Saturday, June 18, 2011

Re: RG2011... Minyak petronas yg dibangga-banggakan...

 

Sahabat semua,


Kereta terbakar bukan sebab pakai minyak ini dan itu.. pakai air pun kalau ada tiga bahan asas Fire Triangle terbakar juga..bubuh spray ubat nyamuk kat deskboard pun boleh jadi punca kebakaran.....apa nak heran.

Minyak di uji untuk memastikan ianya menghasilkan produk yang berkualiti , mesra alam iaitu kurang asap maknanya kurang pembakaran karbon (spark plug kena tukar selalu sebab pembakaran tak sempurna juga kalau dah lama), lebih kilometer (kalau ikut highway le dgn kelajuan 90km/j- kalau spending tak jimat juga)  dan lain-lain faktor yang diwar-warkan oleh syarikat minyak. Depa selalu lawan dlm kes promotion ni...


Harap maklum, minyak yg datang ke semenanjung selalunya dari sumber yang sama..... sampai je ke transfer dock di Pasir Gudang, Port Dickson, Westport, Prai, Kota Bahru & Kerteh  depa terus transfer ke Bulk Storage Tank yang dibekalkan oleh syarikat minyak mengikut jumlah order  (selalunya melebihi 100Metric Tonnes). Biasanya Shell & Petronas le yang lebih dari syarikat lain..most popular

Senang cerita, minyak dari kapal yang sama di cabang 5 untuk 5 syarikat minyak. 
Syarikat minyak lah yang mencampurlah sejenis bahan additive untuk meningkatkan prestasi minyak tadi ke tahap maksimum  (ikut suka dia org nak panggil apa, VPower ke, Quantum ke, Primax ke dll). Bahan nilah yang membuatkan minyak petrol kita bertukar sifat hingga boleh dibezakan minyak dari Jenama A atau Jenama B.  Semuanya bergantung mengikut jenis bahan additive tadi dan merupakan bahan termahal dalam carta perprosesan minyak. Berpuluh tahun ujian demi ujian diperlukan sebelum sesuatu bahan additive dapat dihasilkan dan tentulah dicetuskan oleh kumpulan pakar2 dari dalam & luar negara (gaji org ni tak payah bayanglah, susah nak kira).

Kalau minyak diesel, dicampur pulak dgn sejenis perwarna khas supaya dapat penguat kuasa dapat membezakan minyak subsidi atau minyak tanpa subsidi...warna apa. Jadi senanglah depa nak cekup..Warna apa...rahsia..

Rumusanyan, secret resepi nil ah yang memastikan syarikat minyak tersebut terus hidup atau ditelan oleh syarikat lain yang lebih pandai buat additive yang kaw2 punya. Research ni berteruskan selagi ada minyak dan demand didunia dan semua kos lab, staff, promosi , F1 dan banyak lagi, kita lah sama 2 yang tanggung...

Saya sertakan  Processing Chart dari Refinery ke Oil Tanker...saja je nak bagi org tengok2...kalau tak faham pun , tak pe..

Azhar

 

2011/6/17 mohd fauzi ge <ge_9558@yahoo.com.my>
 

oh azhar...
klau takat bertahun2 reseach knapa keta xcident skit dah terbakar..dlu xmcm ni...ni reseach nk kasi kaya petronaas ja..bukan nk selamatkan pengguna



From: "noorazan@gmail.com" <noorazan@gmail.com>Sent: Thursday, 16 June 2011 15:36:42

Subject: Re: RG2011... Minyak petronas yg dibangga-banggakan...

 

Petronas surau bersih....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: "aismt_maintenance" <aismt_maintenance@suga.com.my>
Date: Thu, 16 Jun 2011 11:30:55 +0800
Subject: RE: RG2011... Minyak petronas yg dibangga-banggakan...

 

Assalamualaikum..

Memang betul minyak petronas sikit.. promosi lebih, hasil tak bagus. Paling baik dan banyak minyak esso. Kalau tak caya cubalah.

Caranya gunakan botol. Sukat dan lihat.

 


From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Azhar Abd Rahim
Sent: Wednesday, June 15, 2011 12:33 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Minyak petronas yg dibangga-banggakan...

 

 

Salam,

 

Komen kalian memang menghairankan saya sebagai kontraktor stesen minyak...Lebih tahu dari saya yang dah 18 tahun dalam bidang ni.. cuba buat research dulu, banyak faktor perlu di ambil kira.

 

Azhar

 

 

2011/6/11 ♥*¨*Fairlady Shania♥*¨* <fairladyshania@gmail.com>

 

Salam,

Terima kasih segala maklumat yang diberi,

kita sebagai pengguna ada banyak pilihan

ikut keselesaan apa yang kita rasa terbaik 

kita gunakan, masing-masing tahu dengan

penggunaan dan memahami kenderaan 

masing-masing...

2011/6/10 Roslan Salleh <roslan.salleh@yahoo.com.my>

 

takyah gaduh2 pasal minyak.....pakai jelah apa yg kita suka dn rasa baik.

Saya suka pakai Shell......lebih jauh pergi dgn isian yg sama. Lepas tu Petronas....atau lain2.

 


From: Ezelin Azran <ezelin_azran@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 10 June 2011 17:11:24
Subject: Re: RG2011... Minyak petronas yg dibangga-banggakan...

 

Kalau pengalaman orang lain dakwa minyak petronas sikit, pengalaman saya pula sama sekali berbeza.

 

Bagi saya minyak petronas adalah yang paling efisien dari segi penjimatan minyak berbanding petrol jenama lain dan lagi satu stesen Petronas mudah dicari dan ada di mana2. X perlu pusing2 satu pekan semata2 nak cari stesen minyak kegemaran. Membazir minyak jer.

 

Saya pernah cuba pelbagai jenama petrol di M'sia dari Petronas, Shell, Esso dan Caltex.

Resultnya, minyak Petronas bertahan lebih 1 hari atau 1/2 hari dari jenama lain. Setakat ini Esso paling x menjimatkan. Nombor 2 paling x jimat jatuh pada Shell.

 

Saya guna minyak Petronas bukan semata - mata guna suka guna produk M'sia tapi lebih disebabkan prestasi penjimatannya. Kalau ada yg x setuju terpulang la pd masing nak guna produk mana yang dirasakan lebih bagus tp x perlu berlebih2 nak kondem Petronas sbb msg2 jenama ada kekurangan dan kelebihannya. Buka minda dan berlapang hati sikit terima pendapat lain.

--- On Fri, 10/6/11, Hashim, Fasriana <fasriana_hashim@apl.com> wrote:


From: Hashim, Fasriana <fasriana_hashim@apl.com>
Subject: RG2011... Minyak petronas yg dibangga-banggakan...
To: "idaman_group@yahoogroups.co.uk" <idaman_group@yahoogroups.co.uk>, "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, "TemanHidup@yahoogroups.com" <TemanHidup@yahoogroups.com>
Cc: "mazlan" <mazlan@hytex.com.my>, "safasaaid@yahoo.com" <safasaaid@yahoo.com>
Date: Friday, 10 June, 2011, 12:45 PM

 

 

Sila baca sampai habis dulu....

 

PPIM dakwa pam laju keluarkan sedikit minyak

 

KUANTAN - Jika bil air tinggi disebabkan air yang dipam bersama tekanan udara, demikian juga ketika mengisi minyak di stesen minyak.

 

"Pam dengan perlahan kita dapat banyak minyak. Pam dengan laju, dapat sedikit," demikian dakwa Pengurus Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin.

 

Menurutnya, keadaan itu tidak disedari kebanyakan pengguna kerana mereka tidak peduli kuantiti sebenar minyak yang dipam.

 

Wartawan Kosmo! yang ingin menguji dakwaan Noor Nirwandy itu telah mengisi minyak ke dalam dua botol di dua stesen minyak berasingan dan mendapati kuantitinya berbeza walaupun harga yang dibayar adalah sama.

 

Noor Nirwandy berkata, keadaan tersebut berlaku apabila petrol yang diisi telah bercampur wap semasa dipam.

 

"Ia menjadikan paparan digit pada mesin pam menunjukkan minyak yang dipam adalah satu liter namun kuantitinya sedikit berbeza disebabkan kemasukan bersama udara (wap). Bagaimanapun, kami belum membuat kajian terperinci mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam.

 

Menurut beliau, pihaknya juga kerap menerima aduan dan mengakui perkara tersebut memang berlaku namun hasilnya bergantung kepada cara pengguna mengisi minyak.

 

"Lebih baik isi minyak dengan perlahan bagi mengelak kemasukan udara yang banyak ke dalam tangki kenderaan.

 

"Pengguna juga boleh mengelak kemasukan udara bersama minyak dengan mengisi petrol pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk kerana jumlah wap di dalam tangki petrol bawah tanah adalah lebih rendah berbanding ketika cuaca panas," jelasnya.

 

 

ni pulak antara e-mel yg pernah aku terima..

 

EMEL 1

Sukatan berbeza antara stesen minyak...

Assalamualaikum....

Saya nak tanya la kan ....adakah benar khabar yg saya dengar, bahawa sukatan minyak ni berbeza di antara stesen atau ini adalah satu strategi untuk menjatuhkan stesen minyak yg tertentu???

 

tgk komen kawan2 saya ye...

 

"mengikut ckp lecturer aku (bekas engineer perodua bahagian QC)..ada seorang supplier yg selalu hantar brg kat perodua..supplier ni selalu calibrate meter sukatan stesen2 minyak ni...dia kata minyak petronas paling tak betul suktan dia..mmg tak menepati suktan yg ditetapkan.. kita ni nk banggakan barangan buatan malaysia ...tp macam kena tipu...korang rasa tertipu tak?"

 

EMEL2

" cuba hangpa cari 5 botol air mineral yg sama bentuk dan saiz. lepas tu hangpa p tiap-tiap jenama stesen minyak di malaysia ,petronas, shell, BHP, mobil dan esso. tiap tiap jenama minyak hangpa isi rm1. balik di rumah susun ke semua botol tersebut. hasilnya, botol berisi minyak petronas paling sedikit.paling banyak di esso, yang lain balance. macam mana boleh jadi begitu?? aku dah buat ujikaji ni 3 kali.hasil tetap sama. bila aku isi minyak petronas cepat benor habis?berbanding minyak yang lain. kenapa dan mengapa?? ?? teman pun tak tau nak jawab !!!!!!"

 




--

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No one else can ever make your choices for you. 

Your choices are yours alone. They are as much 

a part of you as every breath you will take, 

every moment of your life.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

You cannot manage your life if you do not manage

your self. You cannot manage your self if you do

not manage your choices. Manage your choices, 

and you will manage your life.

 

 

 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment