Monday, May 9, 2011

RG2011... Perkhemahan Santai Lata Bujang (PSLB)

 

** Perkhemahan Santai Lata Bujang (PSLB) **

Assalamulaikum dan salam sejahtera pada rakan - rakan rekreasi sekalian.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, kelab OGKL telah pun merencanakan satu Ekspedisi ke 4 Steps Waterfall (melalui Kuala Keniam). Namun bagaimanapun, dukacita dimaklumkan ianya tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat kerana pihak Jabatan Perhilitan belum boleh mengeluarkan permit kemasukan ke kawasan tersebut.

...Bagi mengubati hati yang lara, kelab bersetuju untuk mengadakan aktiviti 'ad - hoc' ke Lata Bujang yang terletak di dalam kawasan Rezab Hidupan Liar Krau (RHLK), Pahang. Untuk info, airterjun di kawasan tersebut adalah di bawah kawalan dan pengawasan pihak Jabatan Perhilitan dan tidak dibuka pada orang awam untuk lawatan melainkan dengan membuat permohonan bertulis kepada pihak berwajib.

Rezab Hidupan Liar Krau merupakan kawasan perlindungan tertua di Malaysia dengan keluasan seluas 62,395 hektar. Rezab ini merupakan kawasan perlindungan hidupan liar kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara. Lata Bujang merupakan sebuah airterjun yang terletak di hujung trek pendakian laluan terbaru untuk ke Gunung Benum, yang mana baru sahaja didaki oleh sekumpulan pendaki OGKL.

Gambar - gambar kawasan Lata Bujang boleh dilihat di
http://campfire.ogkl.com.my/campfire-2010-00.pdf

** Info program **

~ Perkhemahan Santai Lata Bujang (PSLB) ~

* Lokasi: Lata Bujang, Rezab Hidupan Liar Krau, Pahang.

* Gred: C (Santai)

* Tarikh: 14 - 15hb Mei 2011, 2 hari 1 malam

* Tarikh, waktu dan tempat berkumpul: 14hb Mei 2011, mulai jam 8.30 pagi di Restoran Heritage Station, Stesyen Keretapi Kuala Lumpur. Kita akan bertolak ke selewat - lewatnya jam 9.30 pagi

* Yuran penyertaan: RM 80 untuk ahli OGKL, RM 100 untuk bukan ahli OGKL

* Penyertaan terhad sehingga 24 tempat sahaja. Siapa cepat memberikan nama dan membayar deposit / bayaran penuh), dia dapat ( :

* Yuran penyertaan termasuk: Kos pengangkutan (berkongsi kereta), makan - minum semasa program (makan malam hari pertama, sarapan pagi serta makan tengahari hari kedua), kelengkapan asas perkhemahan dan insurans perjalanan berkelompok.

Nota:
* Peserta boleh membawa khemah peribadi jika mahu berbuat demikian, walaubagaimanapun kelengkapan asas perkhemahan seperti flysheet & groundsheet akan dibekalkan.

Berminat ? Sila berikan nama penuh, no. telefon, emel (jika ada) beserta duit deposit RM 40 kepada penama di bawah sebelum hari Rabu, 11hb Mei 2011. Ini adalah untuk pengurusan permohonan permit dari Jabatan Perhilitan dan proses membuat perlindungan insuran berkelompok.

* Azizan Zolkipli @ Wakjan
* No. tel: 013 - 355 9741 (sila tinggalkan sms jika panggilan tidak dijawab, kadangkala beliau berada di tapak projek atas urusan kerja)
* Emel: azizanzolkipli@gmail.com atau pakcikayoo@hotmail.com
* Akaun Maybank (Ahmad Zaki Abd Halim): 1621 0632 3669, sila emel atau simpan slip untuk pengesahan bayaran.

Nota:
(1) Diharap agar peserta bertanyakan kekosongan tempat pada pihak penganjur terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bayaran.
(2) Duit deposit tidak akan dikembalikan bagi individu yang menarik diri pada dan selepas hari Rabu, 11hb Mei 2011. Syarat dan terma tertakluk atas budi bicara pihak pengurusan.
(3) Yuran penuh penyertaan hendaklah dijelaskan selewat - lewatnya pada pagi Sabtu 14hb Mei 2011 sebelum bertolak ke Pahang.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment