Wednesday, May 11, 2011

RG2011... FAKTA AUTA:- 65 tahun UMNO pendinding umat melayu

 


FAKTA INI ADALAH FAKTA YANG TELAH DI SONGSANGKAN OLEH PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO. DENGAN BERKATA UMNO KINI MENJANGKAU USIA 65 TAHUN...SENGEL BETOL PEMIMPIN MAUPUN PENGIKUT-PENGIKUT DIBELAKANG PEMIMPIN YANG BERSETUJU UMNO KINI TELAH TERTUBUH 65 TAHUN!!!!.



65 tahun UMNO pendinding umat melayu


Semalam, 11 Mei 2011, usia UMNO sudah menjangkau 65 tahun. Seluruh ahli dan pejuang UMNO merayakannya walaupun dengan cara sederhana tetapi penuh semangat patriotik.

Kemuncak sambutannya berlangsung di PWTC dengan solat Maghrib bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Begitulah, saban tahun kita merayakan ulang tahun UMNO, parti yang banyak jasanya kepada kita dan turut dikecapi oleh bukan Melayu.

Selain mengingati perjaungan pemimpin terdahulu, sambutan itu juga sebagai simbolik memperkasakan perjuangan UMNO, untuk hari ini dan hari-hari akan datang.

Kepada generasi muda yang mula berkecimpung bersama UMNO, semalam adalah hari terbaik untuk mereka turut mengenang pengorbanan bekas-bekas pemimpin negara.

Tokoh seperti Datuk Onn Jaafar, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Razak Hussein dan Datuk Hussein Onn. Semuanya sudah pun kembali ke rahmatullah.

Namun jasa dan titik peluh pengorbanan mereka masih segar dalam memori sejarah dan pasti akan dikenang selama-lamanya.

Bagaimanapun, keunggulan dan kehebatan kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad masih lagi mejadi ikon kepada pejuang UMNO.

Manakala kesederhanaan kepimpinan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai bekas Perdana Menteri tetap dalam ingatan.

Kini UMNO diterajui oleh Najib, kesinambungan daripada perjuangan Tun Razak yang membawa slogan 'Pencapaian Diutamakan, Rakyat Didahulukan' - yang disuburkan pula dengan gagasan 1Malaysia.

Jika dihitung pada usia 65 tahuh, ianya satu jarak usia yang cukup matang dan gagah melepasi pelbagai cabaran dan dugaan.

Bermula detik awal menentang Malayan Union, bergerak pada pasca kemerdekaan sehingga Malaya merdeka, berdepan ancaman komunis dan Bintang Tiga, UMNO yang mendominasi kerajaan Persekutuan berjaya melepasinya dengan penuh kejayaan.

Selepas itu, negara sekali lagi dilanda ombak perkauman sehingga tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei, sekali lagi kerajaan berjaya mengatasinya dan menjadi asas kepada piagam Rukun Negara.

Ternyata, UMNO telah banyak mengharungi pelbagai detik suka duka dalam arus perjuangannya mempertahankan kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Walaupun berpaksikan perjuangan nasionalis Melayu, tetapi UMNO tetap menjunjung kemuliaan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

UMNO menjadikan Islam sebagai wadah perjuangannya bagi memastikan hak orang Melayu, ketuanan Melayu dan maruah umat Islam tidak terpinggir oleh asakkan politik.

Pada saya, sebenarnya UMNO amat relevan dengan perjuangan orang Melayu. Tanpa UMNO, belum pasti orang Melayu kekal seperti yang ada hari ini.

Mana lagi ada parti poltik di negara ini yang teras perjuangannya adalah untuk kepentingan Melayu selain UMNO ?

PAS, parti itu bukan memperjuangkan masa depan Melayu dan umat Islam. Mereka bermain politik untuk kuasa dengan memperalatkan slogan agama.

Manakala PKR pula hanya sebuah parti serpihan yang diwujudkan di tepi jalan kerana hasutan dendam dan kebencian membabi-buta terhadap pemimpin UMNO. Itu saja matlamatnya.

Oleh sebab itu, PAS dan PKR boleh berpakat melacurkan masa depan orang Melayu bagi memastikan cita-cita politik DAP termakbul.

Maknanya PAS dan PKR hanya membiarkan diri mereka menjadi keldai politik kepada sekumpulan orang Cina yang rasis.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengingatkan ahli-ahli dan seluruh pejuang UMNO supaya bersatu dan terus bersatu di atas satu landasan perjuangan yang betul.

Jangan menjadikan UMNO sebagai batu loncatan untuk memenuhi agenda peribadi. Jangan persendakan UMNO kerana kecewa tidak mendapat habuan.

Sebaliknya kita harus terus mempertahankan kekuatan dan survival parti agar mejadi pendiding kepada ketuanan Melayu untuk selama-lamanya.

Sebenarnya, cabaran semakin sengit menanti kita dan apa yang pasti, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 semakin hampir.

Jika kita leka dan lalai, akhirnya kita akan tersungkur. Selagi kita tidak berubah, pastinya kita akan rebah.

Bersempena dengan sambutan ke-65 tahun UMNO hari ini, kita perlu bermuhasabah diri dan menguatkan tekad bagi memperkasakan parti.

Kita perlu bersatu dan mengekalkan semangat perpaduan sedia ada kerana itulah yang menjadi benteng kekuatan UMNO dan orang Melayu.

Dengan mengambil slogan yang pernah dilaungkan pemimpin terdahlu ' mempertahankan hak dan masa depan agama, bangsa dan tanahair', maka hari ini kita hendaklah bangkit dengan kekuatan baru.

Kita harus bersifat waja untuk mempertahankan maruah dan martabat agama Islam, bangsa kita dan negara kita, kerana kita tidak mahu anak cucu kita merempat di tanahairnya sendiri.

Ayuh, bangun lah dengan satu tekad, bersatu dengn satu azam, bersama dengan satu matlamat dan berjuang dalam satu barisan, iaitu demi orang Melayu.

Sesungguhnya, bersyukurlah kita kepada Allah S.W.T. kerana UMNO terus kuat dan kita memiliki apa yang ada hari ini.

Selamat berjuang dan terus berjuang.

"Hidup UMNO, Hidup Melayu, Hidup Islam "-nukilan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee




--
Your kind understanding upon receipt is much appreciates.
Have nice day!.
 PaHiT JanGaN TeRuS DiBuanG
Jangan wajah yang dicari tetapi hati budi....itu pengukuran yang sebenar...
dance dance dance
….Nothing in life is to be feared..it is only to be understood….
Don't be afraid to give up the good to go for the great!!!!
"You are not responsible for what people think about you.
But you are responsible for what you give them to think about you"
 
Declaration
Setiap Penulisan,Nukilan maupun sebarang Article Yang Diposting Ke Laman sesawang ini,Ianya hanyalah Sebagai Bahan Bacaan Sahaja.Pengirim Tidak Samasekali Terniat Walaupun Sebesar Hama Untuk Mempengaruhi Hati Maupun Perasaan Pembaca. Dan Ianya Juga Tiada Kaitan Samasekali Samada Yang Masih Hidup Maupun Yang Telah Mati.
Sekian dimaklumkan
Pengirim article

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment