Saturday, June 11, 2011

RG2011... ARTIKEL : Hati-hati berkata ‘jangan’ kepada anak

 

Hati-hati berkata 'jangan' kepada anak



"Ana, jangan panjat tangga, nanti jatuh!"

Pekikan sebegini selalu kedengaran di rumah atau di mana saja. Asal sahaja ada perkara baru yang hendak dilakukan oleh anak, kita cepat menggunakan perkataan keramat 'jangan', 'sibuk je', 'jangan banyak tanya' ataupun yang seangkatan dengannya.

Itulah ibu bapa prihatin namanya, ingin menjaga anak supaya tidak sakit, atau terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini kepadanya. Tetapi dalam tidak sedar, sikap kita yang teralu proaktif boleh mengganggu perkembangan sosial seseorang anak dan membuatkannya hilang kepercayaan kepada diri sendiri. Bagaimana ia berlaku?

Anak kecil yang baru menjengah dunia, tidak tahu apa-apa dan mula belajar daripada model pertama yang dilihatnya di rumah, iaitu kita, ibu dan bapanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Setiap bayi yang dilahirkan berada di dalam keadaan fitrah, ibu bapalah yang mencorakkannya untuk menjadi Majusi, Nasrani ataupun Yahudi."

Fitrah yang dimaksudkan oleh baginda Rasulullah ialah agama Islam yang berkeadaan firtah. Firtah bermaksud suci bersih iaitu positif dan berada pada tahap kuasa yang maksimum, buktinya firman Allah SWT yang bermaksud,"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baik kejadian." (QS at-Tiin 95:4)

Jadi sebagai hamba Allah yang suci, bersih dan berada pada kuasa yang paling maksimum, tidak ada keraguan dalam kamus hidupnya dan keyakinan seratus peratus hanya pada Allah SWT.

Itulah asalnya diri manusia. Inilah anak kita yang masih sangat dekat dengan fitrah manusia. Ðia berani dan tiada keraguan serta sentiasa positif. Sifat-sifat ini jika dipandu dengan baik oleh ibu bapa, sangat membantu untuk tumbesarannya. Apabila usia anak tiga hingga enam tahun, anak kita sedang mula belajar melakukan semuanya sendiri, daripada mengayuh basikal, melukis, mewarna, menulis, makan dan sebagainya, semuanya hendak dibuat sendiri. Pada ketika itu, sokongan daripada ibu bapa akan menerbitkan rasa seronok dalam diri anak dan memberi keyakinan kepadanya untuk terus mencuba perkara baru.

Rasa tidak dihargai

Sebaliknya, jika anak sentiasa menerima kritikan dan dimarahi setiap kali dia melakukan kesalahan, dia akan merasa tidak dihargai, rasa bersalah dan kurang keyakinan diri. Keadaan ini akan mengganggu kehidupan sosialnya. Ibu bapa yang terlampau mengawal pergerakan anak-anak mereka dan banyak melarang daripada memberi galakan serta menagih sepenuh ketaatan daripada anak, tanpa sebarang persoalan (autohitarian parents) akan membentuk peribadi anak yang selalu moody, pendiam, menghadapi masalah untuk berkomunikasi, pemalu, introvert dan sukar mempercayai. Keadaan ini menyukarkannya untuk berinteraksi dengan orang lain.

Ibu bapa yang baik akan sentiasa memberi galakan kepada anaknya untuk melakukan perkara baru. Ðalam masa yang sama, masih meletakkan garis panduan dan tidak terlalu mengawal tindakan anaknya. Mereka mendengar pendapat anak dan menerangkan pendapat tersebut baik atau tidak untuk diri anak. Ðan yang paling penting, mereka berjaya memperlihatkan dengan jelas bahawa akhirnya keputusan akan dibuat oleh mereka selepas mengambil kira pendapat anak (authoritative parents).

Akhirnya, perkataan yang digunakan akan menggambarkan perasaan yang diluahkan. Jadi, walaupun masih kecil, anak-anak kita sangat faham dengan bahasa dan perkataan yang digunakan oleh ibu bapa mereka. Anak yang sentiasa diberi sokongan dan kasih sayang, di samping diberi teguran yang membina akan tumbuh sebagai individu yang baik. Cara menegur anak yang efektif ialah dengan mengambil kira karakter anak tersebut.

Jika dia merupakan seorang yang periang dan sentiasa ceria, teguran yang perlu diberikan ialah dengan cara pujukan, kerana anak-anak ini sangat memahami dan gemar dipujuk dan dibelai.

Manakala jika anak yang agresif dan sangat aktif, teguran yang boleh dilakukan ialah dengan sentuhan. Sentuh dan belai anak ini dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah kata-kata yang tepat dan jelas supaya mereka faham teguran yang hendak dilakukan.

Anak yang pemalu perlukan cabaran dan untuk anak yang pasif, teguran yang mujarab ialah dengan mengajak mereka berbincang dan rasionalkan meraka dengan fakta.

Insya Allah, semoga sedikit tips ini membantu kita untuk sama-sama membesarkan anak dengan berjaya dan menjadi ibu bapa yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Sumber : Nurul Asiah Fasehah Muhammad, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia di MW#1423


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment