Tuesday, June 14, 2011

Re: RG2011... Fw: PEKIDA nie kumpulan gangster kaa..

 

SALAM SEMUA....PEKIDA NIE KN SEPATUTNYER MELINDNGI KEBAJIKAN ORANG MELAYU..BKN G DOK TIBAI ORANG MELAYU....DULU AKU BANGGA BILE TAU DE BADAN YG JAGE ORANG MELAYU NIE...TAPI LAST2...MELAYU BLIK KNE TIBAI...X TAU LA...TP PAPE PUN AKU MEMANG DILAHIRKAN SBG ABG LONG KT TEMPAT AKU NIE..TP X SEMPAT NK BERBAKTI KPD AYAHANDA KU....:(..AL-FATEHAH UTK AYAHANDA KU SAHIME BIN BASRI...

2011/6/11 newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
apa lagi, pi la bawak geng bawah ni settle masalah ngan cha ya nun alip tu...

On 6/11/2011 2:26 AM, kekupumalam@yahoo.com wrote:
 

Sokong kot kalu kata Samseng Bangsa sendiri. Kita kat sini bertekak diorg bangsa lain memajukan diri. Mcm kes opis aku la. Suma Melayu jd kerani. Sapa Oficer Melayu jd bahan hinaan x berguna tp diorg sesama diorg(cha ya nun alip) bole semeja makan, bertepuk tamparr. Dihadapan kita dia kdg2 cm gaduh kan megata bangsa sdiri tp blakang kita mereka bersatu tau. Hati2 kwn2, rakan saya sudah kena dan berhenti kerja sbb ni la bangsa sdiri jatuhkan bangsa sdiri.. Sy klu citer hal bangsa ni sedih sgt tgk. Xtaulaa..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
Date: Sat, 11 Jun 2011 01:23:20 +0800
Subject: Re: RG2011... Fw: PEKIDA nie kumpulan gangster kaa..

 

bila pengarah2 mai jumpa depa...mcm biasa la brader...panggil sekampung geng depa,open table beb...1 cerita semangkuk tomyam,2 cerita sekor lembu pun bley tombang...ketuk jgn tak ketuk....bangsa sindri kan...kalo tak sindri yg ketuk sapa lagi..kalu orang lain ketuk, siap keris kontot dijulang dicium peh tu..lillek je sarung balik..


On 6/11/2011 12:40 AM, syed azam jamalullil wrote:

 

kumpulan samseng la kot, tapi jenis tak blh pi jauh punya. Samseng kampung dusun mcm cerita p ramlee. Tarak sumber ekonomi punya, hanya berani gertak bangsa sendiri. Tiada mendapat hormat punya. Nak suruh pengarah2 filem rujuk kat mereka la tu.

On Fri, 10 Jun 2011 23:31 CST wrote:

>
>
>PEKIDA nie kumpulan gangster kaa.. yg nak saman David teoh nie..???
>Posted by KedahLaNie
>
>
>
>
>
>PEKIDA SAMAN TOKEY FILEM KONGSI ?
>
>
>Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.
>
>
>Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.
>
>
>"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.
>
>
>"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.
>
>
>Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.
>
>
>Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.
>
>
>"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.
>
>
>"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.
>
>
>Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.
>
>
>"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.
>
>
>"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.
>
>
>Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.
>
>
>Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang. - mStar
>


--





--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.




--
R_47

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment