Sunday, June 12, 2011

RG2011... ~~~Ganjaran Istimewa Dari Amal Kebaikan~~~

image.png

Nabi s.a.w bersabda: 
"Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: 
dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain 
dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha 
mengerjakan   amal  bakti  kepada  Tuhan kamu,  kerana  sesungguhnya  pendapatan-
pendapatan  yang  sedikit serta mencukupi  keperluan hidup  di dunia adalah lebih baik 
daripada  pendapatan-pendapatan  yang  banyak serta  melalaikan  bekalan  akhirat; 
dan tidak masuk  matahari  melainkan  ada  di kiri  kanannya  dua  Malaikat  yang men-
yerukannya seruan yang  didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia 
dan jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang 
yang  mencurahkan  nikmat-nikmat  yang  dikurniakan  kepadanya  pada  jalan  yang 
diredhai  Allah, dan  timpakanlah  kerugian  yang  besar ke atas  orang yang menahan 
nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah."
(Abu ad-Dardaa' r.a)

Pengajaran hadith: 
i) Dalam menghadapi kehidupan dunia manusia mestilah berwaspada, jangan mudah terpedaya 
dengan perkara yang melalaikan diri daripada berusaha mengerjakan amal kebaikan lebih-lebih 
lagi perkara yang berhubung dengan harta benda dan cara membelanjakannya. 
Ii) Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari terdapat dua malaikat 
yang menyeru manusia supaya:
a) Mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang untuk mencapai keredhaan 
Allah.
B) Mengambil ingatan bahawa pendapatan seharian yang diperoleh meskipun sedikit tapi 
mencukupi keperluan hidup di dunia yang meliputi harta benda dan nikmat-nikmat yang lain 
sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak tetapi melalaikan manusia itu 
daripada mengerjakan amal ibadat dan kebajikan sebagai bekal untuk mencapai kebahagiaan 
yang kekal di akhirat kelak. 
iii) Sesungguhnya manusia yang membelanjakan harta benda, ilmu pengetahuan dan tenaganya 
di jalan Allah akan sentiasa didoakan oleh malaikat semoga Allah memberikan balasan yang 
berganda-ganda untuk dirinya, sebaliknya bagi yang bakhil, didoakan agar ditimpa kerugian 
yang besar.

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

090416-greatday.gif picture by Bia_kiran_2009

No comments:

Post a Comment