Monday, June 20, 2011

RG2011... RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA

 

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

 malaysiahistory 1945-1949

1945 - 1949

British menghantar Harold MacMichael membawa gagasan Malayan Union dan berjaya memaksa persetujuan Raja-Raja, Edward Gent dilantik Gabenor pertama namun nasionlis Melayu bangkit menentang dan Onn Jaafar menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO). Golongan radikal Melayu di bawah pimpinan Ahmad Boestamam dan Ishak Hj Muhammad menubuhkan Angkatan Pemuda Insaf(API). Desakan UMNO menyebabkan Malayan Union bubar dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Komunis menentang pentadbiran Inggeris melalui keganasan sehingga darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Demi menghadapi ancaman komunis, Tan Cheng Lock menubuhkan Melayan Chinese Association(MCA) untuk menjaga kebajikan orang Cina. British mencadangkan jus soli – kerakyatan kerana kelahiran – kepada semua penduduk Tanah Melayu tetapi dibantah keras oleh nasionalis Melayu termasuk Aminuddin Baki, Mahathir Mohamad, Abdullah Ayub dan Siti Hasmah Mohd Ali. RIDA (Lembaga Kemajuan Perusahaan Kampung) ditubuhkan untuk memajukan Melayu dan meredakan tentangan terhadap jus soli dan Onn Jaafar dilantik sebagai pengerusi. Namun, jus soli tetap ditolak oleh orang Melayu. Atas pelbagai sebab, Onn keluar UMNO dan Tunku Abdul Rahman dipilih Yang Dipertua UMNO setelah mengalahkan Ahmad Fuad yang keluar parti dan membentuk Pan-Melayan Islamic Party (kini PAS).


  malaysiahistory 1950-19541950 - 1954

Pesuruhjaya Tinggi British Henry Gurney terbunuh dalam serang hendap komunis di Bukit Fraser. Balai polis Bukit Kepong juga diserang dan ramai anggota polis terkorban. Gerold Templer yang dilantik menggantikan Gurney merangka strategi untuk mengekang kamunis. Penempatan-penempatan baru dibentuk bagi peladang dan pekebun kecil di pedalaman yang disyaki membekalkan makanan dan ubatan kepada komunis. Pasukan 'Home Guard' ditubuhkan untuk mengawal penempatan-penempatan ini. Wanita serta orang tua juga diagar menggunakan senkata api dan diserapkan ke dalam 'Home Guard'. Tentera Komanwel dibawa masuk bagi membantu menentang komunis. Usaha Templer mula membuahkan hasil dan semakin banyak daerah diisytiharkan sebagai 'kawasan putih' atau bebas komunis. UMNO dan MCA membentuk Perikatan dan memenangi pilihanraya pertama Perbandaran bagi memilih anggota Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Semangat kemerdekaan rakyat kian membara namun ada golongan pembesar memperkecilkannya dan mengejek 'merdeka' sebagai 'mentaga'. Sebahagian nasionalis ingin menggunakan kekerasan untuk merdeka dan membentuk 'Barisan 33'. Kejayaan UMNO dan MCA dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur menarik Malayan Indian Congress(MIC) pimpinan V.T. Sambanthan menyertai Perikatan pada akhir tahun 1954.



1955 - 1959 malaysiahistory 1955-1959

Pilihanraya umum pertama Persekutuan Tanah Melayu menyaksikan Parti Perikatan dengan lambang kapal layar menang 51 daripada 52 kerusi. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu. Bersama Ketua Menteri Singapura David Marshall dan Tan Cheng Lock. Tunku bertemu Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya di Baling. Komunins diajak menghentikan penentangan dan kembali kepada masyarakat. Chin Peng mengenakan pelbagai syarat yang sukar dipenuhi menyebabkan rundingan menjadi buntu. Kemudian, Tunku mengetuai ronbongan kemerdekaan ke London. Misi mereka berjaya dan kepulangan disambut meriah di padang Bandar Hilir, Melaka dan ia menjadi tujuk utama akhbar. Stadium Merdeka dibina sebagai templat bersejarah bagi Tunku melaungkan 'Merdeka!' ke seluruh negara. Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri pertama manakala Abdul Razak Hussein timbalannya. Strategi pembangunan dimulakan dengan penubuhan Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Bank Negara. Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman dipilih Yang Dipertuan Agong pertama. Sekolah dewasa dan sekolah kebangsaan diwujudkan. Pilihanraya pasca-merdeka yang pertama berkesudahan dengan kemenangan besar Parti Perikatan yang menewaskan PMIP, Parti Negara, Parti Buruh dan People's Progressive Party.


 malaysiahistory 1960-1964 1960 - 1964

Yang Di Pertuan Agong pertama mangkat dan digantikan oleh Sultan Hishamudin Alam Shah (Sultan Selangor). Tidak lama kemudian, baginda mangkat dan Raja Perlis Tuanku Syed Putra dilantik YDP Agong ke-3. Projek mengisi kemerdekaan seperti banguan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Hospital Bersalin, Stadium Negara, Bangunan Parlimen dan Muzium Negara di laksanakan. Syed Nasir Ismail dilantik Pengarah DBP dan melancarkan kempen 'Gunakan Bahasa Kebangsaan'. Universiti Malaya Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Bahagian University Malaya Singapura dan kemudian berpindah terus ke Kuala Lumpur. Tentera Negara dihantar menyertai pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) ke Congo. Timah dan getah kekal menjadi sumber utama pendapatan Negara. Siaran hitam-putih televisyen pertama di lancarkan. Dengan bantahan keras terhadap cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia oleh Tunku, Laporan Lord Cabbold berkaitan pungutan suara di Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura membuktikan reaksi positif mereka untuk menyertai Tanah Melayu dalam Malaysia. Brunei menarik diri di saat akhir tetapi Singapura kekal. Indonesia menentang keras pembentukan Malaysia dan Presiden Soekarno melancarkan konfrontasi bersenjata, namun segera dipatahkan, Presiden Macapagal di Filipina turut membantah tetapi berusaha menubuhkan persekutuan negara-negara Melayu 'Maphilindo'. Pilihanraya pertama Malaysia dengan mudah dimenangi oleh Perikatan dan People's Action Party (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew hanya menguasai Singapura.



 1965 - 19691965-1969

Sultan Ismail Masiruddin Shah, Sultan Terengganu ditabal YDP Agong ke-4, PAP melaungkan slogan 'Malaysian Malaysia' dengan lantang dan membangkitkan kebencian orang Melayu. Konflik berpanjangan dengan Tunku menyebabkan Singapura akhirnya dikeluarkan dari Malaysia. PAP dimansuhkan di Malaysia tetapi muncul semula sebagai Democratic Action Party (DAP). Beberapa Institusi baru ditubuhkan termasuk Masjid Negara, Federal Agricultural and Marketing Authority (FAMA), Bank Bumiputera, Masjid Amanah Rakyat (MARA), Angkasapuri, Pernas, Bank Pertanian, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC). Jeneral Socharts mengambil alih tampuk pemerintahan Indonesia dan mengamalkan sikap berbaik dengan Malaysia. Untuk menghapuskan jenayah, 'Sistem Salleh' telah diperkenalkan dengan pembinaan pondok polis di kawasan perumahan dan perniagaan. Atas cadangan Tunku, ASEA (Association of South East Asia) kemudian ASEAN, ditubuhkan dengan dianggotai oleh Filipina, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura. Badan-badan bahasa mendesak keras kelulusan Akta Bahasa Kebangsaan di Parlimen. Sekolah menengah berasrama dibina di pedalaman DAP semakin lantang memainkan sentiment anti-Melayu dan Raja-raja, menyebabkan Perikatan menang tipis Pilihanraya 1969. Pelampau Cina berarak merayakan kemenangan di Kuala Lumpur. Orang Melayu membalas dengan perarakan Perikatan besar-besaran hingga tercetus Tragedi Berdarah 13 Mei. Dengan perisytiharan darurat, Parlimen digantung, Majlis Gerakan Negara (Mageran) dibentuk di bawah arahan Abdul Razak Hussein. 



 malaysiahistory 1970-19741970 - 1974

Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (Sultan Kedah) dilantik Yang DiPertuan Agong ke-5, Abdul Razak Hussein menjadi Perdana Menteri ke-2 dan Dr. Ismail Abdul Rahman timbalannya. Majlis Perundingan Negara memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan, bersama Rukun Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai landasan perpaduan nasional. Beberapa institusi baru siap dibina termasuk Bangunan Bank Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan GAPENA ditubuhkan. 'Bunga Raya', kapal dagang pertama Negara dilancarkan. Urban Development Authority (UDA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ditubuhkan. Sementara itu Pusat Latihan Berlia didirikan untuk melatih belia-belia Bumiputera dalam pelbagai kemahiran. Abdul Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama melawat Blok Komunis – Rusia dan China – dan bertemu Mao Tze Tung untuk membincang kepentingan bersama. Malaysia-Singapore Airline (MSA) berpecah kepada Malaysia Airline System (MAS) dan Singapore International Airlines (SIA). Kuala Lumpur diisytihar sebagai Bandaraya dan Tourism Development Corporation (TDC) diwujudkan. Untuk mengurangkan persaingan politik dan menumpukan kepada pembangunan. Abdul Razak menubuhkan Barisan National (BN) dengan penyertaan beberapa parti pembangkang. Aktiviti pertanian digiatkan dan rakyat digalakkan bercucuk-tanam. BN dengan mudah menewaskan DAP dan PRM dalam Pilihanraya 1974. Petronas ditubuhkan dan Kuala Lumpur diisytihar Wilayah Persekutuan.



1975 - 1979 malaysiahistory 1975-1979

Sultan Kelantan, Sultan Yahya Petra dilantik YDP Agong ke-6. Program 'Buku Hijay' di kalangan petani kecil diteruskan dan hasil pertanian mula dieksport. Kelapa sawit muncul sebagai satu daripada punca utama pendapatan Negara dengan pembinaan kilang minyak sawit di pedalaman sementara skim penempatan peneroka dipergiatkan. Hussein Onn menjadi Perdana Menteri ketiga berikutan kematian Abdul Razak dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai timbalannya. Rancangan Malaysia ke-3 dilancarkan dengan Dasar Ekonomi Baru sebagai teras. Perebutan kuasa di antara Presiden PAS, Asri Muda dan Menteri Besar Kelantan, Mohd Nasir membawa perpecahan di kalangan anggota PAS, Persaingan kedua pihak mencetus rusuhan hingga darurat terpaksa diisytiharkan di Kelantan. Kakitangan MAS melancarkan megok menuntut kenaikan gaji. Pergolakan politik membawa kepada pengharaman Parti Buruh, perhimpunan awam, penggabungan kesatuan sekerja tempatan dengan badan buruh antarabangsa dan penggunaan lambing 'bulan-bintang' oleh parti politik. PAS keluar dari BN dan menukar lambangannya kepada 'bulan penuh'. BN memenang besar Pilihanraya 1978 termasuk di Kelantan. Dasar Pendidikan Kebangsaan dipertingkatkan dengan pengenalan pelbagai aktiviti ko-kurikulum. Sementara itu, penternakan ikan air tawar digalakkan. Sultan Yahya Petra mengkat dan Sultan Ahmad Shah (Sultan Pahang) ditabalkan sebagai YDP Agong ke-7. Untuk membaiki mutu kehidupan, projek perumahan pinggir Bandar telah giat dilaksanakan.



 malaysiahistory 1980-19841980 - 1984

Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan sebagai satu daripada strategi Dasar Ekonomi Baru. HICOM dan Kedah Cement menulakan Dasar Industri Berat. Hussein Onn Menyerahkan kepimpinan negara kepada Dr. Mahathir. Musa Hitam yang dicabar Tg. Razaleigh menang jawatan Timbalan Presiden UMNO dan dilantik Timbalan Perdana Menteri. Beberapa dasar baru termasuk penyelarasan waktu Semenanjung, Sabah dan Sarawak, pengenalan mesin perakam waktu, tanda nama dan pentadbiran 'Bersih, Cekap, Amanah', dasar penerapan nilai-nilai Islam dan Persyarikatan Malaysia diisytiharkan. Saham dalam syarikat gergasi British di Malaysia yang tersenarai di London seperti Guthrie, Sime Darby dan Harrison Crossfield diambil alih oleh pemegang Malaysia dalam 'serangan waktu subuh'. Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dan 'Buy British Last' diperkenalkan sebagai membalas sikap sombong kerajaan British. Ramai tahanan ISA dibebaskan. Perwaja, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta Bank Islam ditubuhkan. Kempen 'Pandu Cermat Jiwa Selamat' dan perpustakaan bergerak diperkenalkan. Hukuman mati mandatori ke atas pengedar dadah dikanunkan. Dasar perindustrian dipercepatkan dengan penubuhan Edaran Otomobil Nasional (EON), Airod, TV3 dan Universiti Utara Malaysia(UUM), Menteri Kewangan, Tg. Razaleigh tewas dalam pertarungan ke-2 dengan Musa Hitam dalam merebut jawatan Timbalan Utara Malaysia (UUM), Menteri Kewangan, Tg. Razaleigh tewas dalam pertarungan ke-2 dengan Musa Hitam dalam merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dan jawatannya terlepas kepada Daim Zainuddin. Sultan Mahmood Iskandar (Sultan Johor) menjadi YDP Agong ke-8.



1985 - 1989

 malaysiahistory 1985-1989

Kereta nasional pertama Proton Saga dilancarkan, diikuti oleh Iswara. Beberapa projek baru disiapkan termasuk Jambatan Pulau Pinang, Taman Pertanian Malaysia Bukit Cherakah dan Pasar Tani diperkenalkan. Musa Hitam meletak jawataan sebagai Timbalan Perdanan Menteri dan diganti oleh Ghafar Baba. Ketegangan hubungan Malaysia-Britain berakhir apabila Carcosa Seri Negara, kediaman Pesuruhjaya Tinggi British diambil alih. Pergolakan politik UMNO mempersaingkan pasangan Dr. Mahathir – Ghafar yang menang melawan pasangan Tg. Rzaleigh – Musa dalam pemilihan UMNO tetapi yang kalah mengheret UMNO ke mahkamah sehingga UMNO diisytiharkan tidak sah. Dr. Mahathir mendaftarkan semula UMNO sebagai UMNO(Baru) dan golongan yang menentang menubuhkan Semangat 46 dibawah pimpinan Tg. Razaleigh. Dr. Mahathir menawarkan jawatan menteri kepada Tg. Razaleigh dan Musa tetapi mereka menolak. 'Operasi Lalang' dilancarkan terhadap mereka yang membangkitkan isu sensitif Bahasa Kebangsaan dan mempersoal hak kebumiputeraan Melayu. Kementerian Wilayah Persekutuan dimansuhkan dan Mohamed Rahmat dilantik Menteri Penerangan manakala Sabaruddin Chik sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Keyakinan pemenrintahan Malaysia membawa 'Commonwealth Heads of Government Meeting' di Kuala Lumpur dan saki-baki pengganas komunis meletakkan senjata sepenuhnya. Sultan Azlan Shah(Sultan Perak) dilantik YDP Agong ke-9.



 malaysiahistory 1990-1994 1990 - 1994

Dr. Mahathir lantang bersuara di pelbagai forum dunia untuk membela negara-negara miskin hingga digelar 'Wira Dunia Ke-3. Anugerah Khidmat Kualiti diperkenalkan, Tahun Melawat Malaysia dan Langkawi International Military and Aviation(LIMA) dilancarkan, Institut Kefahaman Islam ditubuhkan dan Tenaga Nasional dan Pos Malaysia diswastakan. Hamid Omar, Ketua Hakim Negara menggunakan songkok dan mendaulatkan Bahasa Melayu di mahkamah. PAS menguasai Kelantan dalam pilihanraya 1990 dan UMNO memasuki Sabah, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) berpisah dengan Bursa Saham Singapura dan Daim Zainuddin melepaskan jawatan Menteri Kewangan kepada Anwar Ibrahim. Perkembangan pesat ekonomi membolehkan ramai Melayu menjadi tokoh korporat. UMNO semakin yakin dam membuka keanggotaannya kepada semua peribumi Sabah, Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) dibuka, Krisis Perlembagaan telah mengurangkan kekebalan Raja-raja, BSKL menunjukkan prestasi terbaik. Proton Perdana, Perodua Kancil dan kapal terbang ringan pertama Malaysia dilancarkan. Tentera Malaysia terus menyertai misi pengaman PBB di serata dunia. Anwar Ibrahim dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO. Dalam bidang sosio-ekonomi, Tajudin Ramli menguasai MAS program Rakan Muda dilancarkan dan gerakan Al-Arqam diharamkan. Parti Bersatu Sabah (PBS) menang tipis pilihanraya DUN Sabah dan beberapa wakil mereka berpaling menyertai BN yang akhirnya menguasai Sabah. Lebuhraya Utara-Selatan disiapkan. Tuanku Jaafar, Tamtuan Besar Negeri Sembilan ditabalkan YDP Agung ke-10.



1995 - 1999 malaysiahistory 1995-1999

Pembangkang menyertai kerajaan membantah ujian nuclear Perancis di Pasifik. Proton Perdana, Tiara dan Perodua Rusa dilancarkan. Dr. Mahathir terus mendesak keamanan dunia. Antara lain beliau turut digelar 'Dragon of Bosnia'. DAP gagal menawan Pulau Pinang. Universiti Malaysia Sabah, Universiti Multimedia dan Universiti Tun Abdul Razak dibuka. Dr. Mahathir berucap secara on-line melalui internet dan akhbar-akhbar mewujudkan laman web sendiri. Satelit Malaysia pertama dilancarkan dan syarikat komunikasi bergerak Maxis, Adam, Mega TV, Digi, Metro Vision dan Astro diperkenalkan. Syarikat motosikal Modenas, LRT (Light Rail Transport) dan projek ibukota Putrajaya dilancarkan. Semangat 46 dibubar, kebanyakan ahli menyertai UMNO. UMNO menyambut Jubli Emas. Rancangan Malaysia ke-7, Razali Ismail dilantik Presiden PBB. Dr. Mahathir bercuti tiga bulan dan Anwar memangku tugas Perdana Menteri. Nilai matawang Asean, termasuk Ringgit menjunam angkara manipulasi Soros. Michael Camdessus deask Anwar menerima bantuan IMF, menaikkan kadar faedah sehingga 17% dan ekonomi terus merudum. Dr. Mahathir bergegas pulang, menubuhkan MTEN yang diterajui Daim dan faedah diturunkan ke 4%. Nilai Ringgit RM 3.80 dipaksi kepada 1USD dan Anwar disingkirkan. Abdullah Ahmad Badawi dilantik Timbalan Perdana Menteri. Projek Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City Centre dan Kuala Lumpur International Airport disiapkan. Sukan Komanwel dan Persidangan Asia Pacific Economic  Conference(APEC) diadakan di Kuala Lumpur. Malaysia menyaksikan perlumbaan Formula 1 yang pertama di Sepang dan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (Sultan Selangor) ditabalkan YDP Agung Ke 11. Pilihanraya 1999 – PAS menguasai Kelantan dan Terengganu.



malaysiahistory 2000-20012000 - 2001

Zeti Akhtar Aziz dan Siti Norma Yaakub merupakan wanita pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara dan Hakim Mahkamah Persekutuan. Proton melancarkan 'Waja' dengan logo baru. Putrajaya diisytihar sebagai Wilayah Persekutuan Ketiga. EAC adalah kesinambungan EAEG ilham Dr. Mahathir sejak 1990-an. Dr. Mahathir menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup dari LARIBA (Los Angeles Reliable Investment Bankers Associates), Chicago kerana berjaya membawa Malaysia keluar dari kegawatan 1997 dan kedoktoran kehormat oleh University Meiji, Japun. Razali Ismail, duta khas UN ke Myanmar membebaskan Aung San Suu Kyi dari tahanan politik Junta Myanmar. Puteri UMNO ditubuhkan. Malaysia menjuarai Sukan SEA. Perlumbaan antarabangsa kereta solar di Malaysia. Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullali, Raja Perlis ditabal YDP Agung ke-12, Dr. Mahathir menegaskan 'erti kemerdekaan' namun PAS semakin galak dengan keganasan. Penjenayah al-Maunah merompak senjata di kem tentera di Grik tetapi segera di tawan. PAS menganggap itu sandiwara. Pembangkang terus berpolitik di surau dan masjid. Penyokong radikal menyerang balai Polis Guar Cempedak tetapi ditangkis. Pembangkang menyusupkan ajaran mereka ke Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Institusi Pengajian Tinggi menyebabkan berlaku demostrasi pelajar. Anjuran demonstrasi oleh pembangkang menyebabkan kesesakan jalan raya, kerosakan harta serta menyusahkan orang awa,. PAS bernekad setelah sebuah pasaraya di Jakarta dibom oleh anasir fanatic agama dari Malaysia. Kemuncak keganasan agama dengan pengeboman Menara Berkembar, New York. Bush menelefon Dr. Mahathir tentang undang-undang keselamatan dalam negeri di Malaysia(ISA).



2002-20032002 - 2003

Dr. Mahathir dijemput Bush ke White House dank e Vatican City oleh Pope John Paul. 'Dinar Emas' dicadangkan sebagai matawang pertukaran dunia. Di Perhimpunan Agung UMNO Dr. Mahathir mengisytiharkan perletakan jawatan dan mengumumkan Abdullah Ahmad Badawi sebagai penganti. Beliau kemudian bersetuju menangguhkan persaraan hingga Oktober 2003 atas desakan ramai. Arafat memohon Dr. Mahathir membantu dari kekejaman Zionis. Dalam pilihanraya kecil Sanggang, ekstrimis pembangkang berkempen menggunakan kekerasan dan melemparkan kata-kata kesat. Lanjutan itu, cadangan diutarakan supaya undang-undang keselamatan Negara diperketatkan. Keretapi Express Rail Link (ERL) ke KLIA dilancarkan. Perodua melancarkan model Kelisa dan Proton model Arena. Kereta perisai Deftech dipasang di Pekan, Pahang, Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan diisytihar milik Malaysia, Singapura menduduki Pulau Batu Putih. Hovercraft Malaysia pertama dipamerkan. Modenas melancarkan skuter Karisma dan kereta api monorel Kuala Lumpur dibuka kepada awam. Dr. Mahathir menerima anugerah tertinggi Lubnan dari Presidennya. Ketua Negara dan kerajaan NAM (Non-Align Movement) dan OIC (Organisation of Islamic Countries) bersidang di Kuala Lumpur. Pertahanan Negara diperteguh dengan pembelian jet pejuang, kapal selam dan kereta kebat. Pelancaran program computer bergerak ke kampung di Selangor dan program nasional 'khidmat mesyarakat' bagi lepasan tingkatan 5, Bahasa Inggeris diajar dengan menggunakan computer di sekolah rendah. Bangsa Malaysia menguasai bidang ICT dan menerajui teknologu di seluruh dunia. Dr. Mahathir menyerahkan kepimpinan kepada Abduallah Ahmad Badawi yang menjadi Perdana Menteri ke-5.



  malaysiahistory 2004-20052004 - 2005
YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, lebih mesra dipanggil Pak Lah, melantik YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjawat Timbalan Perdana Menteri. Agenda pentadbiran dicirikan sebagai, 'Cemerlang, Gemilang, Terbilang' dengan seruan 'bekerja bersama saya'. Parti BN menang cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke 11 pada 21 Mac 2004 memperolehi 199 kerusi sementara PAS, PKR, DAP dan bebas dengan 20 kerusi. Terengganu dirampas dari PAS dan Kelantan terlepas tipis: 2 kerusi. Islam Hadhari diperkenalkan dengan 10 prinsip, Proton melancarkan model 'Gen-2'. Khidmat Negara dimulakan untuk para remaja. Pak Lah telah memesrakan hubungan dengan Singapura dan Amerika Syarikat dan meneguhkan hubungan dua hala dengan Indonesia, China, Jepun dan Cuba. Malaysia terus menyandang pengerusi OIC dan NAM dan giat menangani isu antarabangsa. Mesyuarat Penal Penasihat Antarabangsa MSC, Bill Gates menjanjikan program ICT di sekolah rendah. National Fitness Council (NFC) dilancarkan. Isteri Perdana Menteri, YABhg. Datin Seri Endon Mahmood giat mempromosi batik Malaysia ke peringkat antarabangsa dan baju kebaya sebagai fesyen nasional. Perayaan merdeka 2004 bertema: Pertanian Asas Ekonomi Negara menjadikan pertanian sebagai jentera pembangunan dan kemajuan biotek. Putera UMNO ditubuhkan. Pelan Integriti Nasional dan kemudian kempen 'budi bahasa' dilancarkan. Sukan Antarabangsa 'Monsoon Cup' dilancarkan di Terengganu. Perayaan merdeka 2005 mendukung tema: Pendidikan Teras Pembangunan Modal Insan sebagai tiang seri pembangunan Negara. Modal insane Malaysia diekspot ke seluruh dunia: India, Latin Amerika, Asia Barat, Afrika dan khususnya Arab Saudi dengan kontrak pembangunan 'Jamrah' di Mina. Malaysia menganjurkan mesyuarat ASEAN. Ringgit diapung dari ikatan dollar Amerika. Pemergian isteri Perdana Menteri, YABhg. Datin Seri Endon Mahmood.



malaysiahistory 2006-2007 2006 - 2007
Perdana Menteri YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dipanggil Pak Lah oleh semua rakyat Malaysia, melancarkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan lima strategi. Penekanan kepada penghasilan sejumlah modal insane bertaraf dunia serta meningkatkan keupayaan pengetahuan serta memupuk minda kelas pertama, menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi, meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup yakni kemampuan memiliki rumah, dan mengukuhkan keupayaan institusi, menjadikan Malaysia hub halal dunia dan tumpuan pelancong perubatan, peningkatan kemudahan perniagaan dengan panel PEMUDAH – Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, perluasan e-kerajaan ke seluruh Negara, dasar 30% wanita memegang pentadbiran: Zainah Anwar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Profesor Rafiah Salim sebagai Naib Canselor Universiti Malaya(UM) dan Profesor Sharifah Hafsah Syed Hassan sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke-13, DYMM Al-Wathiqu BillahSultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Kompleks Mahkamah Agung dirasmikan. Perodua melancarkan model Viva dan Proton perkenalkan model Persona. Penubuhan saluran TV antarabangsa AL-Jazeera di Kuala Lumpur. Perlonjakan saham BSKL melebihi 1300 mata. Kejayaan kumpulan 'Merdeka de Everest' ke puncak dunia. Perasmian terowong SMART (Stormwater Management and Road Tunnel) satu-satunya terowong kategori itu di dunia, untuk kegunaan awam. Pameran Model TUAV (Tactical Unmanned Air Vehicle). Pelancaran WIFE (World Islamic Economic Forum) di Kuala Lumpur. Perdana Menteri dianugerah bintang tertinggi Indonesia dan Russia serta Anugerah Kepimpinan Global Yayasan Napoleon Hill. Perdana Menteri mengahwini Jeanne Abdullah. Pelancaran berunsur koridor pembangunan: Wilayah Iskandar (IRDA), Koridor Pembangunan Utara (NCER), Koridor Pembangunan Pantai Timur (ECER). Rakyat Malaysia bergembira dengan kejayaan angkasawan Dr. Sheikh Muszaphar.



2008 - 20092008-2009

Awal 2008 menyaksikan Indeks Komposit BSKL mencapai tahap tertinggi dalam sejarah, melebihi 1500 mata. Pak Lah melancarkan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Pembaharuan Tenaga di Sarawak (SCORE). Model ganti Proton Saga diperkenalkan. Profesor Dr. Mazlan Othman merupakan wanita pertama Malaysia menerajui bidang Sains Angkasa dan Astrofizik. Siti Norma adalah wanita pertama dilantik sebagai hakim di DIFC – Mahkamah Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai. Robiah Abdul Ghani dilantik Ketua Polis Pahang. Nicol David menguasai dunia dalam sukan skuash. Kenaikan harga minyak mentah cara mendadak serta kegiatan penyangak spekulasi mengakibatkan pasaran saham sedunia menjunam. Bagaimanapun kerajaan mengambil langkah berkesan termasuk suntikan pakej ransangan ekonomi membawa Negara keluar dari kemelesatan. Pilihanraya Umun ke12, BN menang tipis, lima negeri dimenangi pakatan pembangkang. Di Perak, tiga Adun keluar dari pakat pembangkang, membolehkan BN menubuh kerajaan. Senario selepas itu kacau bilau dengan pakatan pembangkang sering mengadakan perarakan jalanan. Pak Lah melancarkan SPRM. Bulan Mac 2009 Pak Lah menyerahkan kuasa kepada timbalannya, YAB Dato Seri Najib Tun Razak. YAB Tan Sri Muhyidin Yassin dilantik Timbalan Perdana Menteri. Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama adalah antara yang pertama menalipon Najib ucap tahniah atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke6. Sebaik menjadi Perdana Menteri, Najib buat beberapa lawatan mengejut ke beberapa kawasan bagi menyelami sendiri masalah rakyat. Gagasan 1Malaysia dilancarkan, diikuti Amanah Saham 1Malaysia untuk semua rakyat Malaysia. Kuala Lumpur dinobatkan Kota Kebudayaan Islam oleh ISESCO. Proton keluarkan model 'Exora' manakala Perodua dengan model 'Viva Elite'. Najib umumkan guna Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi memantau prestasi para menteri, disemak setiap enam bulan,. Kemudian beliau umumkan enam teras Bidang Keberhasilan Negara (NKRA). Najib mulakan lawatan rasmi ke beberapa Negara Asean bagi mengukuh hubungan dua hala. Lawatan ke China merupakan ulangtahun ke 35 persahabatan Malaysia-China sejak dirintis Tun Razak – Pengerusi Mao. Zon Ekonomi Khas ECER dilancarkan. Kapalselam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman, tiba untuk memantapkan pertahanan perairan negara. Model kereta lumba F1 Malaysia yang akan menyertai perlumbaan tahun hadapan dipertonton pada umum. Harvard School of Business, Boston akan membuat kajiselidik atas keberkesanan pentadbiran Najib menarik Malaysia keluar dari kegawatan ekonomi. Sementara itu isteri Najib, YABhg DAtin Seri Rosmah Mansor melebarkan jaringan PERMATA keseluruh tanahair, malah mendapat sanjungan serta ikutan negara-negara Afrika.

()"" ' ) Nakhai'e
( ,'o' )") http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment