Saturday, June 18, 2011

RG2011... 'Bencana alam' mula mengintai Malaysia

 

'Bencana alam' mula mengintai Malaysia


Assalamualaikum WBT,

Biasanya pemandangan diatas hanya kelihatan di Amerika Syarikat. Namun gambar tersebut di rakam di Air Papan, Mersing, Johor, MALAYSIA.

Ya.. di Malaysia.

Sedikit demi sedikit Allah beri amaran pada kita di Malaysia ni bahawa jangan sangka kita lepas bebas dari apa yang orang suka sebut 'bencana alam'. Tapi tidakkah kita sedar bahawa setiap apa yang berlaku atas muka bumi ni adalah dengan perintah Allah.

Tidak bergerak walau sebutir pasir dilautan dalam tanpa izin dari Allah SWT. Jangan kita tanya mengapa 'bencana alam' ini sudah mula nampak di Malaysia, tapi tanyalah apa yang kita telah lakukan sehingga 'bencana alam' tersebut mengintai Malaysia.

Kita perlu rasa bersyukur kerana Allah SWT hanya memberi amaran-amaran kecil untuk kita kembali menuruti segala perintahNya dan meninggalkan seluruh tegahanNya dengan mengikuti cara yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Maka, marilah kita kembali untuk rapatkan saf dan bersatu padu agar seluruh perintah Allah serta sunnah Rasulullah SAW dapat hidup subur di bumi Malaysia.
 
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment