Monday, June 13, 2011

Re: RG2011... Fw: PEKIDA nie kumpulan gangster kaa..

 

Sebab yang ganggu gadis tu lelaki bangsa asing, bukan lelaki melayu... heheheheee....
 
PEKIDA ni berani dengan Melayu jer...


From: amiza i <zie_66@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 13 June 2011 08:44:36
Subject: Re: RG2011... Fw: PEKIDA nie kumpulan gangster kaa..

 

Beberapa tahun dulu, saya berada di hadapan Puduraya. Tatkala tu ada sekumpulan ahli Pekida sedang minum di warung tepi jalan.. Dengar cara dia orang bercakap, mcm blh membela Melayu seMalaya. Tup2 di masa yg sama, ada seorg gadis melayu diganggu oleh lelaki bangsa asing, si kumpulan Pekida blh tgk jer..& terus berborak. So, mana kata nak bela anak bangsa????

--- On Sun, 6/12/11, Mohamed Shapri <masyar@yahoo.com> wrote:

From: Mohamed Shapri <masyar@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Fw: PEKIDA nie kumpulan gangster kaa..
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Sunday, June 12, 2011, 9:32 AM

 
Saya ada seorang kawan yang meniaga di satu mall jual ubat traditional. Sebelah gerainya juga kedai jual barang serupa tapi kepunyaan ahli pekida. Punya baiknya ahli tu. Dia buat bermacam2 black magic sampai kawan saya tu tutup kedai. Bila tutup mereka ambil kedai tu jual barang serupa. Itulah dia bagusnya perangai ahli pekida. Bukan pekida tak elok tapi perangai ahli2nya yang macam lanun. Tak boleh sentuh ahli2 mereka. Kawan saya ada mengadu kepada pekida mengenai perangi ahlinya tu tapi tak da apa tindakan pun diambil. Seperti kata di bawah, pekida tu mamang elok tapi perangai ahlinya yang buruk.
 
Fikir2lah sendiri.

From: faizal bob <bobviruscyrus@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, June 11, 2011 11:01 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: PEKIDA nie kumpulan gangster kaa..

 
PEKIDA ni menyusah kan ....menyusahkan melayu......bukan nak menyenangkan.....kalu dulu memang bagus PEKIDA  ni.....skrg PEKIDA hancur....x ble nak sentuh skit.....sentuh je ckp anak buah org ni org tu.......pe ni....org nak cari makan pun kacau.....ayahda ....abg long.....nonsense...

From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, 11 June 2011 19:13:43
Subject: Re: RG2011... Fw: PEKIDA nie kumpulan gangster kaa..

 
Kalau mengikut kata-kata shikin tu, macam samseng juga. Cuma samseng selalunya marah kalau kawasan diorang kena kacau.. yang ni lain pula bukan kawasan yang kena kacau tapi kata laluan.. peh... ini baru samseng kampung dusun. Siap ada kod rahsia pula tu.. macam  komunis pun ada gak.. hahahaaaa..... semangat rejimen ke 10 kot....hahahaaa...  
From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, 11 June 2011 01:23:20
Subject: Re: RG2011... Fw: PEKIDA nie kumpulan gangster kaa..

 
bila pengarah2 mai jumpa depa...mcm biasa la brader...panggil sekampung geng depa,open table beb...1 cerita semangkuk tomyam,2 cerita sekor lembu pun bley tombang...ketuk jgn tak ketuk....bangsa sindri kan...kalo tak sindri yg ketuk sapa lagi..kalu orang lain ketuk, siap keris kontot dijulang dicium peh tu..lillek je sarung balik..


On 6/11/2011 12:40 AM, syed azam jamalullil wrote:
 
kumpulan samseng la kot, tapi jenis tak blh pi jauh punya. Samseng kampung dusun mcm cerita p ramlee. Tarak sumber ekonomi punya, hanya berani gertak bangsa sendiri. Tiada mendapat hormat punya. Nak suruh pengarah2 filem rujuk kat mereka la tu.

On Fri, 10 Jun 2011 23:31 CST wrote:

>
>
>PEKIDA nie kumpulan gangster kaa.. yg nak saman David teoh nie..???
>Posted by KedahLaNie
>
>
>
>
>
>PEKIDA SAMAN TOKEY FILEM KONGSI ?
>
>
>Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.
>
>
>Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.
>
>
>"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.
>
>
>"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.
>
>
>Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.
>
>
>Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.
>
>
>"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.
>
>
>"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.
>
>
>Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.
>
>
>"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.
>
>
>"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.
>
>
>Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.
>
>
>Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang. - mStar
>


--






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment