Thursday, June 2, 2011

RG2011... Re: Fw: Koma & Buta Kerana Disimbah Asid

 


Telah banyak kita dengar tentang kejadian jenayah simbah asid yang berlaku di beberapa tempat di negara ini. Banyak pihak telah teraniaya. Kita juga telah dimomokkan dengan berita kononnya pihak berkuasa telah berjaya mengenal pasti identiti penjenayah. Persoalannya kini, mengapa sehingga ke hari ini pihak yang bertanggungjawab masih gagal menangkap penjenayah tersebut? Adakah hal ini disebabkan oleh kelemahan pihak berkenaan atau kerana mereka terlalu sibuk menyelesaikan "urusan lain" sehingga mengenepikan kepentingan orang ramai?

--- In respeks_group@yahoogroups.com, Lady Anis <ladyanis@...> wrote:
>
> kejamnya. Allah saja yg membalas kekejaman mereka.
>
>
> ________________________________
> From:
> To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
> Sent: Thursday, June 2, 2011 11:50 PM
> Subject: RG2011... Fw: Koma & Buta Kerana Disimbah Asid
>
>
>  
>
>
> Koma & Buta Kerana Disimbah Asid
> Posted by greenboc
>  
> Johor Bahru:
> “Mereka yang melakukan ini dayus. Akibatnya suami saya bukan saja melecur hampir
> keseluruhan muka dan badan hingga ke paras pinggang, malah cacat penglihatan
> seumur hidup,” kata isteri kepada mangsa simbahan asid, Zaiton Aris, 50,
> semalam.
>
> Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, akibat perbuatan itu
> suaminya, seorang pemandu teksi, Khairul Zaman Jaiman, 47, bertarung nyawa di
> Wad Rawatan Kebakaran di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.
>
> Menceritakan insiden menyayatkan hati itu, Zaiton berkata,
> kejadian pada jam kira-kira 12 tengah hari, 5 Mei lalu apabila teksi suaminya
> ditahan dua lelaki menaiki Proton Saga warna putih di Jalan Sena di Taman
> Rinting, di sini, iaitu satu kilometer dari kediaman mereka.
>
> “Saya
> difahamkan, dia memberhentikan kenderaan apabila dua lelaki mahu bertanya arah.
> Apabila suami menurunkan cermin kenderaan, seorang daripada mereka menyimbah
> asid ke muka suami.
>
> “Suami meraung kesakitan sambil meminta tolong
> sebelum orang awam yang berada di lokasi menyiram air dan menghantarnya ke
> hospital,” katanya. -hm
>

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment