

2011/5/24 <wealthkeepcoming@yahoo.com>
 
Adakah ianya direka?? Tanya berapa ramai anak muda sekarang yg reti baca fatihah..tu belum lagi masuk bab tajwid.. Sahabat2 Nabi pun ramai tak kenal..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: "amri el wahab ." <amriwahab@gmail.com>
Date: Tue, 24 May 2011 19:22:00 +0800
Subject: RE: RG2011... SATU MAJLIS AKAD NIKAH YANG LUCU TETAPI MENYEDIHKAN

 
Salam sdri Kartina,
Untuk mengesahkan samada tulisan saya rekaan atau tidak saya cadangkan anda hubungi Jurunikah/Imam Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor, Ustaz Nazri Mustafa untuk pengesahan.Terima kasih.

Wallahu'alam.

Salaam & Regards
Amri el Wahab
 





To: respeks_group@yahoogroups.com
CC:
From: kartina.idris@gmail.com
Date: Tue, 24 May 2011 16:54:07 +0800
Subject: Re: RG2011... SATU MAJLIS AKAD NIKAH YANG LUCU TETAPI MENYEDIHKAN

 
Dari cerita lucu ini saya merasakan ianya rekaan semata2 kerana zaman ini peraturan  pernikahan mensyaratkan bakal suami/isteri hendaklah menghadiri kursus nikah terlebih dahulu. Tak tahulah saya kalau di Selangor kursus ini tidak menjadi suatu syarat sebelum diakad nikahkan.



2011/5/24 amri el wahab . <amriwahab@gmail.com>
 

Foto Hiasan yang tidak ada kena mengena dengan tulisan ini
SENARIO I
Sahabat saya seorang Imam masjid,pendakwah dan juga seorang jurunikah di  salah satu qariah di Ampang Selangor menceritakan satu kisah lucu tetapi menyedihkan di satu majlis pernikahan yang baru dia sempurnakan minggu lepas di sebuah masjid.
Biasalah sebelum memulakan akad nikah jurunikah akan meminta bakal suami membaharui syahadah  nya dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Maka bakal suami ni mula nak melafazkan syahadah tetapi nampak terkial kial Dia  asyik toleh ke kiri dan ke kanan seolah olah nak  minta bantuan dari orang sebelah tetapi mungkin malu.
Dengan teragak agak dia pun mula melafazkan syahadah dengan sebutan yg lintang pukang telo, bahasa Bangla.Jurunikah pun hairan dan berkata dalam hati, rakyat Malaysia kah orang ini? Apabila cek KP memang sah orang Melayu.
Berkali kali jurunikah  ajar dia mengucap dgn betul tetapi tak boleh juga dia sebut dengan betul.Macam mualaf aje.Lama kelamaan  jurunikah kata tak apalah dulu, lalu minta dia cuba lafazkan erti syahadah dalam bahasa Malaysia.Ini terjemahan dua kalimah syahadah yang di lafazkan si bakal suami itu "SAJA AKU MENGUCAP  DUA KALIMAH SYAHADAH DUA RAKAAT KERANA AULLAH".Jurunikah tersentak kerana tak pernah jumpa hal macam ini.
Para hadirin tidak boleh tahan lalu ketawa besar walaupun sedar mereka sedang berada di dalam dewan masjid.Sahabat saya pun (jurunikah tu) nak ketawa juga tetapi dgn susah payah menahannya.Dia kata memang lucu tetapi sedih kerana sudah pasti di luar sana ada lebih ramai lagi pemuda saperti ini yang tidak reti mengucap . Renung renung lah…………
SENARIO II
Kisah ini saya sendiri yang menyaksikan.Satu majlis pernikahan anak perempuan kenalan saya di sebuah masjid di Sepang.Anak perempuanya itu pelajar di UK.Bakal suami nya sedang bermaustatin di UK.Sudah sekian lama berada disana kerana belajar .Kini sudah bergelar Jurutera dan berkerja di sana.Sesudah ijab qabul dan jadi suami isteri mereka dijangka kembali ke UK.
Saperti biasa sebelum majlis akad nikah di sempurnakan jurunikah minta bakal suami melafazkan dua kalimah syahadah.Si "bakal" ni terpinga pinga lalu berbisik sesuatu dengan pengapitnya (juga dari UK – pelajar).Kelihatan si pengapit membisikan sesuatu kembali.Lantas lepas itu dia melafazkan syahadah.Tetapi bukan syahadah dia lafazkan selawat.Bukan selawat kata jurunikah.Saya minta awak ucap dua kalimah syahadah.Tak reti.
Jurunikah terpaksa ajar lafaz dua kalimah syahadah hingga berkali kali barulah upacara akad nikah boleh dijalankan selepas itu .
 
Rate This

Salaam & Regards
Amri el Wahab
 
(Visit my Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com; http://fitrahislami.wordpress.com;Welcome to my Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com)








--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment