Friday, June 17, 2011

Re: RG2011... Suka rakan sejenis

 

Dia sedang menjerit meminta tolong. Sekiranya yang mendengar rintihannya seorang penjual minyak wangi, berbahagialah dia. Tetapi kalau yang menghampirinya tukang besi, dia akan menjerit lagi.

 


From: zan ally <zanali06@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 14 June 2011 12:55:51
Subject: Re: RG2011... Suka rakan sejenis

 

Saya nasihatkan agar adik jauhkan diri dari kenkawan yang suka pada perbuatan itu, sebab nabi ada bersabda ugama sesorang itu terletak kepada siapa kita berkawan. kalau berkawan dgn penjual minyak wangi maka kita dapat bau wanginya, kalau berkawan tukang besi kita dapat percikan api, kalau berkawan dgn kaki maksiat kita akan terikut2 buat maksiat, berkawan dgn orang alim kita jadi alim, berkawan dgn ulamak kita dapat ilmunya.Berdoalah kepada Allah minta dijauhkan kerja-kerja maksiat itu.


From: "kekupumalam@yahoo.com" <kekupumalam@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 14 June 2011 11:38:53
Subject: Re: RG2011... Suka rakan sejenis

 

Ayoo! Dek bertaubat la. Pastu xpayah jalin hbgn ngan sapa? Jalinkan silaturrahim dgn Allahswt lagi baik. Dan jaga ibu bapa. Dunia da akhir zaman. Jgn myesal esok hari..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


From: PieLan <phoqlae09@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 13 Jun 2011 23:35:21 +0800 (SGT)
To: Kelakar@yahoogroups.com<Kelakar@yahoogroups.com>; respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>; sahabatinteraktif@yahoogroups.com<sahabatinteraktif@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Suka rakan sejenis

 

Seram betul baca pengakuan berani budak ni...patutla dunia mcm2 bala hari ni...


Suka rakan sejenis


sumber : hmetro

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SAYA lelaki berusia 19 tahun dan mempunyai kehidupan bahagia kerana semua permintaan saya dipenuhi keluarga. Namun masalah saya ialah saya mengamalkan hubungan songsang. Saya meminati rakan sejenis.
Hati dan nafsu saya lebih cenderung kepada lelaki. Kadangkala saya seronok dan gembira menjalin hubungan homoseksual.
Bukan saya tiada naluri menyukai perempuan, tetapi pengalaman gagal dalam cinta menyebabkan saya bosan menjalin hubungan cinta dengan wanita.

Bagi saya, wanita hanya ingin memperalatkan saya. Apabila habis mempergunakan saya, mereka tinggalkan saya begitu saja.

Perubahan menjadi gay bermula sejak saya masuk kolej. Di sana ramai teman saya adalah golongan ini. Kadangkala kami melakukan hubungan terlarang ini beramai-ramai.

Disebabkan itu saya ada ramai kenalan gay di laman sosial facebook. Malah, berbekalkan rupa kacak memudahkan saya mendapat ramai teman. Tambahan pula yang tertarik kepada saya juga tampan.

Buat pengetahuan Dang Setia, kini saya ada 12 teman lelaki. Semua teman lelaki saya menjaga saya dengan baik dan setia pada saya. Malah ada kekasih saya mengugut membunuh diri jika saya memutuskan hubungan dengannya.

Saya kini sedar saya terjebak jauh dengan kehidupan songsang ini. Saya rasa lemas bergelumang dengan dosa dan ingin kembali kepada kehidupan lelaki normal.

Namun setiap kali saya cuba berubah, nafsu akan menguasai saya. Saya turut memikirkan ibu bapa dan seksaan akhirat. Bantulah saya kerana saya ingin kembali ke jalan Allah.

MENCARI HIDAYAH
Kuala Lumpur



Terkedu Dang Setia sebaik adik mengutarakan yang adik menjalin hubungan sejenis. Kadangkala Dang Setia terfikir sudahkah pupus perempuan baik sehingga adik sanggup menjalin hubungan dengan lelaki.

Bagi Dang Setia, memang adat orang bercinta ada ketika berasa gembira dan ada masa berduka. Mengapa adik perlu menyimpan dendam sampai begitu rupa?

Dang Sekali sarankan adik renung kembali kepada ajaran Islam yang jelas mengharamkan hubungan sejenis, malah jika adik lihat, haiwan tidak pernah bercengkerama dengan sama jantina. Kesimpulannya, adik meletak kedudukan adik lebih rendah daripada haiwan.

Adik perlu sedar semua ini mainan nafsu dan godaan syaitan. Malah, sejarah homoseksual bermula apabila syaitan datang kepada kaum ini menyerupai seorang pemuda kacak dan mengajak mereka berasmara dengannya. Kemudian penduduk terbabit mengamalnya secara melampau (Ibnu Asakair).

Kemudian amalan ini dibawa ke kawasan masyarakat Kaum Nabi Luth oleh lelaki dari bandar itu dan tersebar bagaikan penyakit berjangkit pantas merebak.

Dengan itu Allah segera menurun bala berupa hujan batu, malah bumi diterbalikkan untuk melaknat kaum Sodom apabila misi dipujuk dan didesak kembali ke jalan Allah oleh Nabi Luth gagal.

Untuk itu, kemudi diri adik kembali ke jalan Allah dan jika adik ingin bertaubat jangan sesekali kembali kepada kehidupan lama.

Tinggalkan rakan adik yang hanyut itu. Jauhi mereka, terutama sekali yang kacak, kerana itu godaan terbesar buat diri adik.

Bila terasa naluri ingin bersama mereka, beristighfar kepada Allah dan carilah kawan baik supaya dapat membimbing adik.

Akhir sekali, jangan segan untuk bertemu pakar terapi supaya adik boleh merawat penyakit ini.

Dengan bantuan pakar, diharap adik berjaya menangani ketagihan adik untuk menjalin hubungan songsang bersama pasangan sejenis.


sumber : hmetro

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment