Tuesday, June 14, 2011

RG2011... artikel: ASTORA JABAT PENDUSTA AGAMA (Pt 1)

 

Bagi pembaca yang mahir tentang perundangan Islam sudah tentu akan dapat mengesan titik-titik yang menyerlahkan pendustaan Astora Jabat atas nama Islam. Namun bagi pembaca biasa yang tidak berkecimpung dalam pengajian syari‟ah Islamiyyah secaratal aqqi sudah tentu terpegun dengan 'kehebatan' Astora mengulas pandangannya dengan sebegitu 'detail', terpaku dengan 'kealiman' Astora –yang dapat mengalahkan tokoh-tokoh lain yang dikenali sebagai ulama selama ini- dalam membicarakan isu-isu agama masa kini disertakan rujukan-rujukan yang  muktabar dan tak boleh dicabar oleh ulama 'kecilan' yang lain.

 

Di bawah ini disenaraikan antara contoh-contoh pendustaan atas nama agama (Islam tentunya):

 

1)            Mengada-adakan ayat al-Quran.

Astora telah menterjemahkan ayat 10 Surah al-Nur sebagai, "Oleh yang demikian Rasulullah s.a.w. pun hilanglah keresahan selepas mendapati al-Quran diturunkan khusus untuk menyelesaikan musibah yang menimpa sahabat yang dipercayai oleh baginda merupakan orang yang baik lagi bercakap benar itu" (Zina: Saksi boleh bersumpah, Mingguan Malaysia, 29 Ogos, 1999)

 

Ayat yang membawa terjemahan sedemikian sebenarnya tidak wujud dalam al-Quran bahkan
direka-reka oleh Astora sendiri dan mengadakan apa yang tidak ada dalam al-Quran.
Terjemahan sebenar ayat 10 tersebut ialah, "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa AllahMaha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan mengalami kesusahanyang sukar diatasi), (lihat Tafsir Pimpinan Ar-Rahman) iaitu yang diletakkan oleh Astora sebagai terjemahan bagi ayat 9.

 

Penulis cuba untuk berbaik sangka dengan Astora, dengan mengandaikan ianya adalah
kesalahan yang tidak disengajakan. Tetapi sesuatu andaian perlu juga kepada satu sandaran
kukuh, kerana hal ini bukannya mainan. Tiada sandaran kukuh di sini bagi andaian untuk
berbaik sangka tadi. Bahkan penulis dapat mengesan sebab mengapa Astora mengadakan
terjemahan ayat 10 itu sedemikian, iaitu kerana dalam kolum sama minggu yang sebelumnya (Mingguan Malaysia, 22 Ogos 1999) Astora telah mereka cerita kononnya "Rasulullah amat tidak senang dengan kejadian itu (Hilal menuduh isterinya berzina) dan baginda sangat marah, pada hal yang membawa berita adalah seorang saksi sahaja…" Dari mana riwayat ini dibawa Astora?

 

Riwayat yang masyhur ialah apabila Hilal mengadu kepada Nabi s.a.w. bahawa isterinya berzina dengan seorang lelaki bernama Sharik bin Sahma‟ (bukannya Samha‟ seperti ditulis Astora secara tidak teliti), Nabi s.a.w. mengarahkan Hilal membawa bukti (empat saksi), kalau tidak hukumhad (80 sebatan) atas belakangnya. Ini kerana ketikaitu ayatli ‟an (6– 10 Surah al-Nur) belum diwahyukan kepada Nabi s.a.w., maka hukumnyaadalah berdasarkan ayatqazaf (al-Nur: 4 dan 5). Atas munajat Hilal kepada Allah keranakebenarannya, maka turunlah ayatli ‟an dan selamatlah Hilal daripada hukum had al-qazaf 80 sebatan dengan melaksanakan perintah ayatli ‟an yang baru diturunkan itu. Lihat Sahih Muslim (Imam Muslim), Naylul Awtor(al -Shawkani, Babul Li‟an).

 

Maka tidak disebut pun tentang keresahan dan kemarahan Nabi s.a.w. dalam riwayat yang
masyhur itu. Astora telah mereka-reka cerita dan di atas cerita rekaan itu beliau binakan pula
terjemahan palsu ayat 10 Surah al-Nur itu. Sebenarnya perbuatan menokok tambah ayat yang
tidak wujud dalam al-Quran pun boleh mengeluarkan seseorang dari batas iman, jika
dilakukan dengan sengaja. Jika demikian, perbuatan Astora ini juga boleh dimasukkan
sebagai tambahan bukti dakwaan penulis dalam artikel yang bertajuk Astora Melakukan Perkara Merosakkan Aqidah

 

 
 

Rock sokmo..

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment