Tuesday, May 10, 2011

RG2011... Fw: OKU segagah golongan normal

 

 

OKU segagah golongan normal

 
ALOR SETAR - Jika orang lain boleh buat, dia juga pasti boleh. Itulah yang menjadi kekuatan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) apabila mahu mencuba apa yang dilakukan oleh golongan normal.

Atlet OKU, Zulman Kadir, 45, berkata, keinginan untuk cuba angkat beras yang dipertandingkan oleh Mr Badang sempena Hari Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) disertainya untuk menunjukkan kebolehan yang ada.

Menurutnya, dia menyertai pertandingan itu adalah menyahut permintaan rakan-rakan yang memberi sokongan kepada dirinya untuk memasuki pertandingan berkenaan.

"Ini adalah kali pertama saya memasuki pertandingan angkat beras, walaupun ia nampak sukar namun saya tetap mencubanya kerana yakin saya mampu melakukannya.

"Apabila saya mewakili rakan OKU yang lain, ini mampu memperlihatkan kepada masyarakat bahawa golongan OKU juga mampu untuk melakukan apa yang orang biasa lakukan," katanya kepada Sinar Harian.

Zulman yang juga atlet sukan lontar peluru, lembing dan cakera berkata, menerusi pertandingan itu dia juga mampu bersaing dengan orang biasa yang memasuki pertandingan berkenaan.

Menurutnya, percubaan pertama yang berjaya mengumpul markah dua kampit beras dalam tempoh empat saat amat dibanggakan kerana ia adalah usahanya sendiri.

Sementara itu, pengelola pertandingan Mr Badang, Azman Azib berkata, Zulman adalah penampilan pertama golongan OKU dalam pertandingan Mr Badang sepanjang ia diadakan selama empat tahun dan mendapat sokongan daripada Sinar Harian.

Menurutnya, percubaan yang dilakukan oleh Zulman sangat dihargai kerana dia mahu membuktikan golongan OKU juga mampu melakukan apa yang dilakukan oleh golongan biasa.

"Kita sememangnya mengalu-alukan penyertaan daripada golongan OKU kerana mereka juga mempunyai bakat sama seperti golongan biasa.

"Ini juga mampu menjadi platform kepada golongan OKU untuk menonjolkan bakat yang ada pada diri mereka," katanya. Azman berkata, pertandingan Mr Badang yang diadakan itu bakal menjelajah satu Malaysia bagi mencari bakat yang mampu memecah rekod tujuh kampit beras dalam tempoh enam saat yang dicatatkan oleh peserta di Perlis.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment