Tuesday, June 14, 2011

Re: RG2011... Hukum Memilih AJK Masjid Melalui Pilihanraya

 

ustaz mana ni haram sana haram sini, hujjah pun macam tak kuat je

2011/6/14 abu hassan <hassanisma5485@yahoo.com>
Kena pastikan calon yang masuk bertanding mestilah memenuhi kriteria tertentu dan berkelayakan untuk jawatan yg dipertandingkan.
 


--- On Mon, 6/13/11, Ae One <aku_hebat80@yahoo.co.uk> wrote:

From: Ae One <aku_hebat80@yahoo.co.uk>

Subject: Re: RG2011... Hukum Memilih AJK Masjid Melalui Pilihanraya
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Monday, June 13, 2011, 11:10 PM


cadangan ini dari majlis agama Islam pulau pinang... mereka tentunya ada asas dan nas mereka sendiri... 

--- On Tue, 14/6/11, sue sweet7 <suesweet7@gmail.com> wrote:

From: sue sweet7 <suesweet7@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Hukum Memilih AJK Masjid Melalui Pilihanraya
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, 14 June, 2011, 13:41

 
terpaksa buat secara pilihanraya.....sebab kebanyakan yg dipilih adalah kroni kekadang muka pun tak penah nmpk kat masjid

2011/6/14 Tiada Nama <alhanzoli@yahoo.com>
ada nas/dalil tak?
 

 


From: ustmd <ustmdcd@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tue, June 14, 2011 7:37:21 AM
Subject: RG2011... Hukum Memilih AJK Masjid Melalui Pilihanraya

 

Haram Hukumnya Memilih AJK Masjid Melalui Pilihan Raya

Posted in June 13th, 2011
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
1 Memilih Jawatankuasa Masjid atau Surau melalui pilihan raya adalah haram hukumnya disebabkan kemudaratan yang didatangkan daripadanya lebih banyak daripada kebaikan.
2 Ini bersandarkan sebab bahawa kesan pemilihan cara itu akan mendedahkan seseorang yang "ahli" kepada penafian (daripada dipilih) dan sebagai ganti seseorang yang lebih popular dan dilihat baik pada pada pandangan awam (lawan kepada pandangan si alim) akan menggantikannya.
3 Pilihan Raya sesuai untuk memilih pemimpin negara, negeri atau kepimpinan organisasi di mana populariti turut mengambil tempatnya, tetapi populariti tidak sepatutnya mengambil tempat dalam pemilihan jawatankuasa yang berkaitan dengan agama islam itu sendiri seperti institusi ulama', mufti, kadhi, naib kadhi, imam, bilal, pengerusi dan seluruh AJK masjid atau surau kerana ada pertimbangan lain yang lebih utama untuk diambil kira.
4 Pandangan salah selama hari ini ialah mereka yang cuba membezakan antara pemilihan imam dan bilal dengan pemilihan AJK Masjid atau Surau. Alasan yang selalu kita dengar ialah imam dan bilal berkaitan hukum hakam dalam bacaan dan pelaksanaan ibadat khususiah sedangkan AJK Masjid atau Surau hanya mengurus tadbir organisasi masjid/surau.
5 Sepatutnya AJK Masjid atau Surau itu perlu memiliki kemahiran yang ada pada seseorang imam atau bilal dalam kadar yang mencukupi (jika tidak mampu menyamai atau melebihi imam)kerana merekalah yang paling hampir dengan imam dan bilal serta menilai perlakuan dan bacaan seseorang imam.
6 Sebab itu semasa ketiadaan imam atau bilal merekalah yang akan mengambil alih tempat imam, bukan ditolak kepada orang awam yang lain. Persoalannya di sini bagaimana mereka hendak menggantikan tempat imam dan bilal jika mereka sendiri "jahil" dalam bab agama, terutama yang berkaitan hukum hakam bacaan dan ibadat.
7 Sayugia ditegaskan di sini bahawa lebih khusus sesuatu masalah itu berkaitan kepentingan dan maslahah umat Islam, maka lebih kecillah saiz dan skop pemilihan sehingga sampai pada suatu peringkat "hanya orang yang ahli sahaja memilih yang ahli".
8 Mereka yang dipilih sebagai AJK Masjid atau Surau sekalipun bukan daripada kalangan qari atau 'alim seperti halnya dengan pemilihan imam, sewajarnya turut diambil kira pada dirinya itu ada sifat "warak" yakni seseorang yang menjauhi dosa besar dan sedaya upaya menjauhi dosa kecil.
9 Jika faktor thiqqah atau kebolehpercayaan diambil kira (seperti juga halnya dengan pertimbangan untuk seseorang menjadi perawi hadith) maka seseorang yang dipilih sebagai AJK Masjid atau Surau itu harus mempunyai kelaziman(kebiasaan) menutupi kepalanya ( 'ariu ra's ) dengan suatu kain penutup seperti kain serban, semutar, songkok atau kupiah untuk menjaga darjah kewarakannya. Ya sampai begitu sekali.
10 Tetapi siapakah yang akan mengenali kefaqihan dalam agamanya, kebolehbacaan al-qur'an dan darjah kewarakan seseorang jika orang itu bukan dalam kalangan yang ahli juga. Hanya ahli yang mengenalii ahli dan merekalah yang sepatutnya membuat pemilihan, bukan dibuka kepada umum sekalipun ianya dibuka kepada ahli jemaah yang selalu hadir ke masjid atau surau untuk solat berjemaah.
11 Hadir ke masjid atau ke surau untuk solat berjemaah bukanlah sandaran untuk memutuskan yang seseorang itu tergolong dalam kumpulan yang dikatakan ahli itu sebabnya ahli jemaah itu lebih bersifat 'abid daripada 'alim, soleh daripada warak' dan feqah daripada faqih.
12 Kerajinan seseorang menghadirkan dirinya ke surau atau masjid bukanlah menggambarkan yang dirinya 'alim, faqih dan wara' yang merupakan tiga unsur yang akan mengiktirafnya sebagai ahli.
13 "Ahli" di sini bermaksud mereka yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang berkaitan agama, khususnya dalam hal agama, al-Quran (tartil dan tajwid) dan kewarakan.
14 Atas sebab itu saya menegaskan adalah haram hukumnya (karahah tahrim) membuat pemilihan AJK Masjid termasuk AJK Surau melalui Pilihan Raya sebab bukan semua yang akan memilih itu adalah ahli dalam bidang yang diperlukan dan ditakuti terpilih mereka yang salah sehingga bukan sahaja merosakkan perpaduan ahli jemaah dalam qariah itu, malahan mendedahkan masjid atau surau kepada institusi yang dhirar (merosakkan).
Wallahu'alam
Daripada Ustaz Abd Bashid Bin Harun
Mantan Yang Di-Pertua
Persatuan Guru Ugama Kebangsaan Sabah (PGUKS)


2011/6/11 para_jump101 airborne <air_strike101@yahoo.com>
Pekida itu singkatakan kepada pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah.

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah ada klata laluan dan kod rahsia ke ????


Untuk apa kata laluan dan kod rahsia itu. Itu satau pertubuhan genstar namanya bukan untuk tujuan kebajikan dan dakwah. Kerja-kerja kebajikan dan dakwah tidak memerlukan
urusan secara rahsia. Ia perlu dikendalikan secara terbuka.

maka benarlah PEKIDA ini dikatakan sebagai satu pertubuhan gengster yang majoritinya adalah teerdiri dari ahli-ahli UMNO. Ahli-aahli PEKIDA ini akan mengawal kawasan-kawasan yang ditentukan. Ia dianggotai oleh samseng-samseng yang terdiri dari anak-anak  Melayu yang gagal dalam SPM dan tidak berkerja. Mereka inilah yang kebanyakannya terlibat dengan kegaitan mencuri motosikal, meleraikan dan menjual alat-akat ganti kepada bengkel-bengkel motorsikal.

Namun kegiatan mereka sukar dibanteras disebabkan mendapat perlindungan dari pimpinan UMNO peringkat Bahagian. semasa kempen pilihnraya, ahli-ahli PEKIDA akan ditugaskan sebagai pengawal dan melakukan kekecohan kepada parti-parti yang tidak sehaluan dengan UMNO teerutamanya menggangu dan meengugut jentera pilihanraya PAS. Tetapi mereka tidak berani berhadapan dengan kaum--kaum lain.

Maka kebajikan dan dakwah kepala bapak dia......................  



para_jump101




--- On Sat, 6/11/11, ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆ <fairladyshania@gmail.com> wrote:

From: ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆ <fairladyshania@gmail.com>

Subject: Re: RG2011... Fw: PEKIDA nie kumpulan gangster kaa..
Date: Saturday, June 11, 2011, 12:38 AM


 
Salam,
Macam-macam hal, katanya filem ni membuka kod
PEKIDA, empat perkataan utama mereka abang long,
kak long ayahanda dan abang kawasan yang mana
selkali gus melambangkan seolah-olah PEKIDA sebagai
sebuah kumpulan gengster. Dalam masa tujuh hari kiranya
Yusof Haslam dan David Teoh tidak mohon maaf mereka
akan ambil tindakan....

2011/6/11 newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
apa lagi, pi la bawak geng bawah ni settle masalah ngan cha ya nun alip tu...


On 6/11/2011 2:26 AM, kekupumalam@yahoo.com wrote:
 
Sokong kot kalu kata Samseng Bangsa sendiri. Kita kat sini bertekak diorg bangsa lain memajukan diri. Mcm kes opis aku la. Suma Melayu jd kerani. Sapa Oficer Melayu jd bahan hinaan x berguna tp diorg sesama diorg(cha ya nun alip) bole semeja makan, bertepuk tamparr. Dihadapan kita dia kdg2 cm gaduh kan megata bangsa sdiri tp blakang kita mereka bersatu tau. Hati2 kwn2, rakan saya sudah kena dan berhenti kerja sbb ni la bangsa sdiri jatuhkan bangsa sdiri.. Sy klu citer hal bangsa ni sedih sgt tgk. Xtaulaa..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
Date: Sat, 11 Jun 2011 01:23:20 +0800
Subject: Re: RG2011... Fw: PEKIDA nie kumpulan gangster kaa..

 
bila pengarah2 mai jumpa depa...mcm biasa la brader...panggil sekampung geng depa,open table beb...1 cerita semangkuk tomyam,2 cerita sekor lembu pun bley tombang...ketuk jgn tak ketuk....bangsa sindri kan...kalo tak sindri yg ketuk sapa lagi..kalu orang lain ketuk, siap keris kontot dijulang dicium peh tu..lillek je sarung balik..


On 6/11/2011 12:40 AM, syed azam jamalullil wrote:
 
kumpulan samseng la kot, tapi jenis tak blh pi jauh punya. Samseng kampung dusun mcm cerita p ramlee. Tarak sumber ekonomi punya, hanya berani gertak bangsa sendiri. Tiada mendapat hormat punya. Nak suruh pengarah2 filem rujuk kat mereka la tu.

On Fri, 10 Jun 2011 23:31 CST wrote:

>
>
>PEKIDA nie kumpulan gangster kaa.. yg nak saman David teoh nie..???
>Posted by KedahLaNie
>
>
>
>
>
>PEKIDA SAMAN TOKEY FILEM KONGSI ?
>
>
>Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.
>
>
>Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.
>
>
>"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.
>
>
>"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.
>
>
>Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.
>
>
>Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.
>
>
>"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.
>
>
>"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.
>
>
>Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.
>
>
>"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.
>
>
>"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.
>
>
>Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.
>
>
>Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang. - mStar
>


--





--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.




--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.






--
Sila berkunjung ke...
http://www.hobbykidskiosk.blogspot.com/ pelbagai jenis pakaian untuk bayi dan kanak-kanak.
http://anggunayukiosk.blogspot.com/ pelbagai jenis pakaian wanita
http://serianggunkiosk.blogspot.com/ pelbagai produk penjagaan diri

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment