Saturday, June 11, 2011

Re: RG2011... ARTIKEL : Wahai suami, dekatilah anak-anakmu!

 

Betoi2...kelebihan permpuan dgn ada nya kasih sayang yg melimpah luah. Adik lelaki saya yg tingktan 2 pun masih tdur dgn saya alasan xnak tdur sorang sebb sunyi walaupn alsan sebenrnya takut. Kadang2 ada abg2 di rumah pun adik lelaki saya xtdur dgn mereka. Alhamdulilah bersyukur dgn kenikmatan yg allah bagi nie. Apa2 pun lelaki jgn la mare,anak2 or budak2 nie mesti kena pndai tacle,sesekali bawak la diorng pusing2 naik motor keliling kampung. Apa salahnya. Diorng cuma nak kan perhatian...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sat, 11 Jun 2011 22:07:17 +0800
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... ARTIKEL : Wahai suami, dekatilah anak-anakmu!

 

Petikan : http://laman-seri.blogspot.com/


Wahai suami, dekatilah anak-anakmu!


BLOGGER_PHOTO_ID_5611686570542705058
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sering kali kita mendengar cerita, anak lebih rapat dengan ibu, insan yang melahirkan mereka. Sikap wanita yang lebih penyayang, ambil berat, mampu menasihati dengan baik selain beberapa perkara membuatkan anak rapat dengan ibunya. Lelaki yang juga suami dan bapa kerap kali dilihat agak renggang dengan anak-anak kerana sikap mereka yang agak tegas.

Ðalam Islam telah nyata dan jelas bahawa peranan mendidik anak bukan hanya kewajipan mutlak para isteri dan ibu sahaja. Seperti yang terkandung dalam dalam al-Qur'an banyak kisah-kisah yang menceritakan besarnya peranan suami sebagai ayah dalam pendidikan anak.

Salah satu contoh yang paling jelas adalah kisah Luqman yang memberikan nasihat kepada anak-anaknya di surat Luqman (surat 31 ayat 13 dan seterusnya..) Begitu juga apabila kita melihat sejarah Nabi-nabi dan Rasul yang mana mereka dididik dan diasuh dengan cara tersendiri. Misalnya kisah nabi Sulaiman yang dididik oleh ayahnya, nabi Ðaud, khusus untuk menggantikan kedudukannya sebagai raja, atau Nabi Yusuf yang mendapatkan curahan kasih sayang dari Nabi Ya'kub sehingga timbul perasaan dengki dan iri hati saudara-saudaranya yang lain.

Juga Rasulullah SAW sendiri, yang meskipun ditinggalkan oleh ayahnya sejak dalam kandungan, tapi peranan bapa ini digantikan oleh datuk dan bapa saudaranya yang mengasuhnya di waktu baginda kecil, ia sedikit banyak menyuburkan sifat-sifat kepemimpinan dan bakat perniagaan baginda setelah dewasa. Tentu saja semua hal ini tidak terlepas dari tarbiyah Robbaniyyah (pendidikan langsung dari Allah) mengingat tugas-tugas mereka sebagai Nabi dan Rasul, namun dari kisah-kisah Nabi dan Rasul tersebut terlihat JELAS peranan ayah dalam pendidikan putera-puteranya.

Ði kalangan tokoh gerakan Islam, Hasan Al-Banna sendiri menceritakan peranan ayahnya dalam mendorong perkembangan potensi beliau (di antara pengaruh guru-gurunya yang lain) sehingga beliau boleh mendirikan gerakan Islam terbesar di abad ini. Malangnya dalam masyarakat kita sama ada disedari atau tidak wujud perbezaan di antara peranan ayah dan ibu. Sering kali seorang suami atau ayah itu dianggap sudah cukup baik jika dia telah bertanggungjawab memenuhi urusan kewangan keluarga. Seorang ayah yang tidak terlibat dengan urusan mengasuh dan mendidik anak masih dianggap biasa sahaja. Inilah 'fahaman songsang' yang wajar diperbetulkan.

Walhal, jika dilihat daripada aspek psikologi ia sangat menekankan kepentingan peranan ayah dalam tumbesaran anak-anak. Ikatan emosi antara ayah dan anak ditentukan salah satunya adalah interaksi. Interaksi yang baik di antara anak dan ayah dipercayai sangat mempengaruhi kecerdasan emosional seorang anak hingga membentuk dirinya menjadi seorang dewasa yang berjaya.

Bagaimana suami yang juga berperanan sebagai ayah boleh menjalin ikatan emosional ini, ikuti tips berikut ini:

1 - Persiapkan diri sejak isteri hamil

Masa kehamilan sembilan bulan ini dapat anda gunakan untuk mengajak suami untuk turut serta membuat persiapan dirinya sebagai ayah sebagaimana anda membuat persiapan sebagai ibu. Sebagai suami dan calon ayah, dia perlu berperanan aktif dalam membantu kehamilan isteri. Mengikuti persiapan persalinan, membaca buku mengenai kehamilan, merawat bayi atau berbelanja bersama untuk menyambut kelahiran bayi.

Jika berpeluang mintalah suami menemani anda dalam bilik bersalin. Melihat pengorbanan isteri melahirkan anak dan detik-detik terdengarnya tangisan bayi akan menambah lagi rasa kasih sayangnya terhadap isteri lebih-lebih lagi terhadap anak.

2 - Turut aktif mengasuh bayi

Sedari awal menjelang kelahiran, cubalah ikut aktif menjaga dan mengurus bayi. Ði percayai seorang ayah yang turut sama mengganti lampin, memandikan bayi dan mengasuh bayi sejak lahir besar kemungkinan akan meneruskan tugas ini dibulan-bulan berikutnya.

Ði peringkat awal pasti merasa kekok dan mungkin tersilap cara, tapi lama-kelamaan suami akan terbiasa dengan tugas-tugas ini. Bayi anda akan semakin merasakan kehadiran suami anda sebagai ayahnya, mengenali wajah, suara dan bau ayahnya.

3 - Bermain bersama

Ketika bayi semakin membesar, luangkan masa bersama untuk bermain, membaca, buku, atau melakukan aktiviti yang menyenangkan bagi bayi anda yang telah mula merangkak, belajar bertatih dan bercakap. Ciptakanlah permainan yang sesuai dengan usia anak. Membaca, menggunting dan dan menampal bersama-sama. Sedikit tip untuk golongan lelaki, apa aktiviti yang mereka boleh lakukan bersama anak bagi menambah kemesraan.

(A) Berbasikal bersama-sama

Anda tentu masih ingat betapa seronoknya berbasikal ketika kecil. Namun aktiviti ini semakin hilang bila kita meningkat dewasa sesuai dengan pekerjaan yang menuntut masa. Jika anda teringat keseronokan zaman kecil, rasailah perkara yang sama ketika bersama dengan anak. Ajak anak berlumba, ceritakan kenangan kisah-kisah anda ketika kecil bersama kawan-kawan dan sebagainya. Aktiviti begini mampu mengeratkan hubungan anda dan anak. Ketepikan soal masa kerana jika diberikan 50 jam sehari pun, manusia sentiasa sibuk sedangkan masa bersama anak-anak adalah perkara paling penting.

(B) Bina dan terbang

Ðalam zaman sains dan teknologi ini, pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama. Ini termasuklah jika anda membuat roket mainan dan bermain bersama anak-anak. Walau pun anda mampu membelinya di kedai tetapi ia tidak sama jika anda membinanya dan kemudian bermain bersama anak.

Ketika inilah anda harus menggunakan akal anda yang mungkin bekerja sebagai jurutera, arkitek dan sebagainya untuk bersama dengan anak-anak. Ketika anda mengajar mereka membina kapal terbang, anda sebenarnya mengajar anak tentang dunia masa depannya. Apa yang harus dihadapi dan dipelajarinya ketika dia dewasa kelak. Jangan jadikan anak anda seperti robot, yang hanya mengikut arahan sebaliknya ajar anak tentang sikap berdikari. Barulah anda boleh bergelar bapa atau lelaki sejati.

(C) Melihat bintang dan bulan di langit

Mungkin sesetengah ibu bapa tidak berkemampuan kerana hobi ini dilihat memerlukan belanja mahal tetapi di Pusat Sains Negara, banyak kemudahan dan bahan yang boleh anda ajarkan kepada anak-anak.

Ajarilah anak-anak tentang dunia sains. Bagaimana cakerawala berpusing, bumi dan bulan yang berpusing dan sebagainya. Kaitkan juga dunia cakerawala dengan fenomena alam bagaimana ia berkait rapat antara satu sama lain.

Memupuk minat anak tentang dunia sains sebenarnya mendedahkan anak kepada satu fenomena ciptaan Allah yang maha Esa. Ketika meneropong bulan menggunakan teleskop, ceritakan kepada anak-anak apa yang mereka perlu tahu tentang dunia ini. Mana tahu, suatu hari nanti, anak anda akan ke bulan kerana tiada yang mustahil di dunia ini.

(Ð) Berkhemah dan memancing

Sesetengah bapa menganggap menghabiskan masa dengan anak sebagai sesuatu yang leceh. Tahukah anda, sikap negatif ini jika dibiarkan berterusan akan membuatkan anak mengikut jejak anda di masa depan. Perkara yang sama akan dilakukan kepada anaknya pula. Justeru itu, bagi mengelakkan hal ini terjadi, peruntukkan masa bersama dengan anak. Ajaklah anak pergi berkhemah sambil memancing. Mengajar anak tentang alam adalah satu perkara indah, anak akan belajar tentang kehidupannya pada masa akan datang.

4 - Terlibat dalam kehidupan sosial anak anda

Ketika anak anda mulai menginjak alam persekolahan, dia pastinya akan memulakan kehidupan sosial yang baru. Sebagai bapa usahakan terlibat dalam kehidupan sosial anak anda. Contohnya mengenali nama kawan-kawannya, gurunya dengan siapa dia bergaul, akitiviti yang dia lakukan bersama rakannya atau gurunya.

5 - Jadilah pendengar yang baik

Kesibukan kadang-kadang menyebabkan anda mengabaikan cerita-cerita anak anda. Berikan keseimbangan antara kerja dan keluarga atau usahakan jangan membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah. Luangkan waktu lima minit sahaja untuk mendengar celoteh anak-anak dan benar-benar memahami isi ceritanya. Jangan hanya mengiyakan agar cerita anak itu cepat habis atau dengan mengatakan ayah sibuk.

Sekiranya anda menunjukkan wajah yang tidak berminat untuk mendengar cerita, ini akan membuatkan anak anda merasa kecewa dan akan semakin malas untuk bercerita dan 'sharing' itu akan mulai menghilang. Jadi, jangan mengeluh bila anak anda tidak mahu bersifat terbuka pada anda, atau wujud jurang kumunikasi di kemudian hari nanti.

6 - Komunikasi yang baik

Bila ayah berada di luar atau tinggal terpisah berjauhan dengan anak, usahakanlah untuk terus menjalin komunikasi yang baik dan mesra melalui telefon dan internet. Tunjukkan perhatian anda, rasa sayang anda melalui telefon, sms, 'chatting' atau surat.

Anda juga boleh menggunakan detik ini sebagai kembara kedewasaan anak. Contohnya dengan mengatakan ayah akan pergi selama beberapa hari, ayah minta tolong agar Alif menjadi anak yang baik dan menjaga ibu. Anak anda tentu akan merasakan dipercayai dan bertanggngjawab di atas tugas-tugas tertentu.

7 - Percaya anak dan berikan sedikit ruang

Jadilah seorang ayah yang memberikan kebebasan dan dapat mempercayai anak. Kepercayaan anda akan menjadikan dia membesar menjadi anak yang percaya diri dan berdikari. Jangan terlalu kerap memaksa dia untuk melakukan sesuatu tapi cubalah berikan pilihan, misalnya Alif mahu A atau B. Ðan tetaplah membuka kemungkinan pilihan lain selama pilihan itu tidak bertentangan dengan syariat dan prinsip.

Sebagai seorang ayah, suami anda boleh membimbing dan memantaunya.

8 - Layanilah anak sesuai usianya


Kehendak seorang bayi pastinya berbeza dengan keinginan seorang anak yang sudah bersekolah, begitu juga dengan anak remaja dan seterusnya. Cubalah untuk memahami kehendak anak anda dan tidak menganggapnya sebagai kanak-kanak kecil.

Menciptakan kedekatan atau jalinan erat di antara ayah dan anak adalah sebuah pelaburan yang berharga. Si suami atau ayah akan menyesal jika tidak memulainya sejak awal, baru merasa sesuatu yang tidak kena atau kekok bila anak mulai dewasa. Hubungan ayah dan anak akan terasa kaku, formal dan wujud jurang di antara keduanya. Hindarilah perkara ini berlaku dalam keluarga anda.

Kesimpulan

Sekali pun perkara dilihat seperti leceh tetapi membesarkan anak-anak tentang soal kehidupan adalah perkara terbaik yang dilakukan oleh seorang bapa. Ingat, anak adalah amanah Allah, andalah yang tukang mencorakkannya. Jika terlalu banyak perkara negatif yang anda tunjukkan maka negatif jugalah yang akan anda peroleh ketika anda tua kelak.

Mengajar anak-anak tentang erti kehidupan, adalah perkara paling menyeronokkan. Semakin anda menghargai mereka, maka mereka juga akan menghormati anda sebagai seorang bapa yang juga lelaki yang mampu menyenangkan jiwa raga mereka.

Begitu juga jika anda menyayangi mereka, maka anak juga akan menyayangi anda. Pendek kata, anda perlu menjadi idola anak-anak kerana apabila anda menjadi tua, maka mereka akan menghormati anda sebagai bapa yang sangat sempurna.

Para ayah, dekatilah anakmu sedari mereka kecil lagi! Terawal seminggu, entry istimewa untuk semua bapa... Selamat menyambut Hari Bapa.

Sumber : Nur Jun 2011 dan MW#1437

Capaian entry berkaitan :
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Pincang sifat kejantanan
Tips menjadi ayah yang hebat
Bapa semakin berperanan mendidik & mengasuh anak
Masa berkualiti dalam keluarga: Alasan atau Alternatif?
Tugas bapa melindungi
Adakah Anda Suami Yang Lalai Melaksanakan Tanggungjawab?
Suami kena berazam jadi ketua keluarga terbaik
Cabaran ayah abad ke-21
Peranan suami dalam mendidik anak
Pentingnya ilmu keibubapaan
Ibu bapa alpa laksana amanah antara punca anak derhaka
Penuhi rasa ingin tahu anak
Contohi Luqman didik anak
10 Aktiviti Bersama Anak-Anak Kita
10 cadangan praktikal untuk bapa
Masalah dan Cabaran Dalam Mendidik Anak
Bapa moden kurang berinteraksi
8 Ways to Be a Better Parent
Jangan Perlekeh Peranan Bapa
Anak Cemerlang


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment