Saturday, May 7, 2011

Re: RG2011... wanita sekarang lebih materialistik , betul ke ?

 

Ada kebenaran di sebalik kata-kata hiro dan rakan-rakan wanita di dalam group ini , pak mat pun ada memerhatikan suasana kehidupan sekeliling sekarang , adik beradik , kawan-kawan , sahabat handai , jiran tertangga  , memang pak mat tak nafikan dengan apa yang hiro cakapkan itu ada kebenarannya .......pak mat pun taklah sebaik mana tapi alhamdulillah setakat ini ...!!! 
Cuma pada pendapat pak mat adalah perlu bagi kaum lelaki yg bergelar ketua keluarga harus menanggung segala beban sebagai ketua keluarga jika mampuuuu....usah terlalu mengejar kebendaan dan membanding kehidupan orang lain dengan kehidupan keluarga kita , jika kita sebagai ketua keluarga asyik mengharapkan kaum hawa ( Isteri ) .....  beginilah selalunya  jadinya tapi tak semua  ..... suami lupa diri yang kehidupan bekeluarga selama ini di bantu si isteri dengan bekerja .......... Dalam kehidupan bekeluarga suami isteri perlu ada
1 ) keserasian
2 ) kepercayaan / keikhlasan
Trend hidup masa kini suami isteri bekerja ...... ingin mengecapi kemewahan hidup dan bersaing dengan di sebabkan nafsu nafsi masing-masing .....hingga kekadang terlupa dengan diri masing-masing yang bergelar suami mahu pun isteri ...............
Ada seorang kenalan pak mat , hidup bergaya tak sepadan dengan pendapatan tapi di sebabkan nafsu ........... kereta baru ikut peredaran masa , usung wanita usah cakap , baik Indon mau pun Vietnam cuma Bangladesh saja belum lagi sebab wanita Bangla kurang masuk Malaysia .......... yang letihnya pak mat perhatikan kehidupannya bermewahan , sholat jauh sekali  , suka menipu ................. depan bini usah cakap lembut lidah dari gigi ..itulah jantan hari ini .......
Biar papa kedana kemudian hari asal bergaya......isteri  bekerja suami berpoya   !!!!!
Spisis jantan cam ni memang berlabak di pasaran tempatan ........... jadi nasihat pak mat bagi bebudak pompuan tu nak cari calon suami  carilah biar yang beragama ...insyaallah selamat rumah tangga kelak .
Itu sebab isteri pak mat dah lama tak berkerja cuma jadi suri rumah sepenuh masa ...... pak mat yang berkerja sepenuh masa kekadang tu terlebih masa demi keluarga tercinta ...... bagi pak mat hidup lebih puas jika pak mat sebagai suami yang memcari rezeki untuk keluarga .....biar kais pagi makan pagi , kais petang makan petang ..... supaya di masa hadapan  biar anak bini pak mat akan menghargai segala pengorbanan yang pak mat lakukan !!!
Bila  pak mat menutup mata ... sekurang-kurangnya tanggungjawab pak mat sebagai suami terlaksana dan di laksana sebaik mungkin.........tanpa ungkitan , dan pak mat menghargai pengorbanan isteri mengatur susun kehidupan di rumah
Semoga anak bini menghargai... Allah memberkati ..perjalanan hidup kami sekeluarga .
Untuk menjadi Suami Sholeh ................ tak semudah yang di jangka , selalunya  banyak kaum adam terlupa dan terleka , terabai .................... tergadai kerana asyik dengan duniawi yang tak ke mana ............................ ini cuma pandangan pak mat yang tak seberapa , kalau nak di susun 3 hari 2 malam tak habis ....!!!
 
SELAMAT MENGHARUNGI BEHTERA KEHIDUPAN
 
Pak mat tempee    

--- On Sat, 5/7/11, rio hirowati <riorhs@yahoo.com> wrote:

From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... wanita sekarang lebih materialistik , betul ke ?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Saturday, May 7, 2011, 1:51 PM

 
     Tidak ada faedahnya untuk menjadi perempuan bak malaikat kerana akhirnya berdepan dengan "frustration" dan kekesalan tak sudah. Yang penting jaga diri sendiri dan buat perhitungan yang betul. Jangan mudah terpedaya kalau lelaki kata kita materialistik. Mereka pun mengecewakan selepas berkahwin. mereka tidak akan suka kita sepenuh hati. Kita ibarat melukut ditepi gantang, biar mahal-mahal supaya mereka tahu kita bukan cheap sale. Kita boleh hidup tanpa lelaki. banyak aktiviti kita daripada buang masa hidup dengan mereka yang sakitkan hati dan memberi kita kekecewaan

rhirowati - rhirowati


--- On Sat, 5/7/11, ros cdaas <cdajusma@gmail.com> wrote:

From: ros cdaas <cdajusma@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... wanita sekarang lebih materialistik , betul ke ?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Saturday, May 7, 2011, 4:32 AM

 
jangan pandang perempuan je yang materialistik..cuba pikir pulak berapa ramai perempuan yang kena tanggung lelaki....perempuan skrg semakin pandai dan mimiliki ijazah....lelaki sebagai suami ada yang keja biasa-biasa je...tp itu yang nak keja...ada yang pikir yang wat bznes tapi semua nyer tak jalan...modal tak ada sibuk nak wat bznes...isteri aah kena tanggung semua...bertahun-tahun kawin tak berubah gak...

lelaki mcm ni nak dikira sebagai apa...rumah, keta, anak anak semua isteri yang tangggung...tak rasa bertanggungjawab betoi...lelaki mcm ni kita nak respect ker...........

2011/5/7 saaid ramdzan ismail <saaidramdzan@yahoo.com>
 
Barang mahal,dari makan,pakai dan keperluan harian,klu tak materialistik nak pandang kot mana pulak bro..tak kan main ayat2 cinta aje..


--- On Fri, 5/6/11, Bro Mamat <kgmelayu@yahoo.com.my> wrote:

From: Bro Mamat <kgmelayu@yahoo.com.my>
Subject: RG2011... wanita sekarang lebih materialistik , betul ke ?
Date: Friday, May 6, 2011, 10:02 PM


 
Betul ke pompuan zaman ni lebih materialistik..? lelaki kalau tak hensem,tak pandai bergaya,tak pandai ayat power ...so jangan harap le nak tackle awek melayu ...setakat tackle minah indon boleh ler....
aku ada dengar orang kata...kalau xde 8000 - 10000..so jangan harap le nak kawin ...barang belanja pompuan punya la cekik darah.. belum masuk kenduri kendara lagi...
bercouple ngan pompuan pulak..kalau nak kluar dating ...terpaksa la silelaki ni kena standby rm100 dalam poket...nak makan takmo tepi2 jalan atau kedai mamak...kurang2 McD ke..KFC ker ke?
tu belum masuk lagi alat serba serbi make up make up ..bang nak ni bang ..nak itu bang ..abang sayang kita tak ..
tak dinafikan la ramai pompuan malaysia ni yang tak kawen kawen ..adakah kerana terlalu materialistik dalam mencari lelaki yang up to date ..mengikut statistik andartu nampak nya begitu meningkat berbanding lelaki ..kenapa haa ? ada sesiapa nak jawab tak ? ..nak gak aku tau ..

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment