Monday, June 13, 2011

RG2011... RENUNGAN: MENGAPA SESAMA ISLAM PUN TIDAK BOLEH BERSATU?

 

Dari laman blog Fitrah Islami Online


Individu atau sekelompok manusia dalam sesebuah masyarakat tidak boleh hidup bersendirian.Kita perlu di antara satu sama lain, sandar menyandar, lengkap melengkap dan tolong menolong.Namun begitu, sikap masyarakat kita khususnya masyarakat Islam selalu nya tidak menuju kearah itu dan payah untuk bersatu.


Saya tidak hairan apabila  melihat  masyarakat Islam di negara kita tidak boleh bersatu.(Berdasarkan pemerhatian saya kepada jemaah orang Islam yg terbesar di Malaysia iaitu jemaah atau parti PAS dan UMNO). 


Mengapa begitu? Ini adalah angkara nafsu.Nafsu lah punca kita tidak boleh bersatu.Sifat nafsu itu sangat jahat lebih lebih lagi ia pula di dorong oleh syaitan yang sentiasa melaga lagakan kita supaya berpecah dan bermusuh musuh di antara satu sama lain.Di antara kejahatan nafsu ialah bersifat tamak dan mementingkan diri.


Ulama pun terjebak.Pemimpin lagi lah.Mereka sendiri tidak boleh berpadu dan bersatu.Apatah lagi kita orang awam.


Nafsu- semua dia hendak.Yang halal pun dia hendak.Yang haram pun dia hendak.Apabila di ikutkan kehendaknya, tidak kira lah, demi untuk mendapatkan nya dia tidak kira.Perah tenaga orang, aibkan orang,fitnah orang, umpat orang, kata orang,burukkan orang, menindas, menipu, rasuah dan lain lain.Begitulah apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita , terutama dalam masyarakat orang politik.


Di dalam satu keluarga, satu harakah, satu parti, satu kaum atau satu bangsa, ada jatuh menjatuhkan dan khianat mengkhianati.Pada zahir nya pemimpin mereka nampak berjaya menyatukan ahli ahli nya tetapi pada hakikatnya mereka gagal menyatukan hati mereka. Lahir nya mereka bersatu tetapi hati mereka tidak pernah bersatu.


Di dalam bersatu bersenget hati.

Di dalam tolong menolong ada kepentingan diri.
Di dalam gotong royong ada pengkhianatan.
Di dalam perkongsian ada penipuan.


Semuanya ini adalah angkara NAFSU!



Iktibar :Adakah Allah sudah pindakan sifat perpaduan dan kasih sayang dari manusia kepada haiwan ini?



Salaam & Regards

Amri el Wahab

 

(Visit my Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com; http://fitrahislami.wordpress.com;Welcome to my Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com)



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment