Thursday, May 19, 2011

RG2011... Myemail: Pos Malaysia mahu penjelasan kerajaan..

Myemail: Pos Malaysia mahu penjelasan kerajaan
Mei 19, 11 4:58pm
Kongsi 41
Pos Malaysia Bhd mahukan penjelasan tentang projek myemail sebelum membuat sebarang keputusan mengenai projek tersebut yang diberikan kepada Tricubes Bhd bagi pelaksanaan.

Pos Malaysia masih perlu mendapatkan penjelasan daripada Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi memahami tentang projek itu, kata Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Group Datuk Syed Faisal Albar

pos malaysia 170305 pos malaysia counters"Saya tahu terdapat banyak bahan cetakan yang ditulis dalam media termasuk daripada PEMANDU, tetapi kami masih perlu mendengar apakah dorongan bagi projek ini.

"Jika projek itu sepenuhnya inisiatif swasta tetapi PEMANDU dan MAMPU membantu dalam menilai projek tersebut, itu bermakna ia adalah bahagian keutamaan bagi kerajaan.

"Jika ia adalah bahagian keutamaan bagi kerajaan, apa juga yang mereka lakukan, kami mahu terlibat dengan mereka dan memastikan ia juga diberi keutamaan bagi kami," katanya pada sidang akhbar selepas majlis permeterian kerjasama antara Pos Malaysia dan Western Union, di Kuala Lumpur, hari ini.

- Bernama

No comments:

Post a Comment