Thursday, May 19, 2011

RG2011... Penjelasan Isu Pengharaman PKR

 

 

Sidang Media : Penjelasan Isu Pengharaman PKR

 
PETALING JAYA: Alasan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa KEADILAN melanggar salah satu fasal perlembagaan parti itu adalah aneh kerana ia tidak pernah wujud, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata, dalam surat tunjuk sebab yang dikirim, ROS memberi alasan KEADILAN melanggar fasal 32.2.1 Undang-undang berdaftar parti dengan merujuk pemecatan Rajagopal a/l Andaikalam pada 2009.

"Fasal 32.2.1 tidak wujud dalam perlembagaan KEADILAN. Perkara aneh ini, mencerminkan niat jahat dan 'mala fide' ROS. Apakah ROS tidak membuat semakan perlembagaan KEADILAN yang diluluskan oleh mereka sendiri?," soal Saifuddin ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.

Notis bertarikh 9 Mei 2011 itu ditandatangani Dato' Abdul Rahman Othman dari Kementerian Dalam Negeri, di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011.

Ia dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung, menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatal selepas 9 Jun, melainkan parti itu menyatakan sebab.

Menurut Saifuddin, sekiranya alasan pemecatan ahli tanpa melalui lembaga disipin digunakan, ROS sepatutnya sudah lama mengharamkan Umno.

"Sebelum ini Umno memecat saya tanpa dihadapkan ke lembaga disiplin parti. Mengapa ROS tidak menggunakan alasan yang sama untuk mengharamkan Umno?," katanya merujuk pemecatannya pada 20 September 1998 oleh Setiausaha Agung Umno ketika itu.

Tambah beliau, nama Rajagopal seperti yang tertera dalam surat berkenaan juga adalah salah kerana nama sebenarnya Jayagopal a/l Andaikalam.

Saifuddin berkata, Jayagopal dipecat melalui keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada mesyuarat bertarikh 26 April 2009 kerana bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau sebagai calon bebas.

"Fakta ini diketahui umum dan boleh didapati dari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya. Ia tidak boleh dinafikan. Justeru, adalah amat jelas dalam kes ini, penama tidak perlu dirujuk atas apa jua siasatan.

"Mana-mana parti politik tidak akan menerima keadaan di mana seorang anggotanya bertanding menentang parti sendiri," kata Saifuddin sambil menambah, notis jawapan akan dihantar kepada ROS petang ini.

Sementara itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata perkara pemecatan yang dibangkitkan tidak ada kena mengena dengan ROS memandangkan ia adalah isu dalaman parti.

"Inilah pertama kalinya dalam sejarah, apabila kita dengar isu pemecatan ahli dijadikan alasan untuk membatalkan pendaftaran parti. Saya yakin ada tangan Umno dan Barisan Nasional di belakang tindakan ini.

"Perkara ini cukup remeh dan bodoh yang cuba dilakukan untuk memberikan implikasi serius kepada KEADILAN. Tambahan dalam keadaan kita menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat," ujar Siva.Keadilandaily

"Saya nampak perkara ini harus dijawab oleh Menteri Dalam Negeri (Hishammuddin) dan Perdana Menteri harus memberi penjelasan samada kerajaan mempunyai rancangan untuk mengenepikan dan menindas parti-parti pembangkang," ujar beliau. Tian membidas serangan terbaru terhadap PKR yang menyusul kes fitnah liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diikuti video lucah fitnah selain intimidasi jenayah mengugut beliau untuk berundur daripada arena politik. Sebelum ini KDN turut membatalkan permit lidah rasmi parti itu iaitu Suara Keadilan. Anwar, timbalannya Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat Sivarasa Rasiah turut digantung enam bulan dari menghadiri Parlimen. Seterusnya beliau berkata ancaman nyawa turut berlaku apabile kereta Mercedes Benz yang dinaiki Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dikatakan disabotaj dan Nurul Izzah menerima ugutan anaknya akan diculik jika terus menyokong Anwar. Kepimpinan parti itu turut dihalang daripada adakan ceramah di negeri Johor selain permit yang tidak dikeluarkan oleh polis, kata Tian. tvsnews

[Apa yang jelas dapat dilihat sekarang ialah, semua ini menandakan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 pasti akan berlaku bila-bila masa dari sekarang. Lantaran itulah kita tidak hairan Kerajaan UMNO BN sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan Putrajaya terus berada ditangan mereka. Namun, permainan taktik kotor sebegini jelas sekali melanggar prinsip demokrasi yang sepatutnya diamalkan di negera kita sebenarnya. Amatlah tidak logik dan masuk dek akal apabila pemimpin pembangkang dan parti yang didokongnya dikekang sedemikian rupa. Ini membuktikan kepada kita bahawa PM Najib Razak terlalu takut dan gusar kemaraan rakyat yang terus menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka juga hairan, dengan berbagai isu seks yang dimainkan rakyat tetap juga tidak percaya malahan mereka terus bersemangat untuk menolak kerajaan UMNO BN].

Cubaan Untuk Mengharamkan PKR, Anwar Dedah Tindakan ROS Itu 'Di Dalangi' Oleh Puak UMNO Untuk 'Terus Dera Rakyat' Malaysia !

PDO 

KUALA LUMPUR 19 Mei - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) berkata cubaan mengharamkan parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah usaha terbaru yang didalangi UMNO untuk terus mendera rakyat. "Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat," kata Anwar ketika menjawab soalan pelayar Internet menerusi program "Question time" anjuran Yahoo Malaysia pagi tadi. Dalam wawancara itu, Anwar juga menolak sebarang kemungkinan balik ke UMNO dan menyelar parti itu kerana menggunakan Perkasa untuk menambah ketegangan kaum di Malaysia. Anwar juga berkata PKR dan Pakatan Rakyat akan bekerja keras untuk membawa pembahruan politik yang didahagakan oleh rakyat. Pendaftar Pertubuhan menghantar notis kepada PKR, memberitahu parti itu akan dibatalkan pendaftarannya kerana kononnya memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti. Menurut ROS, pendaftaran PKR akan dibatalkan mulai 9 Jun jika parti itu tidak memberikan alasan yang munasabah kepada badan itu. Bagaimanapun Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution mendedahkan ROS menghantar notis itu berasaskan peruntukan perlembagaan parti yang direkayasa dan maklumat salah. ROS mendakwa tindakan memecat Rajagopal a/l Andaikkalam bercanggah dengan peruntukan 32.2.1 perlembagaan PKR. Saifuddin berkata peruntukan yang dirujuk itu tidak ada dalam pelembagaan parti. Yang ada cuma fasal 32 "yang tidak langsung berkaitan dengan isu displin dan Lembaga Displin". Ahli yang dinamakan sebagai Rajagopal dalam notis ROS itu juga tidak wujud. Yang dipecat adalah A.Rajagopal yang disingkir pada 27 April 2009 oleh MPP kerana bertanding sebagai calon bebas, pada PRK Bukit Selambau di Kedah.

Perkasa Adalah Alat UMNO Hina Rakyat Malaysia
 
Sesi bersama Anwar yang dikendalikan Editor Yahoo News Malaysia itu mendapat sambutan hangat daripada warga Internet sehingga terpaksa dilanjutkan 15 minit lebih daripada sejam yang dijadualkan. Anwar menjawab soalan yang kebanyakan berkisar kepada kemelut politik negara dan harapan rakyat terhadap situasi politik tanah air menjelang Pilihan Raya Umum tidak lama lagi. Menurut Anwar, Pakatan Rakyat telahpun bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal dilakukan UMNO. "Kita arif dengan penipuan PRU yang dikendali UMNO/BN. Kita akan lebih waspada dan kerja keras. Suara rakyat, suara keramat!," kata Anwar. Menurut Anwar, politik perkauman UMNO sudah tidak lagi relevan dalam kancah politik negara. Malah menjawab pertanyaan, Anwar menyatakan beliau tidak akan menyertai UMNO kembali walau ditawarkan jawatan Perdana Menteri. "Saya tetap bersama golongan Mustadh'afeen. UMNO sudah tidak relevan kerana dikaitkan dengan kezaliman, keangkuhan dan rasuah," kata beliau. "Adalah amat dikesali pemimpin parti itu sekarang menggunakan taktik kotor politik dan pornografi. Saya dianggap membahaya kerana komitment saya kepada reformasi dan membanteras rasuah serta kronisme," tambah beliau. Anwar turut menegaskan Pakatan Rakyat menolak sebarang isu perkauman yang saban hari dijaja UMNO dan Perkasa. "(Perkasa) ialah penghinaan kepada rakyat Malaysia dengan rentak perkauman mereka. Ia juga alat UMNO untuk membuat kacau dan menimbulkan ketegangan antara kaum. "Kewarasan mesti menang. Rakyat Malaysia menolak perkauman. Hanya UMNO dan Perkasa terdesak mengguna isu perkauman," tegas Anwar. Dalam wawancara maya itu, Anwar turut mengiktiraf sokongan sahabat yang masih setia kepada perjuangan beliau untuk mengubah Malaysia "Sahabat setia dan saya terharu. Teman lama ini berjuang kerana yakin dengan prinsip. Ini berbeda dengan juak-juak baru yang tuntut saham dan dana. Jazakumullah khairan buat sahabat setia," kata Anwar. tvsnews

[Jika benar dakwaan Anwar ini, maka ternyata amatlah malang sekali buat rakyat Malaysia jika teurs menyokong kerajaan UMNO BN ini sebenarnya. Ternyata mereka kini berada dalam ketakutan dan gusar dengan kebangkitan suara rakyat untuk melakukan perubahan. Mereka takut kehilangan kuasa, kerana mereka tahu sudah pasti segala dosa-dosa yang dilakukan akan dibongkarkan oleh kerajaan baru yang memerintah. Maka jalan terbaik, ialah mencari jua jalan untuk menghalang kebangkitan rakyat termausuklah mengharamkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri. Soalnya, apakah rakyat boleh berdiam diri dengan tindakan "bodoh" ini?. Mereka takut sebelum turun gelanggang. Selepas menggunakan kuasa SPR, Polis, Media untuk berperang dengan pembangkang dalam pilihanraya kini mereka mencari jalan pula untuk menggagalkan hasrat PKR sertai pilihanraya umum pada kali ini. Bukankah ini satu strategi orang yang "bacul dan pengecut". Sungguh memalukan melihat adengan ini].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment