Saturday, June 18, 2011

Re: [!! SPAM] Re: RG2011... Re:Astora Jabat tanding p'raya Thailand

salam iskandar,
rasanya dulu awk pasti berada di AJ.com dan TT.com...apa nick yg awk guna disana?

saya terpaksa reject semua buah fikiran tomae...ttp sy tetap menghormati dia atas ilmu yg dia ada.
Dia saorang yg senang berbicara,tak kira siapa anda,dia juga bukan senang2 menolak buah pikiran anda,kecuali ada nas yg kukuh-itu yg membuatkan sy kekal di AJ/TT sehingga ia ditutup,bnyk juga yg dapat belajar,dan bnyk juga yg sia2...

kalau tak terlibat dgn politik,sy rasa dia masih lama berada di persada penulis agama di Malaysia,tapi politik ni biasalah..sekali dah terpalit,baunya lama baru hilang.Sy lebih suka malebelkan dia sbg penulis,dia berbeza dgn ahli agama spt DrAsri,ttp bidang pelajaranya dlm ugama membuatkan dia tidak lepas lari dari bercakap ttg agama,dia saorang yg kritis,banyak yg diperkatakan oleh dia sepatutnya dibincang bersama ahli/cendiakiawan dlm ugama,bukan dgn orang awam yg hanya ada asas fardu ain shj. keadaan jadi kucar kacir apb tulisanya masuk dlm utusan dan dibaca segenap lapisan masy. hatta kanak2 dan remaja pun boleh baca-disitulah masalah timbul, contohnya,isu hangat ttg aurat, iaitu beliau membawa pendapat yg mengatakan aurat wanita hanya qubul/dubur shj (jadi dada/rambut/lain2 tidak termasuk), apa jadi pada budak 15 tahun jika baca ini semua?

ada baik/buruk keadaan diatas,pertama,iaitu masy. yg panik mula menggali semula kitab2 agama/bertanya ustaz2 dll,disini pencarian mereka akan membawa kpd pemahaman yg lebih jelas ttg hukum hakam agama-disini juga mereka akan tahu betapa islam itu universal dan global, kedua-masy. jadi rosak,jika terus shj taat dgn pendapat yg berbeza-jika pendapat itu baik tidak mengapa,tapi bagaimana jika ia datang dari ulama yg pesong? banyak hujjah dia disandar kpd ulama dari timur yg mana kita tahu bnyk juga tidak betul pendapat mrk. Sy lebih berat kpd yg ke-2,masy. jadi rosak, berapa kerat manusia dizaman ini yg ada masa utk menggali kitab2 ulama terdahulu? terutamanya yg muda.

wallahu'alam.

On 6/15/2011 8:42 AM, iskandar wrote:
 



Boleh bagi link tak tulisannya dalam arkid utusan yang anda kata menulis berpandukan fikiran sendiri tanpa merujuk ulama?...
tulisan senang sikit ada bukti...pengkritik semua org kritik termasuk dr asri,harunsani,dr.harundin dll tetapi kritikan bukan lesen pula utk org lain menyesatkan mereka....
saya bukan peminat astora,tetapi dulu2 biasa baca artikelnya yg membuka pandangan dalam islam yg penulis agama lain jarang nak sentuh..sebab kita dah selesa satu mazhab dan satu pandangan dari kecil tetapi bila dia tulis pandangan imam2 mazhab yg lain itu membuka minda kita pula mencari sendiri pandangan2 imam2 sunnah yg lain.
jadi kitapun belajar menghormati umat islam mazhab2 sunnah lain tanpa berlagak kata amalan mereka salah amalan kitalah betul.



2011/6/15 mansor shukor <mannys22000@yahoo.com>
 
Terima kasih atas padangan dan komem anda.  Sila rujuk dan ikuti tazkirah dan bahan rujukan dari Ustaz Dr. Zahasan Mohammad. InsyaAllah, akan anda faham maksud ulasan saya. Saya menulis mengikut kefahaman saya dari kuliah Agama yang sy hadiri dan mengikuti siri ceramah dari ustaz-uztaz di Malaysia seperti Ustaz Zahasan, Ustaz Roslan, Ustaz Ahmad Dasuki, dll. Saya serba berkurangan untuk memberi hujah hadis dsbnya. oleh itu saya berguru dgn ustaz-ustaz.  Sila dapatkan cd debat/forum Astora Jabat dengan Dr. Mohd Asri ZainalAbidin dan nilai sendiri. Terdapat banyak komen umum kepada Astora Jabat dan ada yang menegur Astora Jabat untuk berhenti menulis di Al Islam dan utusan.

Sent: Tuesday, June 14, 2011 2:25 AM

Subject: Re: RG2011... Re:Astora Jabat tanding p'raya Thailand

 

Sepanjang pembacaan saya paper utusan(loya?) dan al islam suatu masa dahulu tak pernah saya tenguk astora menulis berpandukan otak dia sendiri,tetapi berpihak atau menyokong pendapat ulama minoroti/majoriti pernahlah tak kiralah ulama dahulu kala atau ulama sekarang....
astora suka membawa pendapat ulama tetapi bukan pendapat sendiri yg jarang kita dengar atau amalkan,sedangkan mungkin biasa di amalkan di benua arab atau negara islam sunni lain,bukankah islam itu sendiri berbagai mazhab,tidak salah kalau memberi fikiran sebagai perbandingan atau menyokong mana2 pandangan mazhab ahlul sunnah wal jamaah walaupun pandangan minoriti,sebagai contoh dari saya...makan siput babi adalah popular oleh penganut islam aliran mazhab maliki di magribi tetapi di msia tidak malah pandang jijik,tetapi kita kena hormat pandangan imam malik kata siput babi halal,tetapi kepada org awan memang akan kata pendapat sesat dan sebagainya.
jadi kalau encik mansur kata astora menulis atau menjawab soalan melalui fikiran berikan beberapa contoh bersama bukti?
tak sokong sapa2 tetapi fakta ini baru bagi saya bahawa astora menulis/debat berdasarkan fikiran sendiri tanpa sandaran islam.
kalau tiada bukti hanya dengar2 atau baca2 sahaja baik taubat dan minta maaf pada tuannya kerana sebar fitnah kepada org ramai.


2011/6/14 azman othman <azmanothman@yahoo.com>
 
em mansur....
post kan lah supaya boleh di kongsi bersama.... 


Azman Othman

--- On Mon, 13/6/11, mansor shukor <mannys22000@yahoo.com> wrote:

From: mansor shukor <mannys22000@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Re:Astora Jabat tanding p'raya Thailand
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Monday, 13 June, 2011, 3:48 PM

 
assalamualaikum
memang betul astora jabat ni bukannya mahir dlm ilmu islam. Sy ada cd video forum di antara Astora Jabat dengan Dr. Mohd Asri Zainalabidin yang di adakan di Dewan Bahasa Pustaka. Forum tersebut di adakan bertujuan untuk menjawab semua persoalan umum terhadap aetikel yang di buat oleh astora jabat dalam majalah Al-Islam dan Utusan. Di dalam Forum tersebut Astora Jabat terang-terang tidak dapat mengeluarkan hadis sahih. Astora Jabat hanya menggunakan akal fikiran di dalam artikel yang di tulis.  Di dalam Forum tersebut, penonton yang hadir memajukan banyak solan yang mana Astora Jabat gagal menjawab dan mengeluarkan nas-nas hadis sohih.  Apabila ditanya oleh Dr. Mohd Asri, Astora Jabat tidak boleh menjawab manakala Dr. Mohd Asri memberi dalil-dalil hadis dan kitab rujukan. Manakala Astora Jabat menjawab mengikut zaman dan fikiran sendiri.  Ramai penonton meminta Astora Jabat berhenti dari menulis artikrel mengenai Islam dalam majalah Al-Islam kerana terdapat banyak penyelewengan.  




From: azmi <aemiesme@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sunday, June 12, 2011 9:23 PM
Subject: Re: RG2011... Re:Astora Jabat tanding p'raya Thailand

 
ada aku dgr dia ni anti hadis
tp x tau la tul ke x...




Regards,





2011/6/12 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
 
dulu wa kerap baca artikel astora jahat ni.. ops astora jabat.. dlm artikel dia dulu, dia kerap bg pandangan agama yg meragukan..
apakah dia ni & sirajuddin abbas org yg sama???
 
 
Rock sokmo.. (jom join wa kat mahligai@yahoogroups.com)



From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Sent: Sun, June 12, 2011 9:37:06 AM
Subject: [chainz_of_frenz] Astora Jabat tanding p'raya Thailand

 
[Picture+025.jpg]
Bekas penulis kontroversi Utusan Malaysia Astora Jabat akan bertanding dalam pilihan raya Thailand atas tiket Parti Harapan Baru (NAP) yang dinaungi bekas perdana menteri Jeneral Chavalit Yongchaiyud pada 3 Julai ini.

Astora akan bertanding di parlimen Ruso/Jabat, Si Sakhon, Yingor dan Bachok - empat kawasan majoriti Melayu-Islam dalam Wilayah Narathiwat, di Selatan Thai.

"Saya diberi tawaran oleh Jeneral Chavalit kerana melihat jasa saya dalam bidang kewartawanan dan menolong bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

"Beliau (Chavalit) kata kepada saya, kalau awak tolong (orang) di Malaysia, kenapa tidak boleh tolong (orang) di sini," kata Astora ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Astora - bekas ketua pengarang agama Utusan dan Al-Islam - berkata menghadapi persaingan enam penjuru dengan tiga daripadanya dijangka memberi tentangan sengit.

Ditanya peluangnya untuk memenangi kerusi tersebut, Astora berkata beliau "tidak takut dan tidak bermasalah" kerana mendapat sokongan meluas di Ruso dan kawasan sekitar dalam wilayah tersebut.

"Saya ada sekolah sendiri, sekolah untuk orang Melayu... Saya mempunyai ramai ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat di Ruso," katanya.

Lebih 40 parti akan turut serta dalam pilihan raya Thailand kali ini. Parti Pheu yang dianggotai Yingluck Shinawatra - adik bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra turut mencuba nasib.

Sementara itu, ditanya mengenai situasi politik di Selatan negara itu, Astora berkata rata-ratanya penduduk masih dalam ketakutan dan terancam keselamatannya ekoran sering berlakunya kejadian tembak.

Astora bertanding Pilihan Raya Umum Thailand

KOTA BHARU 6 Jun - Bekas wartawan Utusan Malaysia, Asae Toramae atau nama penanya, Astora Jabat (gambar) mengesahkan bertanding pada Pilihan Raya Umum Thailand atas tiket Parti Harapan Baru (NAP) yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Jeneral Chawalit Yongchaiyud.


Astora yang berkhidmat dengan Kumpulan Utusan sehingga 2007 dan pernah menjadi Pengarang Agama Utusan Malaysia dan majalah Al-Islam akan bertanding di Parlimen Ruso/Jabat iaitu kawasan majoriti Melayu-Islam dalam Wilayah Narathiwat di selatan Thailand.

Beliau yang berasal dari kawasan Parlimen itu berkata, keputusannya untuk bertanding pada pilihan raya tersebut dibuat selepas bertemu dengan Chawalit di Bangkok baru-baru ini.

"Saya diberi tawaran oleh Chawalit untuk bertanding. Beliau menjemput saya, beliau mencari saya sudah lama kerana tahu pengalaman saya di luar negara dan tempatan memang banyak. Beliau panggil saya ke Bangkok, saya bertemu dengannya dan terus mengisi borang menjadi ahli NAP dan borang pencalonan untuk bertanding di kawasan empat iaitu Narathiwat.

"Masyarakat Islam di selatan Thailand tiada tempat bergantung, kalau tiada tempat untuk menumpang orang Melayu di sini, susah untuk menempuh kehidupan. Pengalaman yang saya miliki di luar negara terutama ketika berada di Utusan Malaysia akan membantu saya untuk menyelesaikan masalah di sini," katanya ketika dihubungi akhbar ini hari ini.

Bekas wartawan itu dijangka menghadapi persaingan enam penjuru dengan tiga daripadanya dijangka memberi tentangan sengit pada Pilihan Raya Umum Thailand yang akan diadakan pada 3 Julai ini.

Astora berkata, keputusannya untuk menyertai pilihan raya tersebut adalah langkah pertamanya untuk menyertai politik bagi membela nasib penduduk di kawasan tersebut.

"Ini adalah persiapan saya kerana kerajaan yang akan ditubuhkan di negara ini (Thailand) tidak akan bertahan lama, paling lama dua tahun dan akan ada pilihan raya baru. Sekarang adalah persiapan awal untuk sertai pilihan raya akan datang, pilihan raya sekarang adalah untuk memperkenalkan diri kepada rakyat kerana saya masih baru dalam bidang ini," katanya.

Beliau bagaimanapun percaya masih berpeluang untuk mencipta kejutan pada pilihan raya tersebut kerana pengalaman dan ilmu yang dimilikinya boleh membantu masyarakat di wilayah tersebut.

"Saya mempunyai peluang di situ (Narathiwat) sebab ada orang yang sukakan ilmu, intelektual dan pengalaman. Saya ada sekolah sendiri, kelas fardu ain dan bahasa Melayu untuk anak-anak yang belajar di sekolah Thailand dan mengaji kitab untuk orang dewasa selain mempunyai kaum keluarga yang ramai di sini," katanya yang menyertai debat dengan tujuh calon pilihan raya di sebuah universiti di Yala kelmarin.

Pengarah Pilihan Raya Narathiwat, Muhammad Ismail ketika dihubungi telah mengesahkan menerima borang pencalonan daripada Astora.










--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment