Tuesday, June 14, 2011

RG2011... artikel: ASTORA JABAT PENDUSTA AGAMA (Pt 2)

 

2)      Mengatakan rakaman gambar dan video boleh dijadikan qarinah atau baiyyinah.

 

Qarinah atau baiyyinah ialah seperti seorang wanita yang hamil sedangkan dia tidak ada suami. Pada zaman moden ini pula qarinah atau baiyyinah ialah rakaman gambar dan rakaman video, boleh dijadikan bukti. Bagaimanapun, sesetengah ulama menolak qarinah atau baiyyinah ini boleh dijadikan bukti sabit perzinaan", tulis Astora Jabat dalam Bicara Agama bertajuk Hukuman zina zaman Rasulullah (Mingguan Malaysia, 22 Ogos 1999).

 

Ulama mana yang mengatakan rakaman gambar dan video diterima dalam kehakiman Islam sebagai bukti? Ini adalah satu lagi pendustaan Astora atas nama Islam, mungkin kerana jahil. Sebenarnya qarinah berbeza dengan bayyinah. Bayyinah ialah bukti, dan bukti itu adalah saksi (orang Islam yang adil) pada pendapatjumhu r (majoriti) ulama. Manakala pada pendapat Ibn Taimiyyah dan Ibnul Qayyim, ia dikatakan "lebih umum daripada saksi, iaitu segala apa yang menerangkan kebenaran dan menyerlahkannya". (al-Turuq al-Hukmiyyah,Ibn Qayyim al-Jawziyyah, m/s: 14; al-Nizam al-Qadha‟i fi al-Fiqh al-Islami–kitab pengajian Fakulti Syari‟ah Tahun 4 Univ. al-Azhar, Dr. Muhd. Ra‟fat „Uthman, m/s: 306)

 

Manakala qarinah pula ialah "amarah (isyarat) dan„alamah (tanda) yang zahir lagi jelas mengiringi sesuatu yang kabur, lalu menyerlahkannya", seperti ditakrifkan oleh Syaikh Mustafa al-Zarqa dan Dr. Wahbah al-Zuhayli. Dalam kitab Majallah al-Ahkam al-„Adliyyah (kanun rujukan perundangan Islam Kerajaan Turki „Uthmaniyyah) pula ia disebut sebagai "tanda yang sampai ke tahap yakin" (ibid,Dr. Muhd. Ra‟fat „Uthman).

 

Perlu diberi perhatian bahawa dalam perundang Islam terdapat sepuluh cara pensabitan hukuman secara teratur. Rujuklah kitab-kitab yang tersebut di atas untuk maklumat lanjut.Bayyinah ialah persaksian orang Islam yang adil dengan syarat-syaratnya yang ketat manakala qarinah (tanda dan isyarat) pula ialah yang qati‟ah (sampai ke tahap yakin) sahaja yang boleh diterima pakai. Adakah rakaman gambar atau video termasuk dalam qarinah qati‟ah? Jawabnya tidak, kerana dalam rakaman gambar dan video terdapat banyaksyubhah (keraguan munasabah) di mana gambar foto dan visual boleh dibuat-buat melalui teknik super impose (tindihan atau sambungan gambar) seperti yang pernah berlaku kepada beberapa artis di negara kita telah digambarkan sebagai melakonkan aksi lucah yang sebenarnya–menurut kata mereka- tidak mereka lakukan Tidak perlu dihairankan tentang hal ini di zaman teknologi ini. Filem-filem di Amerika dibikin tanpa para pelakonnya melakonkan semua aksi, cukup dengan teknik animasi digital dan perkomputeran canggih seperti pembikinan filem Twister, Titanic, Jurassic Park, Men In Black dan lain-lain lagi.


Apabila terdapat sesuatu syubhah, maka tuduhan tidak boleh disabitkan, apatah lagi yang melibatkan hukum hudud. Namun, untuk mengenakan hukuman lebih rendah daripada hudud (iaituta‟zir), terpulanglah kepada kebijaksanaan hakim jika ada sebarangqarinah lain atau prima facie yang sekunder. Kita mengatakan ini (boleh dikenakan ta‟zir) kerana kita lihat pada hari ini ramai pula artis (99 peratus daripadanya adalah wanita) terutama yang tidak berapa laris di pasaran seni tanah air, beraksi lucah dan bergambar bogel tanpa seurat benang pun dalam laman-laman internet. Ini terjadi mungkin kerana, apabila terdapat seorang pakar komputer telah menunjukkan bagaimana membuat video dan photo berdasarkan teknik super impose, maka perkara ini dikhuatiri dijadikan batu loncatan sebagai alasan mereka bergambar bogel.

 

Mereka tidak bimbangkan tindakan undang-undang kerana mereka boleh berkata yang mereka dikhianati
oleh orang yang dengki dengan mereka dengan mencipta gambar melalui super impose. Cuma alasan itu boleh dipersoalkan; kenapa mereka sebilangan itu sahaja yang dikhianati, sedangkan artis-artis yang lebih popular tidak disabotaj pun? Kenapa kebanyakannya (99%) adalah artis wanita, tidak artis lelaki? Kenapa artis wanita sahaja yang dikhianati, didengki dan disabotaj? Pihak berkuasa mesti menyiasat sedalam-dalamnya tentang penglibatan artis kita dalam „industri‟ gambar bogel ini, kerana ada andaian atauqari nah yang agak kuat bahawa mereka ini benar-benar melakukannya, bukannya gambar orang lain yang disuper imposekan.

 

Berbalik kepada persoalan tadi, apakah sama antara qarinah qati‟ah wanita mengandung tanpa suami–yang merupakan isyarat pasti dan yakin bahawa dia telah berzina, dengan mengetepikan dulu soal dia rela atau dipaksa- denganqari nah gambar dan rakaman video?

Apakah boleh disamakan untuk proses pensabitan hukum hudud? Sudah pasti tidak sama dan dakwaan mengatakannya sama adalah satu percubaan untuk mendustakan agama Allah.


 
 

Rock sokmo.. (jom join wa kat mahligai@yahoogroups.com)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment