Tuesday, June 14, 2011

Re: RG2011... TAZKIRAH : Riak syirik paling halus musnahkan amal ibadat

 



Amalan yang dilakukan jika akan dikuti dan dijadikan contoh digalakkan agar dilakukan secara terbuka. Ini jika sipelaku tidak bimbang akan berlaku riyaa`.
 
Antara contohnya ialah perbuatan melakukan infa` untuk dapatkan dana persediaan jihad ke Tabuuk dilakukan secara terbuka.
 
Riyaa` ialah melakukan sesuatu amalan yang sepatutnya kerana Allah tetapi dilakukan dengan niyat kerana lain daripada Allah.
 
Kepada para sahabat ini yang Nabi bimbangi
Sebaliknya syirik jaliyy iaitu yang menyebabkan terkeluar dari Islam tidak Nabi bimbang berlaku kepada para sahabat yang telah didik dengan sempurna oleh Nabi
 
Namun pada hari ini bukan sahaja syirik khafiyy (riyaa`) syirik jaliyy juga begitu mudah berlaku.
 
--- On Tue, 14/6/11, md deris ellylilianna <ellylilianna@yahoo.com> wrote:
From: md deris ellylilianna <ellylilianna@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... TAZKIRAH : Riak syirik paling halus musnahkan amal ibadat
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, 14 June, 2011, 9:52 AM




salam, bagaimana jika di dalam hati kita, terdetik, 'eh, aku nk solat sunat ni, harap2, kalu ada sesapa tgk, dia akan ikut solat sunat skali.' adakah itu di kira riak jugak?

 

From: BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
Sent: Sunday, June 12, 2011 11:58:39
Subject: RG2011... TAZKIRAH : Riak syirik paling halus musnahkan amal ibadat

 

Riak syirik paling halus musnahkan amal ibadat



Assalamualaikum warahmatullah,

Amalan bersedekah adalah jalan bagi mukmin mendekatkan diri serta meningkatkan keimanan kepada Allah. Amalan sedekah membawa kepada keredaan Allah dan menghapuskan dosa.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan apa juga harta yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa juga yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan." (Surah al-Baqarah: 271)

Perlu ditekankan, amalan sedekah yang dilakukan jangan sampai menimbulkan riak kerana perbuatan menunjuk-nunjuk sedekah melambangkan hati yang tidak ikhlas kepada Allah. Ingatlah Allah Maha Mengetahui gerak hati kita.

Islam menegah umatnya berpeluk tubuh dan menjadi penonton terhadap penderitaan orang lain. Menjadi kewajipan orang kaya, pemimpin masyarakat dan negara atau sesiapa saja yang berkemampuan untuk membantu sesama mukmin yang dalam kesusahan.

Jangan sekali-kali mempertikaikan sedekah atau bantuan yang diberikan orang lain kerana sikap membandingkan sedekah yang banyak dengan sedikit adalah bertentangan sama sekali dengan kehendak agama. Perbuatan sebegini secara tidak langsung akan menghapuskan pahala sedekah, malah membawa kepada kemurkaan Allah. Sepatutnya, kita bangga melihat ada saudara kita yang mampu bersedekah dan menjadikan sikap murah hati itu sebagai motivasi untuk kita mengikuti jejak mereka.

Riak adalah pemusnah amal ibadah dan Rasulullah menyamakan riak sebagai syirik paling halus seperti sabda Baginda yang bermaksud: "Yang amat aku takuti ke atas kamu ialah syirik yang paling kecil. Kemudian Baginda ditanya mengenainya dan Baginda mengatakan, itulah riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Oleh itu, usahlah kita berkembang dada penuh bangga kerana paling banyak bersedekah dan membuat kebaikan.

Rasulullah SAW ada berwasiat yang antara lain katanya: "Benarlah khabar gembira kepada umat ini dengan kemuliaan, ketinggian, kemenangan dan darjat di bumi. Maka sesiapa melakukan pekerjaan akhirat demi dunia, dia tidak akan mendapat apa-apa di akhirat." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Buatlah amal kebaikan dan bersama berlumba melakukannya serta menjaga keikhlasan hati supaya perasaan riak tidak dapat menyelinap masuk ke dalam hati.

Renung-renungkan....

Rujukan : Wan Mohd Ruzlan Wan Omar di BHarian 29/11/2010

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment