Friday, June 10, 2011

Re: RG2011... Minyak petronas yg dibangga-banggakan...

 

erm kalo anda sume perasan lakan.... kat petronas pam dia yg lock untuk isi sendiri tak boleh lock utk isi perlahan.... yg leh lock cuma utk laju jeh... kalo perasan la... sebab lock tu dia sepatutnya ada 3 takuk.... utk perlahan, sederhana dan laju..... jadi kat petronas mmg tak leh lock utk perlahan.... 1 lagi yg biasa ambe perasan... isi minyak petronas kat kete ke kat motor ke la kan... selalunya cepat habis bermakna kurang kilometer dengan isian sama ngan minyak2 jenama lain.... ambe bukan nak memburukkan petronas... tapi itu yg ambe perasan... wallahualam....




Visit My Blogspot...
Sedia Menerima Tempahan T-Shirt..
http://wanmfdesign.blogspot.com

--- On Fri, 10/6/11, Hashim, Fasriana <fasriana_hashim@apl.com> wrote:

From: Hashim, Fasriana <fasriana_hashim@apl.com>
Subject: RG2011... Minyak petronas yg dibangga-banggakan...
To: "idaman_group@yahoogroups.co.uk" <idaman_group@yahoogroups.co.uk>, "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, "TemanHidup@yahoogroups.com" <TemanHidup@yahoogroups.com>
Cc: "mazlan" <mazlan@hytex.com.my>, "safasaaid@yahoo.com" <safasaaid@yahoo.com>
Date: Friday, 10 June, 2011, 12:45 PM

 

 

Sila baca sampai habis dulu....

 

PPIM dakwa pam laju keluarkan sedikit minyak

 

KUANTAN - Jika bil air tinggi disebabkan air yang dipam bersama tekanan udara, demikian juga ketika mengisi minyak di stesen minyak.

 

"Pam dengan perlahan kita dapat banyak minyak. Pam dengan laju, dapat sedikit," demikian dakwa Pengurus Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin.

 

Menurutnya, keadaan itu tidak disedari kebanyakan pengguna kerana mereka tidak peduli kuantiti sebenar minyak yang dipam.

 

Wartawan Kosmo! yang ingin menguji dakwaan Noor Nirwandy itu telah mengisi minyak ke dalam dua botol di dua stesen minyak berasingan dan mendapati kuantitinya berbeza walaupun harga yang dibayar adalah sama.

 

Noor Nirwandy berkata, keadaan tersebut berlaku apabila petrol yang diisi telah bercampur wap semasa dipam.

 

"Ia menjadikan paparan digit pada mesin pam menunjukkan minyak yang dipam adalah satu liter namun kuantitinya sedikit berbeza disebabkan kemasukan bersama udara (wap). Bagaimanapun, kami belum membuat kajian terperinci mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam.

 

Menurut beliau, pihaknya juga kerap menerima aduan dan mengakui perkara tersebut memang berlaku namun hasilnya bergantung kepada cara pengguna mengisi minyak.

 

"Lebih baik isi minyak dengan perlahan bagi mengelak kemasukan udara yang banyak ke dalam tangki kenderaan.

 

"Pengguna juga boleh mengelak kemasukan udara bersama minyak dengan mengisi petrol pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk kerana jumlah wap di dalam tangki petrol bawah tanah adalah lebih rendah berbanding ketika cuaca panas," jelasnya.

 

 

ni pulak antara e-mel yg pernah aku terima..

 

EMEL 1

Sukatan berbeza antara stesen minyak...

Assalamualaikum....

Saya nak tanya la kan ....adakah benar khabar yg saya dengar, bahawa sukatan minyak ni berbeza di antara stesen atau ini adalah satu strategi untuk menjatuhkan stesen minyak yg tertentu???

 

tgk komen kawan2 saya ye...

 

"mengikut ckp lecturer aku (bekas engineer perodua bahagian QC)..ada seorang supplier yg selalu hantar brg kat perodua..supplier ni selalu calibrate meter sukatan stesen2 minyak ni...dia kata minyak petronas paling tak betul suktan dia..mmg tak menepati suktan yg ditetapkan.. kita ni nk banggakan barangan buatan malaysia ...tp macam kena tipu...korang rasa tertipu tak?"

 

EMEL2

" cuba hangpa cari 5 botol air mineral yg sama bentuk dan saiz. lepas tu hangpa p tiap-tiap jenama stesen minyak di malaysia ,petronas, shell, BHP, mobil dan esso. tiap tiap jenama minyak hangpa isi rm1. balik di rumah susun ke semua botol tersebut. hasilnya, botol berisi minyak petronas paling sedikit.paling banyak di esso, yang lain balance. macam mana boleh jadi begitu?? aku dah buat ujikaji ni 3 kali.hasil tetap sama. bila aku isi minyak petronas cepat benor habis?berbanding minyak yang lain. kenapa dan mengapa?? ?? teman pun tak tau nak jawab !!!!!!"

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment