Monday, May 9, 2011

RG2011... Misi Sinar Harapan: Ziarah&Tajaan Yuran Bulanan Pelajar Tahfiz

 

Assalamualaikum

Terima kasih banyak2 atas keprihatinan & sokongan yg berterusan. Alhamdulillah ketujuh-tujuh pelajar tahfiz (kebanyakannya anak yatim piatu) yang tersenarai telah ada yg sudi menaja.

Syukur saya dikelilingi sahabat2 yg pemurah..insya-Allah misi ini akan diteruskan. Masih ramai sahabat yang bertanya untuk sertai program ini. Kami punyai prinsip untuk mencari & meninjau sendiri keadaan pelajar & sekolah yang terlibat sebelum disiarkan dlm blog.

Saya berjumpa sendiri dengan anak2 ini dan tidak dapat menahan sebak memandang wajah naif mereka. Insya-Allah nanti saya akan tulis satu write up tentang anak2 & ibu bapa terbiar...kerap saya bertemu golongan ini.

Saya kagum dengan anak2 kecil yang tabah ini. Kalau anak yatim sudah tentu boleh menerima hakikat kehilangan ibu bapa, tetapi bagaimana dgn anak2 terbiar? Ada ibu bapa, tapi bagaikan tiada...

Ada juga ibu bapa yang terbiar..ditinggalkan anak2 yg hidup mewah, tapi ibu bapa terpinggir..

Ada yang terbuang dan terbiar dlm usia muda & mentah..salah satu anak2 ini yang baru berusia 9 tahun ditemui ustaz merayau di bandar Kota Bharu. Beruntung Allah temuikannya dengan orang yg baik2..semoga anak ini membesar menjadi manusia yg berguna pada agama, bangsa & negara.


Elly  012-3614014       

Eksekutifsuri Bakery

 
Salam.

Elly, kalau tak ada lg tajaan untuk pelajar yg selebihnya, insyaallah saya boleh bagi sumbangan untuk mereka. Sila maklumkan untuk saya bank in duit tersebut.

Nasli
0196211011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Subject: [exsemesdians] Misi Ziarah & Tajaan Yuran Bulanan Pusat Tahfiz [4 Attachments]



Assalamualaikum,

Sudah lama kami memasang niat untuk meziarahi pusat tahfiz ini, tetapi  kepulangan yang sekejab2 dengan pelbagai agenda sentiasa menjadi halangan. Alhamdulilah akhirnya pada Isnin, 2 Mei 2011 dapat juga kami ziarah pusat tahfiz ini-
PUSAT KEBAJIKAN TAHFIZ AL-QURAN & PENGAJIAN AGAMA ISLAM
BANGGOL KULIM, RANTAU PANJANG, KELANTAN.

Pusat tahfiz ini diasaskan oleh Tn Hj Abdullah b Daud, 76 tahun, tokoh guru agama & al-Quran yg dihormati di Kelantan, di atas tanah pusaka arwah bapanya. Ustaz2  yg mengajar di sini terdiri drp anak2 & menantunya.. .sejuk mata& sejuk perut ibu mengandung.
Bangunan yang dibina sebagai pusat pengajian ini pula adalah hasil usahasama ahli-ahli perniagaan dan penduduk, terutama yang tinggal di Rantau Panjang, Kelantan.
Kawasan pusat pengajian kemas & bersih. Pengurusan yang cekap, tegas dan berdisplin menjadikan anak-anak di pusat tahfiz ini senang dibentuk dan dapat belajar dalan suasana yang baik. Pusat tahfiz ini tidak mendapat mana-mana bantuan pihak berkuasa, hanya bergantung kepada yuran dan derma orang ramai.

Di kesempatan itu, kami dapat menemu bual anak-anak yang tidak bernasib baik, yang juga antara pelajar yang tiada pembayar yuran tetap. Kami sempat memberi pesanan agar mereka meneruskan pengajian dengan tekun dan bersungguh-sungguh, dan kami akan berusaha mendapatkan tajaan bulanan bagi menampung kos pengajian mereka. Kebanyakan mereka adalah anak yatim piatu, anak yatim, terbiar dan miskin.

Kepada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi rezeki untuk menaja yuran bulanan anak-anak ini amat dialu-alukan. Sekurang-kurangnya kita dapat menyampaikan mesej kepada mereka bahawa masih ada insan yang sudi berkongsi kasih & rezeki, dan dapat juga meringankan beban pihak pengurusan. Semoga ada keberkatan dalam usaha & rezeki kita. Amin.

Buat pengetahuan sahabat2, pusat tahfiz ini adalah pusat tahfiz ketiga yang terpilih menyertai PROGRAM TAJAAN YURAN BULANAN PELAJAR TAHFIZ(ANAK YATIM & FAKIR MISKIN)anjuran Sanggar Suri dengan kerjasama sahabat2 di alam maya dari seluruh dunia.

Maklumat lanjut: Sanggar Suri www.eksekutifsuri. blogspot. com
Untuk menyertai program ini, sahabat2 boleh memilih nama2 di bawah untuk ditaja.
Emailkan kepada
eksekutifsuri@ yahoo.com. my

Diharap shabat2 dapat  tunaikan yuran sebanyak RM160 sblm 7hb setiap bulan. Duit yuran akan kami kumpulkan untuk penyelarasan dan rekod, dah akan kami serahkan pada pusat tahfiz setelah wang cukup dikumpulkan.

Maklumat lanjut: Elly 012-3614014
eksekutifsuri@ yahoo.com. my
www.eksekutifsuri. blogspot. com

Sekiranya sahabat2 ingin bertanya sendiri & mendapatkan maklumat lanjut boleh kunjungi @ hubungi alamat & no tel di bawah.
(***p.s: Saya dikenali sebagai Elly anak Cikgu Talib, dari Kuala Lumpur, pemilik blog Sanggar Suri).
 
PROGRAM TAJAAN YURAN BULANAN PELAJAR TAHFIZ
(ANAK YATIM & FAKIR MISKIN)

Alamat:
PUSAT KEBAJIKAN TAHFIZ AL-QURAN & PENGAJIAN AGAMA ISLAM
BANGGOL KULIM
 17200 RANTAU PANJANG
 KELANTAN
 
Pengurusan:
Tn Hj Abdullah b Daud (Mudir)         
Ust Yunus B Daud
Tel: 09-7951505/ 014-8202714 
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment