Saturday, June 18, 2011

RG2011... MENGAPA PILIHANRAYA TIDAK WAJAR DI ADAKAN DI MASJID

 

Sumber: Fitrah Islami Online


Sistem pilihanraya berdemokrasi yang di amalkan di merata dunia hari ini adalah sistem ideologi sekular barat yang pada hukum asalnya adalah bertentangan dengan ajaran dari langit - Islam.Ramai orang agama lebih lebih lagi yang berkecimpung dalam arena politik terpengaruh dan diheret dalam pemikiran sistem sekular sedang kita sering mendengar mereka sendiri menjerit dan melaungkan bahawa sistem sekular adalah taghut.

Berdasarkan kenyataan saya di atas, bahawa ideologi pilihanraya bukan berasal dari Islam, maka ideologi ini memang tidak wajar di bawa ke masjid lebih lebih lagi isinya penuh dengan elemen elemen kotor.Elemen kotor yang saya maksudkan adalah saperti umpat mengumpat, fitnah memfitnah, lobi melobi,jatuh menjatuhkan,caci mencaci,maki memaki, menghalalkan cara dan bermacam macam lagi kekotoran yang biasa kita dengar dan lihat dimainkan di mana mana pilihanraya sama dalam sesebuah parti politik, persatuan dan negara.Hakikatnya elemen elemen kotor ini tidak akan mendatangkan apa apa faedah dan kebaikan kepada umat Islam di qariah qariah masjid melainkan memecah belahkan ukhwah Islamiah.Sedangkan di antara salah satu fungsi masjid adalah tempat menyatu padukan ummah.

Mereka yang setuju dengan sistem pilihanraya di masjid beralasan dengan alasan terkenal mereka yaitu politik tidak boleh di pisahkan dari Islam kerana politik adalah sebahagian dari Islam.Maka siapa tolak pilihanraya (politik) di masjid dia tolak Islam.Adakah setiap apa yang di halalkan dalam politik ideologi barat di halalkan Islam? 

Jika pilihanraya di adakan adakah mereka boleh menjamin setiap yang terlibat boleh menjalankan nya dengan bersih?  Bagi saya tidak mungkin, sistem sekular yang bukan Islamik hanya akan mencemarkan pentadbiran,syiar dan aura masjid.Akhirnya masjid akan jadi macam kek yang di masak bercampurkan wain (arak) dalam adunannya.Kelihatan pada rupanya cantik, enak dan tahan lama tetapi hakikatnya ia bernajis (tidak halal) di makan.
 
Persoalan - kalau kita nak ikut politik, politik yang bagaimana? Adakah politik yang di bawa Rasulullah atau politik kotor sekular barat yang sedang mereka amalkan itu?

Wallahu'alam.


Salaam & Regards

Amri el Wahab

 

(Visit my Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com; http://fitrahislami.wordpress.com;Welcome to my Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment