Monday, May 23, 2011

Re: RG2011... Tragedi Dan Kenyataan Menteri

 

Arghhh korang ni sume nk menangkn menteri n kerajaan aphl...??dh tu tanah diorg persendirian....ha ni aku org yg paling dekat ngn tmpt kejadian.....bile minta tanah wakaf kat kerajaan xpenah bg plak....tp bile nk bwat projek yg mendtgkn hasil bleh je bg.....korang xpyh berdebat lg psl ni la....korang pn bkn tau crite ni sbnr nye...korang ni pandai bwat andaian je.........!!!!!!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


From: mohd shahir <shahir74@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 23 May 2011 12:45:11 +0800 (SGT)
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Tragedi Dan Kenyataan Menteri

 

kalau nampak bahaya, takkan lah JKM tak boleh tegur .... namapun nak jaga kebajikan .....



From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 23 May 2011 11:32:20
Subject: Re: RG2011... Tragedi Dan Kenyataan Menteri

 

bro.. nak bina premis di lereng bukit atau puncak bukit.. xde kena mengena dgn JKM.. itu adalah tanggungjwb pihak lain..
JKM hanya memantau atau memberi bantuan dari segi kebajikan bro.. dah nama pun Jabatan Kebajikan Masyarakat..
 
 

Rock sokmo.. (jom join wa kat mahligai@yahoogroups.com)




From: mohd shahir <shahir74@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Mon, May 23, 2011 10:42:55 AM
Subject: Re: RG2011... [::::: Aku Budak Trolak :::::] Tragedi Dan Kenyataan Menteri

 

bagi aku kenyataan menteri tu betul.... kenapa pihak rumah anak yatim bina bangunan di tepi bukit ..... mmg amat bahaya .... unless pemilik bangunan tu tak tau langsung pasal regulation.... bila kerajaan tak buat regulation, kita akan hentam kerajaan mcm2.... bila dah buat, kita tak ikut......... bila dah jadi mcm2, kerajaan tegur... pun kata kerajaan tak kena .....
bagi aku kenyataan menteri2 tu melihat pada skop yg lebih besar.... supaya rakyat tau..... tapi kalau dalam hati dah niat nak cari salah kerajaan .... apa yg kerajaan buat akan dipandang salah sentiasa ...



From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 23 May 2011 10:10:45
Subject: Re: RG2011... [::::: Aku Budak Trolak :::::] Tragedi Dan Kenyataan Menteri

 

Menteri tu buat kenyataan supaya masyarakat tidak menuduh atau menyalahkan JKM tidak mengambli berat tentang pusat berkenaan. Kalau berdaftar maknanya urusan dan perjalanan rumah anak-anak yatim itu adalah dalam pemantauan JKM. Itu saja maksud menteri tu.

2011/5/22 IlyTrolak <ilytrolak@yahoo.com>
 

Musibah yang melanda Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Al-Taqwa di Batu 14 Hulu Langat, memberi banyak keinsafan kepada kita yang masih belum diuji dengan perkara sebegitu.

Dari berita yang diterima, mangsa kejadian kesemua adalah seramai 25 orang, yang terdiri dari anak-anak kecil yang menumpang teduh tatkala ketiadaan tempat untuk mengadu dan terdapat juga dalam kalangan mereka yang menumpang untuk tujuan tidak seperti rakan yang lain. Namun, di situ pula ujian menimpa mereka pula.

25 mangsa yang terlibat, 16 orang daripadanya telah pergi meninggalkan rakan-rakan yang lain, manakala 9 orang berjaya diselamatkan namun masih berada di hospital untuk rawatan lanjut. Dari sembilan orang dalam rawatan tersebut, 3 masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan selebihnya di wad khas bencana.

Sedekahkanlah pahala bacaan al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut. Semoga 9 orang yang masih dalam rawatan akan dapat kembali sihat seperti sediakala.

Di sebalik tragedi, siasatan berlaku. Siasatan bukan hanya mencari punca kejadian tanah runtuh berlaku, tetapi meliputi perkara-perkara yang lain.

Mengejutkan kenyataan dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam BERNAMA menjelaskan bahawa pusat tersebut tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Adakah ini yang ingin diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Kenyataan dilihat sebagai satu cara menyalahkan pihak pengusaha. Patutkah kenyataan ini dikemukakan?

Bukan masalah berdaftar atau tidak berdaftar, sekarang ini pusat tersebut sedang dilanda musibah yang besar. Masa ini 6 orang yang terselamat dalam rawatan dan yang telah sedar mungkin sedang trauma.

Bagaimana dengan pengusaha? Mereka orang yang budiman menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim dan anak-anak yang memerlukan penjagaan. Namun kenyataan seorang menteri pula:

"Pihak tertentu mesti buat siasatan berhubung rumah itu sebab budak tahfiz dan anak yatim tinggal di situ, kem motivasi pun di situ, jadi kita tidak tahu asal-usul kediaman itu,"

Jika diteliti betul-betul, kenyataan tersebut mungkin akan memberi tekanan dan kekecewaan kepada pengusaha rumah kebajikan tersebut.

Sebenarnya kenyataan tersebut tidak patut dikeluarkan, kerana ianya seperti tindakan mudah dalam menyalahkan pihak lain. Perkara yang sepatutnya ialah usaha untuk memastikan keselamatan dan memastikan semangat mereka yang terlibat dalam tragedi kembali pulih.

Kenyataan untuk menyalahkan atau melepas tangan tidak sepatutnya dinyatakan. Ianya boleh diselesaikan dengan membuat perundingan dan khidmat nasihat dalam memastikan sesebuah pusat kebajikan tersebut dapat beroperasi dengan lancar dan selamat.

Jika diperhatikan sudah beberapa tragedi berlaku di negara kita, tetapi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan semua pembangunan di kawasan lereng dan berbukit di Kuala Lumpur tidak akan dihenti.




--
Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 5/22/2011 05:48:00 PM


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment