Monday, May 9, 2011

RG2011... e-mel anda: Tugas PGM, APMM berbeza

 

KAMI warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), khasnya anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) terkejut dengan kenyataan 'berani' Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) seperti dilaporkan akhbar baru-baru ini mengenai APMM akan menyerapkan anggota PGM ke dalam agensi itu pada Ogos ini.

Kenyataan ini juga seolah-olah mahu melemahkan moral dan semangat anggota PGM yang sudah lama menabur bakti kepada masyarakat di pesisir pantai dan dunia kelautan.

Perasaan kecewa dan sensitiviti warga PGM sekali lagi dicalar dengan kenyataan itu.

Agensi terbabit kian terdesak dan dengan sewenang-wenangnya mahu menyerap keanggotaan PGM dan juga Marin Kastam, dengan 'alasan' mereka memerlukan pertambahan anggota untuk lebih efektif, sejajar dengan usaha menjadi agensi tunggal yang bertanggungjawab mengawal perairan negara selepas sebahagian aset diambil.


Penyerapan ini akan mengundang pelbagai rasa tidak puas hati di kalangan anggota PGM walaupun diberikan pilihan.

 

Kami warga PGM yang bernaung di bawah panji PDRM tidak akan bertindak membelakangkan majikan kami begitu saja kerana masih mahu meneruskan khidmat bakti kepada seluruh masyarakat baik di perairan mahupun di darat walaupun kelengkapan aset yang terhad sejajar pencapaian diutamakan mengikut perlembagaan negara.

Oleh yang demikian tidak wajar sesuatu agensi mengeluarkan kenyataan sedemikian adalah semata-mata mengejar sesuatu matlamat sehingga mengguris maruah pasukan kami.


WARGA PESISIR AIR NEGARA
Terengganu

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment