Thursday, June 9, 2011

Re: RG2011... Mohon Pencerahan (Solat Jemaah)

 

wa`alaikumussalaam
 
Pertama perbuatan imam itu hanya batal dengan 2 syarat
1.Dia memang benar-benar telah berdiri
2.Perbuatan duduk kembali itu dilakukan dalam keadaan sengaja dan ia tahu perbuatan itu membatalkan solat.
 
Makmum wajar mengingatkan dengan SubhaanaLLaah selagi imam belum betul-betul berdiri sahaja. Jika imam telah betul-betul berdiri mengingatkan dengan subhaanaLLaah itu tidak berguna lagi.
 
Bagi makmum seeloknya mufaraqoh sahaja imam yang meninggalkan tahiyyat awwal itu
kerana tahiyyat awwal adalah satu perbuatan yang sangat dituntut.
 
Bagi makmum yang telah ikut berdiri mereka tidak boleh ikut imam kembali duduk tahiyyat awwal kerana perbuatan itu akan membatalkan solat mereka dengan 2 syarat diatas.
 
Seandainya mereka tidak tahu hukum atau terlupa perbuatan itu membatalkan solat maka solat mereka tidak batal
Kerana hukum tentang perkara ini adalah termasuk dalam perkara yang tidak difahami hukumnya oleh kebanyakan orang.
 
Moga dapat membantu
 
Tak faham boleh tanya lagi
 
http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/2011/06/kem-anak-soleh-siri-12011.html

--- On Thu, 9/6/11, lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg> wrote:

From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
Subject: RG2011... Mohon Pencerahan (Solat Jemaah)
To: respeks_group@yahoogroups.com, Idaman_Group@yahoogroups.co.uk, PerisikRakyat@yahoogroups.com
Date: Thursday, 9 June, 2011, 6:58 PM



 Asalammualaikum..
 
Mohon penjelasan para yang ustaz/ustazah atau sesiapa yang arif..
 
Situasinya..
 
Kita sembahyang berjemaah, ditakdirkan imam solat terlupa tahyiat awal dan terus berdiri dengan sempurna (bertakbir). Para jemaah ada yagn ikut berdiri dan ada juga yang duduk dan menegur imam "subhhanallah.." maka imam yang tersedar lantas duduk tahyiat semula... (secara hukumnya terbatallah solat imam tersebut). Dalam situasi ini bagaimanakah jemaah yang berdiri meneruskan solatnya dan bagaimana pula solat jemaah yang masih duduk dan menegur imam tersebut? Dikalangan jemaah yang berdiri ada juga yang duduk semula mengikut imam untuk tahyiat awal.
 
Bagaimana pula jika perkara ini berlaku pada tahyiat akhir?


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment