Sunday, May 22, 2011

RG2011... Fw: [warga_kilang] Rumah Anak Yatim Al-Takwa

 

FYI
Latest news........

Shukri
NGO Wargakilang

----- Forwarded Message ----
From: Mohd Warikh <warikh_dmp@yahoo.com>
To: wk.com <warga_kilang@yahoogroups.com>
Sent: Mon, May 23, 2011 9:37:45 AM
Subject: [warga_kilang] Rumah Anak Yatim Al-Takwa [1 Attachment]

 

Salam semua,
 
Petang Sabtu lepas dapat tahu pasal tanah runtuh di Felcra Semungkis, kita cuba masuk tapi agak sukar kerana masalah sesak dan hari yg hampir gelap.
 
Pagi ahad dalam pkl 730 kita dah sampai kat batu 14, sebab dah agak kalau lewat sampai, kawasan akan sesak dgn pengunjung dan kalau nasib tak baik mungkin tak dibenarkan masuk langsung.
 
Selepas masjid batu 14, masuk kiri mengikut signboard lembah azwen resort. Kita agak bernasib baik sebab dapat berkenalan dengan 2 ustaz dari maahad tahfiz yang kebetulan letak berdekatan dengan rumah anak yatim tersebut.
 
Didepan dah panjang kereta-kereta berbaris untuk ke tempat kawasan, tapi disebabkan kita dengan ustaz tahfiz maka kita mengikut jalan belakang yang hanya diketahui oleh orang kampung dan kini digunakan oleh para media untuk berkampung disitu.
 
Kawasan terbabit telah di tutup kepada orang luar jadi kita tak dapat melihat dari dekat. Kita hanya tangkap gambar dari jauh iaitu dibelakang rumah ketua kampung.
 
Selepas beberapa ketika di lokasi kejadian terus kita ke resort lembah azwen untuk berjumpa anak-anak al-takwa yang berteduh disitu. Sampai sana kelihatan sekumpulan puteri umno sedang menemuramah anak-anak tersebut. Lama juga mereka berbual dgn anak-anak tersebut... mungkin agaknya puteri umno adalah p-i-c yg menjaga anak-anak tersebut. Jadi saya pun ubah arah dan mencari penjaga anak-anak tersebut yg kebetulan baru saja sampai.
 
Saya bersembang dgn penjaga tersebut iaitu ust khairi (dia kata panggil saja khairi) utk bertanya apa-apa bantuan yg diperlukan. Mengikut kata beliau dari aspek makanan, dah cukup ( saya tengok pun memang dah banyak kotak-kotak makanan kat situ), cuma dimasa akan datang apabila nak membina semula mungkin disitu depa perlukan bantuan. 
Ada 26 orang yang ditempatkan di resort azwen, tapi yg tinggal hari tu dlm 7 orang saja, yg lain telah dibawa pulang oleh waris atau penjaga. Saya memberi no hp saya pada ust khairi dan berjanji akan datang balik bila semuanya reda.
 
Mengikut agakan saya, buat masa ni tak banyak yg boleh kita buat. Pihak berwajib akan mengambil-alih kawasan tersebut utk melihat samada ia selamat atau tak. Dalam masa sebulan pun belum tentu akan selesai.
Tanah dikawasan tersebut adalah jenis tanah merah tanpa ada boulders atau batu-batu penahan. Jenis tanah yang amat senang lerai dan berderai dan akan terhakis dgn mudah oleh hentakan air yg datang mencurah-curah. Saya rasa kemungkinan besar rumah tersebut akan dirobohkan dan mereka diberi tapak yang baru. Utk kita, saya rasa kita boleh bantu dengan berjumpa, melawat dan bersembang dgn mereka disamping berdoa. Insyallah saya akan selalu berhubung dgn usta khairi dan ust abu bakar utk mengetahui progress mereka selanjutnya. 
 
 
 -warikh-

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment