Tuesday, June 14, 2011

Re: RG2011... Apa itu pilihanraya masjid???

 

Kaedah pemilihan AJK Masjid ala pilihanraya telah pun berlaku di Selangor sebelum ini.
Namun terlalu banyak isu timbul hasil pemilihan tersebut kerana pemilihan yang dibuat oleh anak kariah tidak 'diperkenankan' oleh pihak yang membuat tapisan. Walaupun mendapat majoriti yang tinggi dan mempunyai jurang perbezaan yang besar, pihak yang membuat tapisan sewenang-wenangnya menolak calon yang mendapat undi yang tinggi dengan alasan yang tidak munasabah dan dipercayai bermotifkan politik.

Justeru itu, saya secara peribadi tidak menyetujui kaedah pemilihan ala pilihanraya ini kerana ianya akan membawa perpecahan dalam jemaah didalam masjid itu sendiri. Adalah lebih baik, pihak bertanggungjawab menerima satu senarai pendek dari Penghulu atau Ketua Kampung yang lebih mengetahui ehwal kariah tersebut, dan seterusnya berbincang untuk menentukan siapa yang layak. Ini bagi mengelakkan kes yang terjadi di Selangor kerana hingga kini sejak 2009, ada masjid yang langsung tidak bermesyuarat kerana ketidakpuasan hati dengan pemilihan yang dilakukan seperti yg saya sebut awal tadi.

Kita sedia maklum, dalam sebuah kariah, berapa ramai sangat bilangannya yang suka memakmurkan masjid. Mereka2 ini jika membuat pilihan sudah tentu akan membuat satu keputusan yang tepat. Akan tetapi bagaimana pula dengan lebih ramai bilangan ahli kariah yang hanya ke masjid pada hari Jumaat sahaja dan membuat pilihan mengikut citarasa mereka sahaja? Tidakkah kita terfikir kesan yang akan berlaku kelak.

Semoga Allah SWT pelihara kita semua dan tidak terus memecahbelahkan kita sesama Islam khususnya, lebih-lebih lagi di dalam rumah Allah sendiri. Apa yang terjadi didepan mata saya sendiri sudah cukup untuk saya membantah pemilihan AJK Masjid ala pilihanraya ini. Di dalam pilihanraya memilih pemimpin untuk rakyat pun ada yang tidak senang dengan yang dipilih, tidak mustahil ini berlaku dalam pilihanraya masjid yang akhirnya merugikan jemaah masjid itu sendiri. 

Wallahhua'lam...

 
 


From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 14 June 2011, 19:06
Subject: RG2011... Apa itu pilihanraya masjid???

 
Apabila Kerajaan Pakatan Rakayat Pulau Pinang memperkenalkan pemilihan jawatankuasa masjid ala pilihanraya, Umno yang bersikap berpenyakit bebal cuba eksploit isu ini dengan harapan supaya orang melayu semakin marah dengan Pakatan Rakyat kerana mempolitikkan masjid.

Pada hal pemilihan ini adalah cara sahaja berubah, dulu angkat tangan sekarang hendak dibuat ala pilihanraya. Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4(1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (negeri Pulau Pinang).

Tatacara baru itu memberikan hak kepada anak kariah untuk mencadangkan jawatankuasa masjid masing-masing kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Selepas tarikh pencalonan ditutup Selasa lalu, 193 daripada 200 masjid sudah menghantar senarai pencalonan masing-masing yang membuktikan majoriti kariah menerima pakai tatacara pemilihan diperkenalkan. Malah, ada masjid mengadakan kompromi di kalangan ahli kariah masing-masing untuk mengelak berlakunya pertandingan.

Memang Umno anti pembaharuan, kerana selama ini mereka berfikiran jumud dan zero IQ. Sebab itu setiap pembaharuan yang dibuat selain daripada Umno ia akan ditentang secara melulu, walaupun akhirnya mereka akan meniru. Rakyat Malaysia tentu masih ingat ketika Kerajaan Kelantan memperkenalkan hari bekerja selama lima hari seminggu, pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan malas dan akan merendahkan produktiviti. Tidak berapa lama kerajaan pusat mengikut jejak langkah yang sama.

Mereka akan manipulasi isu ini untuk menuduh kerajaan Pakatan Rakyat menimbulkan kecelaruan kepada orang Islam. Apa yang paling kelakar mereka berhujah kenapa kuil dan gereja tidak ada pemilihan ahli jawatankuasa seperti pemilihan ahli jawatankuasa masjid.

Sebenarnya Umno hendak melindung kerja jahat mereka terhadap institusi masjid di bawah kerajaan Barisan Nasional. Pemilihan yang tidak demokratik, ia hanya dipilih oleh pemimpin Umno bukan anak kariah. Perlantikan bukan ahli masjid, yang tidak layak dari segi peribadi untuk imarahkan masjid. Tetapi oleh kerana ia dibinkan dengan Umno maka semua boleh. Kita boleh lihat masjid di negeri Umno dan Pakatan Rakyat dari segi imarah. Masjid di negeri Umno mati sebelum ahli kariah mati.



Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat


--



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment